Kerajaan tidak pinggir pemandu e-hailing
Kerajaan wajar membantu perusahaan muda dan “start up”  

Pelabuhan hampir penuh, menteri arah pindah barangan bukan asas dalam 3 hari

Pada Khamis    26-03-2020 20:50:00

Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya barang di kawasan pelabuhan dipindah dalam masa 3 hari, bagi membuka ruang kepada barangan keperluan asas yang diimport.

Arahan ini bagi memastikan keperluan asas rakyat tidak terbantut ketika mengharungi tempoh kawalan Covid-19 yang sukar.

“Pembekalan barangan keperluan ke pasar raya dan kedai-kedai runcit tidak boleh terputus,” kata Menteri Wee Ka Siong dalam kenyataan.

Wee menjelaskan ruang kapasiti di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, dan Pelabuhan Johor di Pasir Gudang pada ketika ini mencecah hampir 100% berikutan pemberhentian pemindahan barangan ke gudang-gudang simpanan sebelum dihantar ke destinasi akhir.

Jika tidak ditangani segera, gudang-gudang ini akan penuh dan mencecah kapasiti maksima dalam minggu ini.

“Perkara ini perlu diselesaikan segera supaya tidak timbul kesesakan sepanjang tempoh PKP apabila barangan keperluan asas yang diimport mulai masuk,” katanya.

Wee mengarahkan pelabuhan berkaitan diberi pengecualian khas untuk memindahkan barangan yang bukan keperluan asas dialih ke gudang-gudang sementara di luar pelabuhan supaya pemindahan barangan keperluan asas dapat dibuat serta-merta antara 27 dan 29 Mac.

“Syarikat pengangkutan yang membawa barangan dengan ini diberi kebenaran untuk kerja-kerja pemindahan selama 24 jam sehari antara Jumaat 27 Mac dan Ahad 29 Mac,” katanya.

Wee bagaimanapun mengingatkan, kenderaan-kenderaan yang membawa muatan barangan, dalam tempoh mengosongkan ruang pelabuhan itu, perlu mematuhi syarat-syarat sebagaimana dinyatakan Majlis Keselamatan Negara.

“Sektor pengangkutan begitu penting ketika perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan dan memainkan peranan utama bagi memastikan setiap isi rumah dapat mengakses keperluan harian mereka,” katanya.

Sementara itu, Wee berkata aktiviti eksport perlu diteruskan kerana ianya sangat penting bagi memastikan rantaian bekalan tidak terputus dan negara yang memerlukan barangan penting dari Malaysia juga mendapat manfaat sepenuhnya.

-Free Malaysia Today-

Berita Berkatian

Pelabuhan Kelang, Pulau Pinang dan Johor dapat pelepasan untuk pemindahan barangan tidak penting

Perbaharui lesen memandu, cukai jalan secara dalam talian

Gesa Anthony Loke campur tangan mengenai salah laku AirAsia

Segerakan pelaksanaan RTS untuk kebaikan semua

Cermin gelap: Telah dapat pandangan pihak berkuasa, pemegang taruh?