9 September 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCa Pulau Pinang

Tan Chuan Hong: Segera Selenggarakan Jalan Raya di Bagan

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong berpendapat bahawa, sekiranya jalan yang di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional “buruk”, maka jalan dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan tidak “baik” semana-manapun.

Beliau berkata seperti apa yang dicakap oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng “Jalan yang baik adalah dibawah seliaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, malah jalan yang buruk adalah dikategorikan kepada seliaan Kerajaan Persekutuan”. Beliau mengkritik bahawa kenyataan ini sangat tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan mandat pengundi di Bagan. Beliau mengulas bahawa sekiranya jalan dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan menjadi buruk, malah Lim Guan Eng tidak dapat melarikan diri dari menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, bagi meminta bantuan dari kerajaan persekutuan untuk membaiki jalan yang buruk, dan bukan ambil gaji dengan buta tanpa membuat sebarang kerja, menolak tanggungjawab dan menuding jari kepada Barisan Nasional dan MCA.

Menurut sumber yang diperolehi oleh Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang, dalam kawasan Parlimen Bagan, terdapat 3 buah jalan dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, iaitu
1. Jalanraya dari Butterworth sehingga Sungai Petani
2. Jalan Telaga Air
3. Jalan Permatang Pauh

Setelah beliau membuat pemantauan di jalanraya Parlimen Bagan, beliau mendapat satu kesimpulan iaitu jalanraya Persekutuan tidaklah lemah berbanding dengan jalanraya Negeri, malah apa yang beliau nak menegaskan di sini adalah kerajaan negeri harus menumpukan perhatian dan menaiktaraf di jalanraya yang mempunyai 1 orang Ketua Menteri dan 2 orang EXCO, janganlah menggunakan slogan tiap-tiap hari untuk mentadbir Pulau Pinang, dan seharusnya ADUN dan Ahli Parlimen perlu merendahkan diri, “dengar suara rakyat, berkhidmat untuk rakyat”, dan perlu urus dengan baik-baik, menepati prinsip CAT yang telah dilaungkan selama 9 tahun, barulah tidak mensia-siakan pengundi yang mengundi DAP.


Sebelum 308 semasa Pulau Pinang masih diperintah oleh Barisan Nasional, dalam kawasan Parlimen Bagan, MCA hanya mempunyai seorang ADUN, Selepas 308, DAP dalam Parlimen Bagan mempunyai seorang Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen, 2 orang EXCO dan 1 orang ADUN. Tetapi keadaan jalanraya tidaklah “sebaik” berbanding sebelum 308.

Kini, di Bagan, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan dan mengurus tadbir hanyalah boleh menggunakan 2 perkataan yang sesuai untuk membuat gambaran, iaitu “mahal” dan “lambat”. Menurut Buletin Mutiara pada tarikh 01.08.2016, laporan menyebut bahawa pelebaran satu jalan yang panjangnya 3.5 kilometer di Jalan Raja Uda mengambil kos RM 2million, membuka satu jalan yang panjangnya 550 meter di Jalan P.Patto membelanjakan RM 3.7 million, dan yang lagi dahsyat adalah membuka sebuah jalan yang panjangnya 100 meter di Jalan Bagan 29, membelanjakan RM 3.29million dan melebarkan jalan sebanyak 1.2km, Jalan Siram membelanjakan RM 8.7 million. Malah dengan ini, projek pelebaran jalan dan mengindahkan Jalan Raja Uda mengambil masa selama 9 tahun masih belum siap, kualiti kerja “Sangat Lambat”

Dr Tan Chuan Hong juga menyeru pengundi Bagan supaya tengok dengan jelas dan berbandinglah keupayaan kepimpinan kerajaan sebelum ini dengan DAP yang mempunyai 1 orang Ketua Menteri dan 2 orang EXCO, undilah dengan kebijaksanaan pada PRU yang akan datang.

-MCA online-