21 November 2018

Kenyataan Media Ketua WanIta MCA Datuk Heng Seai Kie

Sifat rasis peguam Azam Aziz tidak wajar dalam era Malaysia Baharu

Wanita MCA kesal segelintir rakyat Malaysia masih diracuni isu perkauman dan kurang budi bahasa.

Ekoran video yang tular di media sosial berkaitan seorang promoter bir wanita kaum Cina yang bekerja di bahagian “tidak halal” sebuah pusat membeli-belah di Ampang dimaki hamun seorang lelaki Melayu Islam, pelbagai pihak dan netizen telah bersuara mengkritik pemangsa bersifat buli dan ektremisme ; di samping itu ramai yang memuji kewibawaan mangsa menangani krisis secara tenang dan bijak .

Akan tetapi, ia amat mengejutkan apabila saya terbaca berita di media baru “The Coverage” dimana seorang peguam Azam Aziz telah mempertahankan lelaki tersebut, dengan kata-kata kesat yang bersifat perkauman dan provokasi.

Dalam laman Facebook Azam Aziz, dia telah menasihati pembuli apabila dipanggil rasis, untuk menjawab “Yes, I am f*** rasist to accept your f*** grandma as our citizen”.

Kelakuan dan mentaliti sebegini harus dikikis dan ditolak oleh semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama ; lebih-lebih lagi dalam zaman Malaysia Baharu kini. Sikap inklusif dan toleransi, saling hormat-menghormati harus dipupuk agar keharmonian , keamanan dan perpaduan negara terpelihara , demi kebaikan dan kepentingan bersama .

Wanita MCA sentiasa berusaha memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat terutamanya golongan wanita, tanpa mengambil kira bangsa ataupun agama. Oleh itu, kami membantah tingkah laku  Edi Rejang yang bersifat racist, pembuli wanita dan berunsur gangguan seks dengan isyarat lucahnya yang biadap dan tidak senonoh terhadap seorang pekerja wanita yang menjalankan tugasnya  di jabatan tidak halal, di sebuah pusat beli belah .

Wanita MCA juga turut mengecam cubaan peguam Azam Aziz untuk menghasut perasaan  benci dan menyemaii sikap perkauman di kalangan rakyat Malaysia yang dikhuatiri akan menjejaskan keamanan dan ketenteraman sosial. Sehubungan itu , demi memartabatkan imej Bar Council , kami mengesa institusi tersebut untuk menyiasat dan ambil tindakan ke atas beliau .

Selain itu , kami juga mengesa agar Polis  dapat menyiasat dan mengambil tindakan setimpalnya terhadap kedua-dua karakter tersebut di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Akta Kanun Keseksaan.

Datuk Heng Seai Kie
Ketua Wanita MCA

-MCA online-