26 Januari 2019

Kenyataan Media Naib Pengerusi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Sila menyokong petisyen bantahan memansuhkan hukuman mati 

Naib Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Ketua MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong menyeru agar rakyat memberi sokongan penuh petisyen membantah pemansuhan hukuman mati. Beliau berpendapat bahawa memansuhkan hukuman mati adalah melanggar tradisi zaman berzaman, serta meningkatkan pertumbuhan teori masyarakat umum “apa-apa pun boleh buat, kecuali perkara yang melibatkan hukuman mati”, ia adalah satu benda yang tidak menghormati mangsa serta hak asasi manusia keluarga mangsa.

Beliau berpendapat bahawa “membunuh orang dihukum mati” mempunyai erti yang istimewa, walaupun MCA membantah sekeras-kerasnya keganasan untuk membalas dendam secara peribadi, tetapi rakyat boleh menerima dan mengakui atas tindakan perundangan memberi hukuman mati selepas kes dibicarakan, supaya mempertahankan kebenaran, dan menegakkan keadilan terhadap mangsa, keluarga dan masyarakat, membina satu alam dengan suasana yang lebih selamat untuk diduduki.

Sesiapa yang memegang prinsip “apa-apa perkara pun boleh buat, kecuali perkara yang melibatkan hukuman mati”, orang-orang seperti ini memusnahkan keamanan dan kemakmuran negara, namun hukuman mati akan menghalang perbuatan mereka yang melampau, disamping itu akan membantu mengurangkan kes jenayah daripada berlaku secara berleluasa. Sekiranya hukuman mati dimansuhkan, rakyat akan bimbang dan percaya kes-kes jenayah akan ditingkatkan.

Beliau membidas pegawai-pegawai Pakatan Harapan yang duduk di dalam bilik hawa dingin, mereka seolah-olah tidak berperikemanusiaan dan hanya melindungi hak pesalah, perbuatan mereka telah merampas hak-hak mangsa seharusnya hidup.

Tan Chuan Hong juga meminta EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Puyu Phee Boon Poh supaya memberi pendiriannya, adakah dia menyokong pemansuhan hukuman mati, ataupun menyokong bantahan pemansuhan hukuman mati? Ini disebabkan beliau menandatangani petisyen membantah pemansuhan hukuman mati, tetapi memberikan kenyataan kepada pemberita bahawa beliau menyokong pemansuhan hukuman mati, kenyataannya meragukan rakyat. Ini bukanlah satu sikap yang patut digambarkan oleh seorang wakil rakyat, mengakibatkan rakyat mempunyai imej yang buruk terhadap wakil rakyat tersebut. Beliau menyeru Phee Boon Poh supaya jangan jadi kura-kura, sokong atau tidak sokong petisyen bantahan pemansuhan hukuman mati hanya satu rangkap ayat sahaja, kecuali beliau takut dan hati perutnya sudah hilang.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap agar Ahli Parlimen Bagan merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng menunjukkan keberanian untuk memberi kenyataan, jangan duduk diam-diam di kerusi pejabatnya lagi.

-MCA online-