Tidak bersetuju dengan PAS tidak bermaksud memusuhi Islam
Isu ratifikasi ICERD - Apa terjadi kepada "Deklarasi Setapak" DAP?   

PAS main politik, tidak "jujur dan ikhlas"

Pada Rabu    27-12-2017 09:35:00

27 Disember 2017

Kenyataan Media Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

PAS main politik, tidak “jujur dan ikhlas”

Demi agama dan demi kebenaran, saya ingin menyahut cabaran Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menuding jari menyalahkan akhbar NST  memutar belitkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang presiden PAS bahawa hanya pemimpin Melayu dan Islam boleh menjadi menteri di Malaysia.

(https://m.malaysiakini.com/news/406674#m0lT5TlrUxFxBlKq.99)

Tuan Ibrahim mengatakan tiada satu ayatpun didalam kenyataan Presiden PAS yang mahu kabinet Melayu sahaja.

Untuk menangkis penafian Timbalan Presiden PAS itu marilah kita meneliti pernyataan Presiden PAS itu secara “verbatim” seperti berikut :

Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep.

Presiden PAS menekankan secara nyata bahawa “Islam tegas mewajibkan” perkara “dasar dan konsep” seharusnya diletak di bawah kepimpinan penganut Islam dan cuma akan menerima bukan Islam “dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep”

Sekadar ini adalah jelas Presiden PAS telah tegas mewajibkan perkara dasar dan konsep (yang merupakan bidangkuasa yang dirangkumi oleh Kabinet) hanyalah boleh dianggotai oleh penganut Islam.

Dalam pada itu, di tegaskan lagi penganut bukan Islam cuma diterima dalam aspek “kepakaran dan pengurusan.”

Sekali lagi penekanan telah diberi dan secara nyatanya dinyatakan (expressly) ini tidak termasuk “perkara dasar dan konsep”.

Bukankah jelas kaum bukan Islam telah dikecualikan (didiskriminasikan) dan dilarang mempelopori isu-isu “dasar dan konsep”?

Bukankah nyata bahawasanya Jemaah Menteri dan Menteri adalah pemimpin dalam kementerian yang akan menentukan kata-putus dan cadangan yang menyentuh “ perkara dasar dan konsep” duniawi?

Kenapa pula Presiden PAS atau parti PAS harus mendiskriminasikan kaum bukan Islam dengan larangan mereka tidak boleh memimpin atau menyentuh perkara dasar dan konsep? Adakah ini konsep keadilan dan kemanusiaan yang dilaung-laungkan oleh pemimpin PAS?

Bagaimanakah kita hendak mempercayai Presiden PAS dan partinya sekiranya kenyataan yang dinyatakan dengan begitu jelas sekali dalam bahasa dan organ partinya Harakah Daily boleh dinafikan bila menerima kecaman umum?

Manalah keikhlasan dan kejujuran pemimpin-pemimpin parti PAS kalau mereka boleh berselindung atas kewatakan keagamaan untuk menidakkan kenyataan yang nyata dan jelas dengan hanya menuding jari atau menyalahkan pihak ketiga atas tuduhan fitnah?

PAS yang bermain politik tetapi orang lain pula yang dituduh berpolitik dan menfitnah ! Adakah pemimpin-pemimpin PAS kebal atau mereka sudah terlalu angkuh diri ? Manusia tetap manusia dan bernafsu serta berkelemahan. Mereka tidak boleh dipercayai sepenuhnya seakan mereka itu malaikat?

Saya setuju dengan petikan Presiden PAS seperti berikut :

”Islam adalah agama yang mampu berhujah dengan semua pihak kalau dibuka peluangnya dengan adil dan mahu mencari kebenaran dan penyelesaian “

Atas kebenaran, saya ingin memohon keadilan (hak) untuk mematahkan dan menyangkal hujah Presiden PAS yang tidak benar dan tidak tepat seperti berikut :

1.) Hujah Presiden PAS :

Persoalannya, mengapa Islam dihalang daripada kemenangan dan dijatuhkan setelah menang?

Jawapan saya :

(i) Islam tidak pernah dihalang dari kemenangan. Sebaliknya Islam telah ditegakkan dan penerapan nilai-nilai dan syariah Islam telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan berjaya dan tersusun.

(ii) Tuan Hadi terlalu emosi, provokasi atau “confuse” apabila beliau dengan memberi kenyataan salah kononnya ” Islam dihalang daripada kemenangan dan dijatuhkan setelah menang”.

Presiden PAS seakan -akan menyamakan diri dan parti dengan Islam.

Sebenarnya Islam adalah satu agama yang disegani dan keagungan serta kemenangan Islam adalah berterusan di Malaysia, khususnya dalam sejarah pemerintahan Barisan Nasional.

Presiden PAS Hadi Awang harus mengakui kebenaran bahawa PAS pernah menang di Trengganu dan beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Trengganu dalam tahun 1999. Malangnya kepimpinan beliau setelah menang telah gagal apabila PAS ditolak (bukannya dijatuhkan) pada tahun 2004 oleh kerana kegagalan mentadbir Negeri Terengganu dengan baik. Sebenarnya Kerajaan parti PAS di bawah kepimpinan Hadi  telah ditolak dan bukannya Islam dijatuhkan setelah menang  di mana rakyat Trengganu telah sedar dan memilih kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan Presiden PAS dan partinya supaya berlaku adil pada agama dan negara. Janganlah parti PAS lupa diri sehingga menyamakan diri , pemimpin atau parti dengan agama Islam yang agung, suci. dan murni.

Adalah jelas PAS dan pemimpin mempunyai niat dan nafsu hendak merampas kuasa melalui politik. Islam pula adalah agama yang suci , murni dan bebas daripada nafsu memperolehi kuasa, kewangan dan kepentingan. Oleh itu PAS janganlah cuba dan tidaklah boleh disinonimkan dengan Islam.

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Jurucakap Publisiti MCA (Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu)
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA

-MCA online-

Berita Berkatian

Jangan jadi ayam sabung di gelanggang sendiri

MCA tidak akan hadir muktamar PAS

'DAP sengaja cari pasal'

Kerjasama MCA, PAS ikut keadaan

Tidak bersetuju dengan PAS tidak bermaksud memusuhi Islam