8 June 2018

Kenyataan Media ADUN MCA Cheka, Lee Ah Wong

Beri peruntukan tanpa mengira perbezaan politik, kerajaan Pahang boleh mencontohi Pusat dan Johor

Saya menyeru supaya kerajaan Barisan Nasional Pahang mencontohi kerajaan Pusat dan Johor, dengan memberikan peruntukan kepada wakil rakyat serta kawasan mereka tanpa mengira perbezaan politik.

Tindakan kerajaan Pusat dan Johor memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang memang dialu-alukan, dan dasar ini merupakan satu perubahan yang positif berbanding kerajaan BN terdahulu.

Kedua-dua kerajaan Pusat dan Johor telah memulakan satu amalan yang baik.

Sebenarnya, peruntukan untuk wakil rakyat dan kawasan sememangnya digunakan untuk pembangunan setempat serta kesejahteraan penduduk, seperti menaiktaraf infrastruktur, peruntukan untuk persatuan dan sebagainya yang akhirnya menguntungkan rakyat.

Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan BN Pahang mencontohi kerajaan Pusat dan Johor, dengan turut memberikan layanan dan peruntukan yang adil kepada kesemua 17 ADUN pembangkang di Pahang, agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Pahang.

Keputusan pilihan raya umum ke-14 menunjukkan seluruh rakyat Malaysia mahukan sebuah negara yang lebih adil, demokratik dan telus. Baik BN mahupun Pakatan Harapan patut mengingati mesej ini.

Lee Ah Wong
Ahli Dewan Undangan Negeri MCA Cheka, Pahang

-MCA online-