Tiada lagi tsunami Cina pada PRU14
MCA mahu Tun M, Anwar juga disiasat  

Chong Pesan Kepada Nazri: "Jadi Lelaki Sebenar, Minta Maaf Kepada Robert Kuok"

Pada Rabu    28-02-2018 11:37:00

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sepatutnya menunjukkan bahawa dia adalah "lelaki sebenar" dan perlu meminta maaf kepada hartawan Robert Kuok, kata Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon.

"Anda tahu anda membuat kesilapan, permohonan maaf adalah perkara yang sangat mudah dilakukan. Hanya lelaki sebenar boleh melakukannya," kata Chong pada sidang media di Wisma MCA, Rabu.

Nazri telah mengkritik Kuok selepas penulis di laman blog Raja Petra Kamarudin menyiarkan tiga artikel yang mengatakan bahawa hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong itu membiayai pelbagai parti politik untuk menggulingkan kerajaan.

Nazri menggambarkan Kuok sebagai 'pondan' (effeminate), dipetik di sebuah portal berita dengan mencabar jutawan berusia 94 tahun itu supaya kembali ke Malaysia untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, sambil menambah bahawa beliau juga harus menyerahkan kewarganegaraan Malaysianya.

Kuok menafikan dakwaan itu dan beliau akan mengambil tindakan terhadap blog, Malaysia Today.

Nazri tidak memohon maaf, tetapi memberitahu beliau gembira kerana Kuok telah menjelaskan segalanya.

Chong berkata walaupun dia telah membaca penjelasan Nazri, pernyataan beliau hanya tertumpu kepada Kuok, manakala komennya tentang orang terkaya Asia itu telah memalukan masyarakat Cina di Malaysia.

"Anda telah memilih orang yang salah untuk menyerang, berdasarkan penulisan blogger.

Sebagai menteri, mengapa anda tidak mencari fakta yang betul?," katanya.

Cong juga berkata, ia sepatutnya menjadi perkara mudah bagi Nazri untuk meminta maaf selepas kenyataan Kuok menafikan dakwaan terhadapnya dalam Malaysia Today itu.

-mStar-

Berita Berkatian

Tiada