Dr. Tan Chuan Hong: Ketua Menteri dan 2 EXCO Parlimen Bagan, Sila kembalikan kediaman tanpa banjir kepada penduduk di Taman Sintat
DAP perlu jelaskan pendirian mengenai PPBM ambil masuk ahli Parlimen UMNO  

Tidak bersetuju dengan PAS tidak bermaksud memusuhi Islam

Pada Selasa    26-12-2017 17:32:00

26 Disember 2017

Kenyataan Media Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

Tidak bersetuju dengan PAS tidak bermaksud memusuhi Islam

Mukaddimah Presiden PAS Hadi Awang dalam Harakahdaily jelas menunjukkan PAS dan Hadi Awang cuba “hijack” Islam untuk agenda politik mereka.

BANYAK kalangan yang tidak faham, bahkan jahil bahawa bernegara dan berpolitik menjadi sebahagian daripada ajaran Islam atau mereka sengaja mahu memusuhi Islam.

Adalah tidak benar bahawa ramai yang tidak memahami Islam dan berpolitik serta bernegara berpisah tidak.

Sebaliknya ramai menerima dan menghormati bahawasanya isu bernegara dan berpolitik tidaklah boleh dipisahkan dalam Islam.

Jadi adalah tidak benar apabila Presiden PAS Hadi Awang menuduh bahawa sesiapa yang tidak berseruju dengan PAS atau Hadi Awang adalah bersengaja mahu memusuhi Islam.

Ini menunjukkan PAS dan Presiden Hadi Awang terlalu angkuh dengan cubaan menyamakan diri dan parti dengan Islam.

Perlulah kita mengingatkan Hadi Awang dan PAS bahawasanya politik Islam amalan politikus dan ajaran serta rukun Islam oleh UlaMak adalah berbeda.

Misalnya dahulunya Hadi melalui “Amanat Hadi” telah mengkafirkan Umno sebab berkerjasama dengan parti-parti komponen yang bukan Islam  tetapi kemudiannya PAS sendiri bersekungkur dengan DAP.  Ini jelas menunjukkan bahawanya Amanat Hadi adalah mainan politik PAS dan Hadi Awang dan ia bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Adalah salah dari segi prinsip rukun agama dan politik struktur PAS apabila Hadi Awang dengan sewenang-wenangnya membuat interpretasi ajaran agama Islam yang suci dan murni melalui kacamata politiknya secara peribadi.

Dari segi parti , adalah salah Presiden PAS mengenepikan peranan Majlis Syura Ulama yang akan memelihara dasar parti dan berijtihad secara jamma’i (collective) apabila beliau mengambil alih peranan Majlis dengan memberi pendapat peribadi walhal peranan Presiden PAS adalah berdasarkan dan bersifat tanfizi (executive).

Hadi Awang seakan-akan mengambil-alih kuasa Majlis Syura Ulama sejak pemergian Tok Guru Nik Aziz dan ini adalah tidak selaras dengan semangat dan peranan kewujudan Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura. Hadi Awang nampaknya semakin diktatorial dan dominan sejakakhir-akhir ini dalam parti. Kalau dahulunya Presiden PAS akan menghurmati pandangan dan peranan  Tok Guru Nik Aziz sebagai Ketua Majlis Syura , kininya amalan ini semakin tidak wujud dan menghilang.

Adalah juga salah dari segi amalan Islam apabila Hadi Awang membuat tafsiran Islam secara peribadi tanpa melibatkan ulamak-ulamak lain dari luar parti PAS atau negara Malaysia. Saya rasa pandangan peribadi Hadi yang berbau perkauman dan mempunyai motif politik tidak akan disetujui oleh ulamak-ulamak lain baikpun dalam atau luar negeri .

Secara umumnya Hadi Awang menyatakan Islam menghurmati dan menjamin hak -hak masyarakat bukan Islam tetapi dalampada itu, beliau mengenepikan hak-hak masyarakat bukan Islam untuk diwakili dalam Kabinet atau pentadbiran atas kuasa majoriti Melayu dan Islam .

Ini sudah jelas bercanggah dan bertentangan dengan kenyataan Hadi bahawa Islam menjamin hak bukan Islam dan akan berlaku adil pada mereka.

Dari segi politik juga, Hadi Awang silap dalam tafsiran asas prinsip demokrasi yang menwajibkan golongan majoriti untuk mentadbir dengan menghurmati hak-hak minoriti (rule of majority with respect to the minority) yang menggalakkan “inclusiveness” atau penglibatan golongan minoriti. Ini adalah asas jaminan keadilan pada golongan minoriti yang telah dipelopori oleh Umno dalam Barisan Nasional suPaya hak minoriti tidak diketepikan.

Jadi MCA berpendapat dan percaya bahawa  PAS dan kenyataan Hadi Awang tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar. Kenyataan Hadi yang tidak jitu menunjukkan PAS dan Hadi Awang lebih mengutamakan agenda politik mereka daripada niat menegakkan ajaran dan rukun agama Islam yang sebenar.

Dato’ Sri Ti Lian Ker 
Jurucakap Publisiti MCA (Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu) 
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA

-MCA online-

Berita Berkatian

Beza Sahabat dan Saudara dalam Politik

Biar Hidup Hidup Lagi

Gabung dengan Pas, Zahid khianat semangat BN - Wee Ka Siong

Jawatankuasa, Biro dan Pasukan Khas Parti

Jangan jadi ayam sabung di gelanggang sendiri