26 Januari 2018

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Dr Tan Chuan Hong: DAP merampas hak pemohon perumahan

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA dan BN Bahagian Bagan menyoal kerajaan negeri Pulau Pinang, kenapa 16 unit di tingkat 19, Ampang Jajar dibiarkan kosong?

“Di negeri Pulau Pinang, seramai 1156 orang pemohon yang berdaftar melebihi 15 tahun, sehingga hari ini masih tidak mendapat rumah kos rendah dan pangsapuri rakyat, kenapa kerajaan negeri rela mengosongkan unit tersebut, tidak mahu mengagihkan kepada pemohon yang layak duduk di situ?”

Dr Tan Chuan Hong menegaskan bahawa rumah pangsa ini dibina sebelum pilihan raya umum ke-12 oleh kerajaan BN dengan harga RM 42,000.00 seunit, dan pengagihan secara 1 rumah ganti 1 rumah kepada penduduk di Rumah Hijau.

“Setelah DAP memerintah Pulau Pinang selepas PRU tersebut, tanggungjawab pengagihan baki unit tertakluk kepada kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP, tetapi tidak tahu atas sebab apa, selama 10 tahun ini DAP tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengagihkan unit tersebut. Di manakah ketelusan yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP?”

Beliau juga membidas kerajaan negeri membiarkan unit tersebut sehinggakan bumbung bocor, pintu dan tingkap rosak, membazirkan sumber dan tidak cekap.

Dr Tan Chuan Hong juga khuatir yang unit tersebut mungkin menjadi sarang penjenayah, mengganggu serta mengancam keselamatan penduduk di situ, sambil mempersoalkan kebertanggungjawaban kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini tidak berkeupayaan, tidak bertanggungjawab dan tidak telus bercanggah dengan slogan CAT, adakah ia telah menjadi seekor kucing yang sakit?”

Penduduk Pangsapuri Blok A Ampang Jajar di Seberang Perai telah membuat aduan bahawa lif di situ telah rosak selama 1 bulan pada hari Rabu lalu kepada Dr Tan Chuan Hong, yang terus mengadakan lawatan ke lokasi.

“Mengikut pengetahuan saya, seramai 40 % hingga 50% penduduk di situ membayar RM 50.00 yuran penyelenggaraan. Pangsapuri ini di bawah seliaan kerajaan negeri yang seharusnya mengutamakan rakyat, serta mencari jalan untuk membantu mereka. Penduduk di rumah hijau ini terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah, dan ia betul-betul menimbulkan kerumitan apabila ada di antaranya tidak mampu untuk membayar yuran penyelenggaraan.”

Beliau mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk membuat satu sistem bagi mengenalpasti penduduk yang berpendapatan rendah, dan memberi bantuan kebajikan kepada mereka.

“Bagi penduduk tidak mahu membayar yuran penyelenggaraan, kerajaan negeri haruslah menggunakan kaedah menasihat dan membimbing,  serta meningkatkan kesedaran sivik supaya mereka faham akta-akta yang berkenaan, serta tanggungjawab dan peranan yang sepatutnya dimainkan.”

-MCA online-