27 Julai 2018

Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Terengganu Dato’ Toh Chin Yaw

Janji royalti petroleum Pakatan Harapan hanya satu helah menipu rakyat

MCA Terengganu kesal tindakan kerajaan Pakatan Harapan mengkhianati rakyat negeri Pantai Timur mengenai pembayaran royalti petroleum sebanyak 20%. Sekarang, apa yang dijanjikan pula sebenarnya lebih rendah berbanding jumlah yang dibayar kerajaan BN sebelum ini!

MCA Terengganu kecewa Pakatan Harapan sanggup menipu para penyokong mereka, malah sanggup mempergunakan isu royalti petroleum sebagai umpan. Menurut Menteri Hal Ehwal Kewangan Dato’ Azmin Ali, pengiraan royalti akan dibuat berdasarkan keuntungan bersih, dan bukan mengikut cara pengiraan yang lalu.

Sebelum ini, Pakatan Harapan menguar-uarkan bahawa mereka akan meningkatkan kadar bayaran royalti, akan tetapi selepas membentuk kerajaan baharu, Pakatan Harapan memberi alasan bahawa pembayaran royalti adalah berdasarkan keuntungan bersih. Ini bukan apa yang dijanjikan kepada rakyat sebelum PRU14.

Ini jelas sekali mencerminkan niat Pakatan Harapan menipu rakyat dengan janji kosong bayaran royalti sebanyak 20% berbanding dengan 5% yang dibayar kerajaan BN sebelumnya. Akan tetapi, sekarang telah terbongkar bahawa janji tersebut adalah berdasarkan keuntungan bersih, maka jumah royalti yang perlu dibayar kerajaan pusat sebenarnya lebih rendah berbanding kadar 5% sebelum ini.

Ini seakan skim penipuan yang menarik perhatian mangsa dengan hadiah-hadiah lumayan, tetapi selepas mangsa terjerabak, baru diketahui bahawa bayaran perlu dibuat dahulu untuk menerima hadiah tersebut.

Oleh itu, MCA Terengganu menggesa kerajaan pusat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan supaya menunaikan janji-janji pilihanraya mereka. Bayaran royalti petroleum adalah satu sumber pendapatan negeri yang penting dan bertujuan memanfaatkan penduduk negeri-negeri tersebut. Mengikut mekanisme pengiraan baharu, adakah ini bermakna bahawa jika harga petroleum dunia jatuh, maka negeri-negeri Pantai Timur tidak akan menerima sesen pun? Tidakkah penduduk-penduduk negeri berkenaan akan menjadi mangsa? 

Dato’ Toh Chin Yaw
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Terengganu

-MCA online-