PAS main politik, tidak "jujur dan ikhlas"
Kebiadapan pembangkang menghina raja  

DAP Pulau Pinang tidak menjaga keselamatan rakyat, tidak menghormati nyawa, demi menunjukkan kekuasaan

Pada Rabu    27-12-2017 13:02:00

27 Disember 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pulau Pinang, Dr Tan Chuan Hong

DAP Pulau Pinang tidak menjaga keselamatan rakyat, tidak menghormati nyawa, demi menunjukkan kekuasaan

Dr Tan Chuan Hong mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas tindakan mereka meroboh awning yang didirikan oleh penduduk di Medan Melur Utara, Butterworth merupakan satu perbuatan yang tidak menjaga keselamatan rakyat, malah perbuatan mereka menunjukkan kekuasaan dan tidak menghormati nyawa.

Beliau berkata awning yang didirikan di situ adalah atas kerjasama dan kutipan orang awam bertujuan untuk membolehkan penganut Datuk Kong sembahyang di satu tempat yang lebih selamat, selain itu, ia juga dapat mengelakkan diri daripada ancaman pembuangan sampah dari atas, serta memberikan Datuk Kong dan penganutnya satu tempat berteduh semasa hujan turun, tetapi MPSP tegas pada pendirian untuk merobohkan awning atas sebab menerima arahan dari pihak atasan.

Beliau mengulas bahawa tempat tersebut tidak menjejaskan kesesakan lalu lintas, malah setelah mendapat kerjasama daripada penduduk kawasan, keadaan alam sekitar bertambah bersih, taraf kesihatan dinaikkan, dan ini telah membuktikan ada kelebihannya.

Dr Tan Chuan Hong juga memuji pemuda di situ amat agresif dan patut dijadikan teladan. Mereka pernah mengadakan edaran barang kepada mangsa banjir pada 26hb November, mengadakan majlis penyembahan Datuk Kong dan bersembang-santai pada 10hb Disember, serta mengadakan sesi perkhidmatan kemaskini dan permohonan BR1M pada 18hb Disember tahun ini.

Akan tetapi, dengan niat DAP yang kecil hati dan cemburu, disebabkan Dr Tan Chuan Hong hadir pada aktiviti di atas, DAP menganggap perkhidmatan rakyat yang baik ini dijadikan musuh politik, mengambil tindakan merobohkan awning untuk membalas dendam politik.

Pada 18hb Disember jam kira-kira 7 malam, iaitu 1 jam sebelum perkhidmatan kemaskini dan permohonan BR1M dijalankan, apabila penguatkuasa MPSP mengarahkan untuk merobohkan awning, En Ong Han Meng menerusi talian telefon meminta bantuan dari EXCO YB Phee Boon Poh, jawapannya amat menakjubkan iaitu "sekiranya saya membantu, saya akan digari". Dr Tan Chuan Hong ingin memberitahu kepada Phee Boon Poh bahawa sekiranya wujud kepentingan diri rasuah dan salahguna kuasa boleh digari, ini hanya membantu menyelesaikan masalah rakyat dan ia tidak akan menggari. Beliau juga menyeru YB Phee Boon Poh dalam menyelesaikan masalah rakyat haruslah mempunyai keikhlasan, janganlah bersandiwara demi kepentingan diri sendiri.

Dr Tan Chuan Hong juga mengkritik kenyataan Ketua Menteri yang selalu cakap dalam mulut tidak buli rakyat, kenyataan ini adalah cakap tidak serupa bikin. Tetapi Dr Tan Chuan Hong berharap apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri dapat dikotakan, memulangkan awning yang merupakan awning keselamatan. Beliau turut berkata segala kerosakan telahpun dicipta, maka ia tidak perlu untuk menuding jari siapa yang perlu bertanggungjawab, malah adalah perlunya memberi kelulusan yang sah untuk mendirikan semula awning keselamatan, supaya penganut mempunyai satu tempat yang berteduh dan selamat.

Akhir sekali, MCA Bahagian Bagan berjanji setelah mendapat kelulusan, akan menerusi kutipan derma dari orang awam, membantu mendirikan semula awning keselamatan.

-MCA online-

Berita Berkatian

Terowong: Apa kaitan syarikat fesyen?

Pulau Pinang bakal rugi RM410 juta

Penipuan Lim Guan Eng didedah oleh Exco Lim Hock Seng dalam jawapan bertulis kepada DUN

Dr. Tan Chuan Hong: Ketua Menteri dan 2 EXCO Parlimen Bagan, Sila kembalikan kediaman tanpa banjir kepada penduduk di Taman Sintat

MCA Pulau Pinang menghadiahkan kerusi roda, menghantar DAP Pulau Pinang untuk rawatan