Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh
MCA yakin mampu selesai bantahan pengundi di Wangsa Maju  

Projek pelancongan bersepadu di Tanjung Leman

Pada Isnin    27-11-2017 10:28:00

Projek pelancongan bersepadu bertaraf antarabangsa dengan potensi pelaburan dianggarkan RM3 bilion bakal dibangunkan di pesisiran pantai Tanjung Leman, Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, usaha itu bagi menjadikan Mersing sebagai destinasi pelancongan unggul.

“Kawasan seluas 1,000 ekar (404 hektar) di pesisiran pantai Tanjung Leman dikenal pasti berpotensi menarik pelabur dari dalam dan luar negara.


“Projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama 13 tahun,” katanya ketika menjawab soalan K. Raven pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.


Bercakap kepada pemberita selepas itu, Siew Kiong berkata, pada permulaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan menjalankan kajian tentang perkara itu.


Katanya, pihak ECERDC akan melantik konsultan bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek pembangunan berkenaan dalam masa terdekat.

- Utusan Online-

Berita Berkatian

MCA tidak gentar dengan strategi DAP di Johor

Ketua wanita MCA Johor diumum calon DUN Perling

Rakyat Johor harus sokong BN, kata MCA Johor

Leaf Malaysia labur RM600 juta di Segamat

358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna