27 April 2021

Kenyataan media Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa Wai How

Pemuda MCA mendokong Kempen Kutipan Derma untuk Hospital UTAR, sumbang usaha dalam melahirkan pakar perubatan

Pemuda MCA menyokong Kempen Kutipan Derma untuk Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang dilancarkan oleh MCA, dan akan mengerahkan tenaga semua ahli Pemuda MCA di seluruh negara untuk menggerakkan kempen ini. Kami juga menyeru supaya syarikat-syarikat swasta dapat menyertai projek mega pendidikan rentas generasi ini dengan semangat ‘dari masyarakat, untuk masyarakat’, dan bersama-sama menyumbang usaha melahirkan cendekiawan perubatan untuk negara.

Kos keseluruhan bagi membangunkan Hospital UTAR ini, termasuk kos pembinaan, serta kos peralatan dan kelengkapan dianggarkan sebanyak RM330 juta. MCA akan menggerakkan program mengutip derma secara berperingkat, dan sasaran kutipan untuk peringkat pertama adalah RM3.45 juta. Pemuda MCA dengan penuh rasa tanggungjawab,  akan membantu serta berkolaborasi dengan MCA untuk mencapai sasaran ini, sambil berharap orang ramai turut bermurah hati menghulurkan derma dalam membantu merealisasikan projek mega ini bagi menghasilkan pakar perubatan untuk negara.

Pembinaan Hospital UTAR merupakan detik bersejarah dari segi pendidikan dan juga bidang perubatan.  Hospital ini bukan sahaja meneruskan visi UTAR untuk berkhidmat kepada rakyat serta mendidik anak bangsa, tetapi juga menyuntik tenaga baharu ke dalam perkhidmatan perubatan dan penjagaan serta pengkajian saintifik perubatan negara.

Pemuda MCA akan segera membuat perancangan rapi dan mengerahkan tenaga anggota kami di seluruh negara untuk menganjurkan pelbagai program bagi membantu mencapai sasaran kutipan.

-MCA online-