Pengerusi CRSM, Datuk Natalie Lim Chong Ly berkata, selepas mengagihkan bantuan tersebut semalam, beliau bersama pemimpin MCA tempatan menuju ke Kuala Koh untuk memberikan bantuan namun dimaklumkan perkampungan tersebut telah dikuarantinkan.

“Memandangkan kampung tersebut telah dikuarantin petugas-petugas CRSM mengagihkan makanan dan minuman ke khemah bantuan sementara.

“Bantuan itu diserahkan kepada wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan mereka akan menyerahkannya kepada Orang Asli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, wakil NADMA memberitahu bantuan berupa makanan sudah mencukupi dan mereka memerlukan alatan penjagaan kesihatan.

“Jadi kita telah membeli barangan berkenaan antaranya, ubat-ubatan, berus gigi, syampu, tuala wanita dan sebagainya untuk dihantar segera hari ini,” katanya lagi.

-Utusan Online-