25 September 2021

Kenyataan media CRSM dan GoCare

Wanita MCA dan CRSM merayu derma untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan silang kepada bayi dan ibu bersalin pesakit Covid-19

Demi membantu mengurangkan risiko jangkitan silang dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kepada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti pandemik Covid-19, Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) bersama Wanita MCA dan GoCare melancarkan kutipan derma bagi membeli peralatan rawatan untuk membantu ibu-ibu dan bayi-bayi berkenaan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Menderma untuk pesakit Covid-19 Ibu Mengandung, Tee Hui Ling berkata, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang positif Covid-19 juga dikehendaki dikuarantin dalam NICU sehingga disahkan sihat sebelum dibenarkan pulang.

Setiap pesakit Covid-19 ibu bersalin serta bayinya memerlukan bilik kuarantin, peralatan rawatan serta barangan kegunaan yang berasingan, bagi mengurangkan risiko jangkitan silang.

Ketua CRSM Kebangsaan, Dato’ Natalie Lim Chong Ly berkata, selain mendapatkan peralatan rawatan untuk ibu bersalin dan bayi, GoCare juga telah mengutip sumbangan peralatan rawatan bernilai RM50 ribu,  termasuk troli tong oksigen, peralatan pelindung diri (PPE), pelitup muka, papan tanda, ‘thermometer glukosa’, khemah dan sebagainya untuk disampaikan kepada beberapa hospital rawatan Covid-19 di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, bagi mengurangkan bebanan mereka.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie pula memberitahu, CRSM dan GoCare melalui patform ‘crowdfunding’ GoCare setakat ini telah berjaya mengumpul RM11,000 dan semalam, mereka menyampaikan pelbagai peralatan rawatan termasuk penimbang bayi, respirator penulen udara, alat pemanas susu, kerusi Cassa Relief Hydraulis dan sebagainya kepada Hospital Selayang, di samping mengagihkan 300 bungkus makanan kepada para petugas barisan hadapan.

Semenjak Mei 2021, CRSM telah membantu mendapatkan sumbangan peralatan untuk lebih 20 hospital serta mengagihkan lebih 3,000 bungkus makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan.

Terima kasih kepada kumpulan AST Chemical yang menyumbangkan ‘disinfection gun’, ‘disinfectant’, penimbang elektronik dan sebagainya; Persatuan Fotografi Selangor dan Kuala Lumpur yang menyumbangkan kamera digital kalis air dan alat pembesar suara; Syarikat Nano Medic yang menyumbangkan ‘thermometer glukosa’ serta pemegangnya; Institut VTAR yang menyumbangkan troli tong oksigen; Syarikat TC and TC yang menyumbangkan coklat Turkey; serta SCK Kitchen dan SCK yang telah menaja nasi bungkus.

CRSM dan GoCare akan terus membantu mendapatkan sumbangan peralatan untuk hospital-hospital di Selangor dan Kuala Lumpur, serta merancang  untuk mengembangkan aktiviti merayu derma dan sumbangan ini ke negeri-negeri lain yang menghadapi kes-kes jangkitan yang semakin meningkat seperti Pulau Pinang dan Johor, dan berharap orang ramai dan syarikat-syarikat sudi menderma atau menyumbang.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.gocare.org.my atau menghubungi hotline GoCare di talian 019-668 6278 untuk sebarang pertanyaan.

======

Hadir sama;

1. Tee Hooi Ling-Pengerusi Jawatankuasa Kempen Menderma untuk pesakit Covid-19 Ibu Mengandung

2. Ch’ng Soo Chau -Ketua CRSM Selangor

3. Ng Wei Lee- Presiden Persatuan Fotografi Selangor Dan Kuala Lumpur

4. Roslina Abdullah - Ketua Jururawat NICU

5. Xilas Ngang - Pengurus Projek GoCare

-MCA online-