26 November 2019

Kenyataan Media Jurucakap MCA Sdr Mike Chong Yew Chuan

Jalur Gemilang pantang dicabar dan dihina! Usahlah kaitkan MCA dengan tindakan sebegini

Baru-baru ini, terdapat satu video tular dalam media sosial berhubung insiden bendera Malaysia dengan bintang lima bucu yang dipaparkan menerusi klip video semasa perasmian kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Dengan segera, pihak penganjur MABA (Persatuan Bola Keranjang Malaysia) telah meminta maaf di atas insiden tersebut, manakala pihak PDRM telah mengambil tindakan pantas dalam menyiasat kes itu.

Walaupun begitu, kami tetap mengecam tindakan tersebut, samada secara sengaja atau tidak sengaja, kerana ia adalah satu salah-laku yang langsung tidak boleh diterima.

Ini kerana kewibawaan Jalur Gemilang pantang dihina dan dicabar!

Namun, kami juga mengecam mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Presiden MABA Lua Choon Hann dengan MCA, terutamanya laman FB yang bernama "Friends of DAP", yang cuba memburukkan imej MCA dengan hanya menggunakan beberapa keping gambar untuk memberikan gambaran seolah-olah Presiden MABA, Datuk Lua Choon Hann, ini adalah orang kuat ahli Parlimen Tanjung Piai MCA Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Sikap penyokong DAP ini memang tidak matang, dan hanya tahu bermain kotor.

Come on lah. Fitnah nak kenakan MCA biar ada standard sikit.

Dilampirkan bersama adalah beberapa keping gambar yang menunjukkan Lua dengan Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Menteri Luar Negeri dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan. Jika MCA mahu bermain kotor seperti mereka, bolehkah kami katakana Datuk Lua Choon Hann ini orang kuat Saifuddin Abdullah @ Pakatan Harapan?

Akan tetapi, kami tidak akan menurunkan standard kami kepada tahap mereka. Sudah-sudahlah dengan kerja haram jadah memfitnah, bertaubatlah PH, terutamanya DAP.

-MCA online-