6 September 2018

Kenyataan Media Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon

Jika DAP tidak boleh semak dan imbang PM, ia adalah tanggungjawab pembangkang utuk membuat demikian

Oleh kerana DAP dan ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang tidak berkemampuan menyemak dan mengimbang Perdana Menteri, dan gagal menghalang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan, maka ia bergantung kepada pembangkang untuk bekerjasama untuk membuat demikian!

Ini bukan hanya terhad kepada MCA, UMNO, MIC dan PAS – kami juga mengalu-alukan ahli-ahli dan penyokong DAP, PKR, PPBM, dan Amanah untuk membantu sekiranya mereka juga bersetuju dengan konsep semak dan imbang terhadap kerajaan.

Kami telah memerhati kewujudan dua trend sejak Pakatan menjadi kerajaan yang menekankan lagi kepentingan keperluan pembangkang yang kuat untuk melaksanakan semak dan imbang.

Pertama, DAP pernah berjanji mengawal Perdana Menteri. Sebaliknya, DAP pula mendiamkan diri selepas menjadi kerajaan. Isu-isu seperti projek kereta nasional ketiga, PM memegang jawatan pengerusi Khazanah Nasional, pemberian kontrak kepada anak PM dan lain-lain lagi, kesemuanya disokong DAP kali ini walaupun sebelum ini mereka pernah membantahnya.

Ini membuktikan walaupun DAP ada 6 menteri, 6 timbalan menteri, dan 42 ahli Parlimen, mereka masih gagal menyemak dan mengimbang PM yang sebelum ini pernah didakwa DAP sendiri sebagai seorang diktator.

Trend kedua, selain daripada pemberian kontrak kerajaan kepada dua anak lelaki PM, kita juga membaca laporan mengenai pembantu Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menerima RM800 ribu untuk melangsaikan huang peribadinya, dan Exco Melaka didakwa meminta suapan RM2.6 juta, dan pelucutan kes mahkamah Menteri Kewangan Lim Guan Eng.  Kesemua insiden tersebut telah membangkitkan persoalan jika DAP tidak berupaya menghalang kesemua ini, atau telah menjadi sebahagian masalah tersebut.

Ia harus ditekankan bahawa contoh-contoh yang diberikan adalah hasil kegagalan “semak dan imbang dalaman” Pakatan Harapan sendiri.

Oleh itu, jika Lim Kit Siang dan DAP tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka, berilah peluang kepada piha pembangkang untuk membuat demikian.

DAP nampaknya sanggup menggadaikan prinsip dan perjuangan mereka selepas mendapat kuasa. Sekarang, ia bergantung kepada semua parti pembangkang, termasuk MCA, UMNO, MIC dan PAS untuk bersama-sama menyemak dan mengimbangi kerajaan. Sebuah demokrasi dua parti yang sihat memerluka pembangkang yang kuat untuk menghalang berlakunya kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan.

Senator Datuk Chong Sin Woon
Ketua Pemuda MCA

-MCA online-