25 September 2021

Kenyataan Media Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Sdr Lau Chin Kok

Jangan terlepas peluang untuk menerima vaksin di PPV tertentu di Lembah Klang

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Sdr Lau Chin Kok menggesa semua rakyat Malaysia dan warga asing di Lembah Klang yang berumur 18 tahun ke atas dan masih belum menerima vaksin, untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu yang masih menerima “walk-in” (secara terus) untuk menerima suntikan vaksin mereka.

“Penduduk di Lembah Klang yang masih belum menerima vaksin wajar mengambil peluang ini untuk terus “walk-in” ke mana-mana PPV yang disenaraikan untuk menerima vaksin mereka sebelum inisiatif ini berakhir,” kata beliau.

Bagi rakyat Malaysia, pusat vaksinasi yang masih menerima “walk-in” dan tarikh akhir masing-masing tersebut adalah seperti berikut:



Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Tarikh Akhir

  1. DEWAN SIVIK MBPJ

29 September

  1. BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE

30 September

  1. MMU CYBERJAYA

15 Oktober

  1. AXIARA ARENA BUKIT JALIL

15 Oktober

  1. UNIVERSITI MALAYA

30 September

  1. HOSPITAL ORANG ASLI GOMBAK

29 September

  1. UNIKL BRITISH MALAYSIA INSTITUTE CENTRE

30 September

  1. DEWAN KOMPLEKS SUKAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

29 September

  1. STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR

29 September

Bagi warga asing yang menetap di Selangor pula, mereka juga boleh menerima vaksin secara “walk-in” di PPV berikut, tetapi dengan membayar yuran yang kecil. Maklumat PPV tersebut adalah seperti berikut.

Pusat Pemberian Vaksin

Tarikh dan Masa

PPV PUSAT KONVENSYEN CIDB, JALAN CHERAS KUALA LUMPUR

Tarikh:27 September – 6 Oktober 2021

Masa:9 pagi  hingga 6 petang

 

 -TAMAT-