2 Oktober 2020

Kenyataan Media Ketua MCA Sabah, Lu Yen Tung

*Takziah atas pemergian Liew Vui Keong*

MCA Sabah mengucapkan takziah atas pemergian ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong kepada ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan mendiang.

Walaupun mendiang merupakan pesaing kami dari segi politik, namun kami tetap menghargai sumbangan mendiang kepada negara selama ini.

Pemergian Liew Vui Keong adalah satu kehilangan besar kepada politik Sabah. Mendiang selalu giat dalam politik negeri Sabah dan semua warga Sabah sudah tentu akan merasai kesal atas pemergiannya.

-MCA online