26 Oktober 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Kerajaan negeri Pulau Pinang gilakan duit abaikan nyawa

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong membidas kerajaan negeri Pulau Pinang gilakan duit dan abaikan nyawa. Beliau berkata kerajaan negeri degil dan enggan mendengar nasihat dan ingkar kepada bantahan Jabatan Alam Sekitar, menjalankan projek pembinaan mengakibatkan tragedi 11 nyawa terkorban di Tanjung Bunga.

“EXCO Kerajaan Tempatan En Chow Kon Yeow berpendapat, hanyalah satu kemalangan di tapak pembinaan, mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng letak jawatan adalah tidak adil. Namun  apabila Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat terbakar, Lim Kit Siang pula mengeluarkan kenyataan mendesak Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar meletak jawatan, adakah ini adil kepadanya?

Dr Tan Chuan Hong hairan kenapa Chow Kon Yeow tidak berani untuk mengkritik Lim Kit Siang secara terbuka.

“Jelas dilihat, cara DAP membuat kerja adalah tidak adil untuk perkara yang tidak memihak kepadanya, dan sesiapa yang menyerang Barisan Nasional adalah adil”

Beliau menyeru kepada Chow Kon Yeow, sudah cukuplah, jangan menipu lagi, walau apapun kenalah kita berbincang dengan fakta, janganlah sesekali orang DAP buat salah, memihak dan menyebelahi DAP lagi.

Denag tidak bertanggungjawab DAP sudah mengakibatkan nyawa manusia terkorban, Chow Kon Yeow masih tidak berhati perut menyebelahi DAP, nak menyebelahi sehingga bila pulak?

Adakah Chow Kon Yeow mahu melihat ramai nyawa terkorban lagi kah??

“Kalaulah Chow Kon Yeow berpendapat mahu Lim Guan Eng letak jawatan itu tidak adil, namun adakah kata-katanya adil kepada orang yang terkorban nyawanya?

Dr Tan Chuan Hong
Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang

-MCA online-