Banner
SEJARAH PARTI

1949 - 1959
Pengenalan: Sejarah Penubuhan Parti

Sejarah masyarakat Cina di Malaysia boleh dijejak kepada abad ke-19 atau lebih awal lagi. Pada kurun 1940an, Malaya merupakan tanah jajahan British. Oleh kerana pihak komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata, pihak kerajaan British telah mengisytiharkan darurat pada 1948.

Masyarakat Cina pada masa ini mengalami kesengseraan dan kesusahan kerana kebanyakan ahli-ahli komunis terdiri dari orang bangsa Cina. Ramai orang dari masyarakat Cina telah ditahan oleh pihak kerajaan British, dan beberapa orang dihantar pulang ke China. Ada juga yang telah ditembak oleh askar-askar.

Demi mengasingkan masyarakat Cina yang tinggal di luar bandar dari pengaruh komunis, berates-ratus ribu orang Cina telah diusir dari kampung halaman mereka dan ditempatkan semula di kampung-kampung baru yang ditubuh oleh pihak British.

Pada 27 Februari 1949, Persatuan Cina Malaya (MCA) telah ditubuhkan dengan tujuan menyelamatkan masyarakat Cina dari dihantar balik ke China. Tun Tan Cheng Lock merupakan orang utama dalam penubuhan MCA.

Hasil daripada itu, rancangan British untuk menghantar balik masyarakat Cina ke China dihentikan, dan MCA telah mengambil langkah-langkah segera untuk menyediakan rumah dan membantu menempatkan semula masyarakat Cina di kampung-kampung baru. MCA juga telah menyediakan makanan, perubatan dan bantuan kewangan. Selepas penempatan semula, MCA juga telah membantu menyediakan kemudahan elektrik dan air untuk kampung-kampung baru tersebut. Sekolah-sekolah rendah Cina dan perpustakaan awam juga dibina untuk kegunaan masyarakat Cina.

 
1949

MCA telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dan Sir Tun Tan Cheng Lock telah menjadi Presiden pertama MCA, Yong Shook Lim sebagai Setiausaha Kehormat dan Khoo Teck Ee sebagai Bendahari Kehormat. Pemimpin-pemimpin pengasas lain termasuk H.S Lee (Pengerusi Jawatankuasa Kecil Politik, Pemuda, Wanita), Tan Siew Sin (Pengerusi Jawatankuasa Kecil Publisiti) dan Leong Chong Leng (Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan Sosial/ Budaya).

Tun Tan Cheng Lock telah menjelaskan bahawa MCA ditubuhkan kerana masyarakat Cina yang taat kepada Malaya mengalami kesengseraan di bawah keadaan darurat, yang bukan sahaja mengancam nyawa mereka tetapi juga kepentingan asas masyarakat Cina. Tambahan pula, ketaatan dan keikhlasan masyarakat Cina terhadap negara juga dipertikai.

 
1950

Dari bulan Februari, MCA telah mengendalikan sistem loteri kebajikan untuk membantu keluarga-keluarga Cina yang memerlukannya, terutamanya mereka yang ditempatkan semula di salah satu 600 kampung-kampung baru. Penduduk-penduduk kampung-kampung baru ini hidup dalam ketakutan, tetapi MCA telah membantu membina semula rumah-rumah mereka dan menggunakan wang yang dikutip dari sistem loteri untuk menyelesaikan masalah harian masyarakat Cina.

 
1951

Pada 2 Disember, Cheng Lock telah mengetuai satu delegasi MCA untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan colonial British yang menyuarakan rasa tidak puas hati masyarakat bukan Melayu kerana diabaikan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

 
1952

MCA dan UMNO telah bekerjasama untuk bertanding dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada 26 Februari, dan pilihanraya-pilihanraya yang seterusnya di 16 kawasan lain di seluruh negara. Kerjasama tersebut telah menerima sokongan kuat dan memenangi 94 daripada124 kerusi yang ditandingi. MCA telah memenangi 24 daripada 43 kerusi yang ditandingi. Keputusan ini telah membina asas kepada pergabungan 3-parti yang bernama “Parti Perikatan” yang akan ditubuh pada masa depan.

Pada 20 Jun, Jawatankuasa Pusat telah menerima pakai cadangan dari Presiden untuk mengubah statusnya dari sebuah badan kebajikan kepada sebuah parti politik. Bermula dari masa ini, MCA mula bergiat dalam bidang politik.

MCA telah menyokong pendirian persatuan-persatuan pendidikan Cina yang diambil dalam sebuah mesyuarat dalam Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur yang menentang Laporan Barnes Mengenai Pendidikan dan Akta Pendidikan 1952. Walaubagaimanapun, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan yang masih dikawal pihak British telah meluluskan Akta tersebut pada 21 November. MC, bersama-sama dengan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zong) dan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong), telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pusat Pendidikan Cina yang akan menjadi badan utama dalam bidang pendidikan Cina.

MCA juga telah menaja sebanyak 1,255 kelas-kelas di kampung-kampung baru demi menyediakan pendidikan asas untuk berpuluh ribu penduduk-penduduk dewasa.

 
1953

Pihak colonial British telah meluluskan Akta Loteri pada 12 Jun yang tidak membenarkan parti-parti politik mengendalikan loteri. Dengan itu, MCA terpaksa menghentikan operasi loteri kebajikannya, lalu kehilangan sumber kewangan untuk mengekalkan kelas-kelan pendidikan di kampung-kampung baru.

Sebuah Konvensyen Kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos oleh Perikatan Cina-Melayu dan persatuan-persatuan lain untuk menggesa pihak kolonial British mengadakan pilihan raya umum supaya sebuah kerajaan boleh dipilih untuk mewakili rakyat.

Konvensyen Kebangsaan Kedua telah diadapakan pada 11 Oktober dimana resolusi yang menggesa kemerdekaan telah diluluskan. Konvesyen tersebut melahirkan rasa tidak puas hati atas jumlah kerusi yang dicadangkan untuk wakil rakyat.

Pada Disember, MCA telah menubuhkan sebuah pasukan anti-komunis denga jumlah ahli yang melebihi 70,000 orang.

 
1954

Pada 31 Mac, sebuah Memorandum mengenai Pendidikan Cina telah dikeluarkan oleh MCA dan badan-badan pendidikan Cina yang membantah dasar-dasar pendidikan pihak kolonial British. Memorandum tersebut amat bersejarah dan mempunyai implikasi yang luas.

Pada Mei, Parti Perikatan telah menghantar delegasi 3-orang ke England untuk berbincang dengan pihak kolonial British untuk menggesa bahawa wakil-wakil rakyat haruslah menjadi ahli majoriti dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada pilihan raya yang pertama yang akan datang. Ahli-ahli delegasi tersebut adalah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan T.H Tan. Pada masa sama, persatuan-persatuan di seluruh negara juga menyahut seruan Parti Perikatan untuk menyokong delegasinya. Akhirnya, pihak kolonial British telah bersetuju kepada permintaan tersebut dan memperuntukkan 52 daripada 98 ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan untuk dipilih oleh rakyat. Pihak kolonial British pula akan melantik 7 ahli, dimana 5 akan dilantik selepas rundingan dengan parti politik yang memenangi kerusi paling banyak.

Kerajaan telah mengeluarkan Laporan Pendidian 1954 pada akhir tahun, dan ia telah dibantah dengan kuat oleh rakyat. Laporan tersebut mencadangkan bahawa pelajar-pelajar pelbagai kaum haruslah belajar di kelas yang sama, menggunakan bahasa pengantar yang sama, dan buku teks yang sama. MCA dan badan-badan pendidikan Cina telah membantah langkah-langkah tersebut kerana ia akan mengubah sifat asas pendidikan Cina.

Selepas pemberhentian kelas-kelas untuk penduduka dewasa di kampung-kampung baru, MCA telah menubuhkan sebanyak 84 perpustakaan masyarakat untuk menampung keperluan rakyat.

 
1955

Pada 12 Januari, MCA telah menganjurkan mesyuarat antara ketua Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin-pemimpin badan-badan pendidikan Cina di rumah Tun Tan Cheng Lock untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan pendidikan Cina. Mereka telah menggesa Parti Perikatan memasukkan Bahasa Cina sebagai Bahasa kebangsaan kedua dalam manifestonya. Tunku Abdul Rahman telah menjawab bahawa sekarang bukan masa sesuai kerana ia akan memecah-belahkan negara dalam perjuangan mencapai kemerdekaan. Akan tetapi, beliau telah berjanji bahawa Parti Perikatan tidak akan menghapuskan Bahasa, budaya dan pendidikan vernakular.

Pilihan Raya Umum pertama telah diadakan pada 27 Julai, dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi, dan MCA telah memenangi 15 kerusi.

Kerajaan Parti Perikatan yang pertama telah ditubuhkan pada 2 Ogos dan Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri. MCA pula diwakili oleh Leong Yew Koh (Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial), H.S Lee (Menteri Pengangkutan), Ong Yoke Lin (Menteri Pos dan Telekom) dan Too Joon Hing (Timbalan Menteri Pelajaran).

Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuh untuk mengkaji dasar-dasar pendidikan dan ia diketuai oleh Menteri Pelajaran Tun Abdul Razak. Laporan yang dikeluarkan dikenali sebagai Penyata Razak.

Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan kerajaan untuk mengadakan rundingan damai dengan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng untuk menamatkan keadaan darurat dan membina sebuah Malaya yang baru. Ahli-ahli rombongan kerajaan termasuklah Presiden MCA Tun Tan Cheng Lock, Setiausaha Agung Parti Perikatan T.H Tan, dan Timbalan Menteri Pelajaran Too Joon Hin. Malangnya, rundingan tersebut gagal kerana pihak komunis enggan menerima tawaran kerajaan.

 
1956

Pada Januari, sebuah rombongan Parti Perikatan yang diketuai Tunku Abdul Rahman telah bertolak ke U.K untuk berunding dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan Malaya. MCA telah diwakili oleh H.S Lee. Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock telah sibuk pada masa itu dan tidak dapat pergi. Selepas perbincangan yang hangat, pihak British akhirnya bersetuju pada 5 Februari untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya pada 31 Ogos 1957, jika keadaan membernarkannya.

Pada bulan April, Penyata Razak telah dikeluarkan, dan ia mencadangkan bahawa sekolah-sekolah rendah Cina dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Penyata Razak juga menekankan bahawa semua sekolah harus menggunakan kurikulum dan peperiksaan yang sama, dengan tujuan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di semua sekolah. Masyarakat Cina dan badan-badan pendidikan Cina telah meluahkan bantahan terhadap Penyata Razak.

Pada bulan Mei, Suruhanjaya Reid telah dihantar ke Malaya untuk menilai pandangan dan merangka draf perlembagaan untuk sebuah Malaya yang merdeka. Persatuan-persatuan Cina telah mengemukakan memorandum yang menuntut kerakyatan dan hak pendidikan yang kesaksamaan. Pada 22 Ogos, Parti Perikatan juga menghantar memorandum yang memberikan pandangan rasmi kerajaan.

 
1957

Pada 20 Februari, Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan laporannya dan draf perlembagaan. Parti Perikatan dan masyarakat Cina telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap draf tersebut kerana kepentingan masyarakat Cina telah diabaikan. Pada 9 Mei, satu lagi rombongan Parti Perikatan yang diketuai Tunku Abdul Rahman telah dihantar ke UK untuk berunding mengenai draf perlembagaan tersebut. MCA telah diwakili oleh Ong Yoke Lin. Hasil daripada perundingan tersebut, sebuah draf perlembagaan yang disetujui semua telah dihasilkan.

Malaya telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, dan Tunku Abdul Rahman telah menjadi Perdana Menteri pertama.

MCA melancarkan pergerakan permohonan kewarganegaraan, dan dalam tempoh satu tahun, lebih daripada 1 juta penduduk Cina telah diberi status warganegara.

 
1958

Perubahan besar telah berlaku dalam barisan kepimpinan MCA dimana Dr Lim Chong Eu telah menjadi Presiden MCA kedua selepas mengalahkan Tun Tan Cheng Lock dalam pemilihan parti dengan 89 undi kepada 67 undi. Tan Joo Hin pula mengalahkan Ong Yoke Lin untuk menjadi Setiasaua Agung dan Yong Pang Haw menewaskan Tan Siew Sin untuk menjadi Ketua Publisiti. Tun Tan Cheng Lock kemudian mengumumkan persaraannya dalam bidang politik.

 
1959

MCA telah menganjurkan persidangan dengan pertubuhan-pertubhan Cina 26 April di Ipoh dimana beberapa keperluan untuk sistem pendidikan Cina telah diluluskan sebulat suara.

Presiden Dr Lim Chong Eu telah menggesa bahawa MCA diberi 40 daripada 104 kerusi Parlimen untuk bertanding pada pilihan raya umum, dan beliau juga memberi tekanan terhadap UMNO mengenai isu-isu pendidikan Cina. Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah menolak tuntutan-tuntutan tersebut dan menyuruh Lim Chong Eu menarik balik tuntutan tersebut. Ini menyebabkan Lim Chong Eu meletak jawatan bersama-sama dengan pengikutnya dalam MCA setelah beliau gagal mendapat sokongan sebulat suara daripada Jawatankuasa Pusat MCA. Lim Chong Eu kemudian bercuti di UK dan Dr Cheah Toon Lok telah dilantik sebagai pemangku Presiden. (Lim Chong Eu telah balik selepas beberapa tahun dan menubuhkan sebuah parti politik baru).

Pada pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka pada bulan Ogos, MCA telah bertanding 32 kerusi dan memenangi 19.


1960 - 1970
1960

Keadaan darurat telah diisytiharkan berakhir di seluruh negara walapun masih terdapat ancaman daripada Parti Komunis Malaya.

Menteri Pelajaran, Abdul Rahman Talib, telah mengeluarkan Laporan Adul Rahman Talib yang mengejutkan, dan masyarakat Cina telah menyifatkan laporan tersebut sebagai mengancam pendidikan Cina.

 
1961

Tunku Andul Rahman telah mencadangkan rancangan untuk menjadikan Malaysia lebih baik pada 27 Mei di Singapura, dan MCA telah memberi sokongan penuh.

Akta Pendidikan 1961 yang diluluskan di Parlimen telah memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk mengubah status sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina ataupun Tamil) kepada status sekolah rendah kebangsaan.

Dr Cheah Toon Lock menolak tawaran untuk bertanding menjadi Presiden MCA semasa Perhimpunan Agung MCA pada 10 November. Tan Siew Sin, anak Tun Tan Cheng Lock telah dipilih sebagai Presiden baru secara sebulat suara.

 
1962

Presiden Indonesia Sukarno telah melancarkan pergerakan “Ganyang Malaysia” lalu memutuskan hubungan diplomatik antara dua-dua negara tersebut.

 
1963

Malaysia ditubuh secara rasmi pada 16 September dan terdiri daripada Semenanjung Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Indonesia memperhebatkan lagi konfrontasi terhadap Malaysia.

 
1964

Parti Perikatan telah menang besar semasa pilihan raya umum kedua yang diadakan pada 25 April. MCA telah memenangi 27 kerusi daripada 33 yang ditandingi dan telah mengalahkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dengan teruk. PAP kemudian telah menggesa Tunku Abdul Rahman untuk menggantikan MCA dengan PAP dalam Parti Perikatan, tetapi beliau telah menolak cadangan tersebut.

 
1965

Pada bulan Jun, Jawatankuasa Pusat telah memutuskan bahawa ia tidak boleh menyokong permintaan masyarakat Cina untuk menjadikan Bahasa Cina sebagai bahasa rasmi disebabkan kekangan Perlembangaan.

Pada 9 Ogos, Singapura telah keluar dari Malaysia. Tan Siew Sin dalam ucapannya di Parlimen telah menyuarakan harapan bahawa Singapura dan Malaysia akan bergabung semula. Sejurus pemisahan itu, cawangan PAP di Malaysia telah menukarkan namanya kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan meneruskan tujuannya untuk memecah-belahkan masyarakat Cina.

Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan telah membangkitkan isu papan tanda yang menggunakan Bahasa Cina. MCA dan sayap Pemudanya telah berdepan dengan Barisan tersebut, dan Parti Perikatan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji dan mencadangkan satu penyelesaian.

 
1966

MCA Selangor dan sayap Pemuda MCA telah meluluskan resolusi untuk menggesa kerajaan melaksanakan janjinya untuk membenarkan Bahasa Cina untuk kegunaan rasmi. Resolusi tersebut menerima sokongan masyarakat Cina. Pada 14 Oktober, Tunku Abdul Rahman mengatakan bahawa isu-isu Bahasa Cina sedang digunakan oleh golongan belia MCA untuk menggulingkan golongan veteran MCA.

Pada 19 Oktober, Jawatankuasa Pusat telah mengambil keputusan untuk tidak menyokong Bahasa Cina untuk kegunaan rasmi, tetapi untuk meluaskan kegunaanya di penyata-penyata kerajaan agar dasar-dasar kerajaan senang difahami dan dilaksanakan. Hasil daripada keputusan itu, masyarakat Cina telah menuduh MCA terlalu lembut, manakala masyarakat Melayu menyifatkan keputusan tersebut sebagai percubaan mewujudkan isu perkauman.

MCA memecat Timbalan Ketua Pemudanya, Sim Mow Yu atas alasan melanggar disiplin parti.

 
1967

Pemuda MCA telah menubuhkan Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM).

Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan di Parlimen pada 1 September yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal. Akta tersebut juga menyatakan bahawa pengajaran atau kegunaan bahasa-bahasa lain tidak boleh dicegah kecuali untuk urusan-urusan rasmi. Presiden MCA Tan Siew Sin telah menyifatkan Akta tersebut sebagai satu kompromi yang adil untuk semua kaum.

 
1968

Pada 3 Februari, Jawatankuasa Pusat telah memutus untuk menyokong cadangan oleh badan-badan Cina untuk menubuhkan Universiti Merdeka.

Pada 23 Mac, Mesyuarat Agung MCA telah meluluskan resolusi untuk menggesa kerajaan menubuhkan institut pengajian tinggi bagi membolehkan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah menlanjutkan pelajaran mereka.

Koperasi Serbaguna Malaysia telah dilancarkan secara rasminya pada 8 Ogos dan Ketua Pemuda MCA Lee San Choon dilantik sebagai Pengerusi, Choo Cheng Wah sebagai Setiausaha dan Oon Seng Lee sebagai Bendahari. Timbalan Presiden MCA Tan Sri Khaw Kai Boh telah menyerahkan pelan untuk menubuhkan institut pengajian tinggi kepada Menteri Pendidikan Khir Johari. Institut tersebut dikenali sebagai Koleh Tunku Abdul Rahman (KTAR) dan ia telah didaftarkan pada 14 Jun.

 
1969

Pada 15 April, Presiden Tan Siew Sin mengumumkan bahawa MCA tidak boleh menyokong penubuhan Universiti Merdeka kerana keadaan semasa yang tidak membenarkannya. Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina.

Kerajaan telah meluluskan pendaftaran Universiti Merdeka sebagai sebuah pertubuhan bukan untung. Ketua Jawatankuasa Pendidikan MCA Kebangsaan, Khaw Kai Boh, telah bertemu dengan gabenor-gabenor Universiti Merdeka bersama-sama dengan beberapa pakar pendidik untuk menjalin hubungan kerjasama.

Pilihanraya Umum ketiga telah diadakan pada 10 Mei. MCA hanya memenangi 13 daripada 33 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan telah kehilangan kerajaan Pulau Pinang. Ini merupakan kekalahan paling teruk bagi MCA sejak penubuhannya. Dua menteri MCA, Dr Lim Swee Aun (Menteri Perdagangan dan Perusahaan) dan Dr Ng Kam Poh (Menteri Kesihatan) turut kehilangan kerusi mereka. Pada 12 Mei, Jawatankuasa Pusat telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan, tetapi kekal dalam Parti Perikatan.

Pada hari berikutnya, rusuhan perkauman telah tercetus di Kuala Lumpur yang kemudian dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. Keadaan darurat telah diisytiharkan oleh kerajaan, dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah dibentuk pada 17 Mei dan diketuai Tun Abdul Razak.

Pada 20 Mei, MCA telah menimbang semula keputusannya sebelum ini dan menyertai smeula kerajaan selepas menerima seruan daripada persatuan-persatuan Cina.

 
1970

Pada 22 September, Tunku Abdul Rahman telah bersara sebagai Perdana Menteri, dan diganti oleh Tun Abdul Razak. MCA mengekalkan 4 jawatan Menteri dalam Kabinet, tetapi Khaw Kai Boh menolak tawaran untuk berkhidmat dalam kerajaan.

Pada pemilihan Parti, Tun Tan Siew Sin dipilih semula sebagai Presiden dan Khaw Kao Boh sebagai timbalannya. Sebuah Perlembagaan Parti yang baru telah diterima pakai oleh para perwakilan, yang membolehkan Presiden melantik Ketua Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan bukan dipilih. Peruntukan tersebut memansuhkan tradisi pemilihan parti di peringkat negeri.


1971 - 1981
1971

Untuk memperbaiki imejnya, MCA telah menyerap beberapa ahli dari golongan profesional sebagai ahli-ahli baru.

Demokrasi berparlimen telah dipulihkan pada 2 Februari, dan Parlimen telah meluluskan beberapa pindaan kepada Persekutuan Perlembagaan yang menghalang 4 isu-isu sensitif daripada dipersoalkan, iaitu; Bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Raja-raja, dan kewarganegaraan bukan Melayu.

Pada 7 Februari, satu perjumpaan wakil-wakil pertubuhan-pertubhan Cina telah diadakan. Presiden Tun Tan Siew Sin dalam ucapannya telah menggesa masyarakat Cina untuk bersatu-padu, dan beliau telah berjanji bahawa dia sedia meletak jawatan jika dia dianggap sebagai halangan kepada perpaduan masyarakat Cina.

MCA telah mengumumkan deklarasi bersejarah pada 18 Julai yang menyenaraikan langkah-langkah yang diambil MCA untuk menjaga kepentingan dan hak-hak masyarakat Cina sepertimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Deklarasi tersebut dinamakan sebagai “Deklarasi 7.18”.

 
1972

Dua pemimpin kanan DAP, Richard Ho dan Walter Loh, telah menyertai MCA semasa siding Parlimen sedang berjalan, lalu meningkatkan jumlah ahli Parlimen MCA ke 15.

Timbalan Presiden Tan Sri Khaw Kai Boh telah meninggal dunia pada 17 April, dan Lee San Choon dilantik oleh Jawatankuasa Pusat untuk mengganti beliau.

Jawatankuasa Pendidikan MCA telah menganjurkan satu persidangan dengan badan-badan pendidikan Cina untuk membincangkan isu-isu berkaitan sekolah persendirian Cina.

Sebuah pergerakan revolusi pemikiran Cina telah dilancarkan oleh MCA pada bulan Oktober.

 
1973

Barisan Nasional telah ditubuh dengan kemasukan parti-parti pembangkang seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), People’s Progressive Party (PPP).

Generasi baru parti, Dr Lim Keng Yaik, Alex Lee, Dr Tan Tiong Hong dan Yong Siew Hiong telah memulakan gerakan pemberontak untuk menggulingkan kepimpinan Parti. Antara sasaran-saran pergerakan tersebut adalah Lee San Choon, Kam Woon Wah dan Tan Cheng Lock. Akhirnya, ketua-ketua pemberontakan telah dipecat kerana melanggar disiplin parti.

 
1974

Satu siri seminar ekonomik telah diadakan di beberapa tempat pada suku pertama tahun yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi masyarakat Cina. Mereka digesa mengumpul sumber kewangan mereka untuk menceburi bidang perusahaan agar mereka sedia berhadapan dengan cabaran masa depan, serta memastikan bahawa mereka mengekalkan 40% penyertaan ekuiti sepertimana yang dijamin di bawah Dasar Ekonomi Baru (NEP).

Pada 8 April, Tun Tan Siew Sin telah meletak jawatan atas alasan kesihatan.

Jawatankuasa Pusat telah melantik Lee San Choon sebagai pemangku Presiden pada 17 April. Sbaik sahaja menyandang jawatan Presiden, beliau telah berjanji memberi tumpuan terhadap usaha menyatu-padukan masyarakat Cina demi membina sebuah negara yang adil.

MCA telah menganjurkan sebuah persidangan budaya Cina di Pulau Pinang, dan satu resolusi diluluskan yang menekankan bahawa kepelbagaian budaya negara kita tidak boleh berdasarkan budaya yang monolitik.

Pada 1 Mei, MCA telah menganjurkan perayaan Hari Pekerja dimana Lee San Choon telah menyatakan pendirian bahawa MCA akan selalu menyokong golongan pekerja.

Pada 7 Julai, beberapa ratus ahli DAP, termasuk ADUN Serdang Yap Pian Hon, telah menyertai MCA.

Pada Pilihanraya Umum keempat yang diadakan pada bulan Ogos, MCA telah bertanding 23 kerusi dan memenangi 19 - kadar kejayaan sebanyak 82.6%.

Lee San Choon mengumumkan “5 Projek Utama” untuk memperbaharui MCA, iaitu

  • Pembinaan bangunan baru untuk Ibu Pejabat MCA
  • Pengumpulan dana untuk Kolej Tunku Abdul Rahman
  • Kempen merekrut ahli
  • Penubuhan Multi-Purpose Holdings Sdn Bhd
  • Penubuhan Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia
 
1975

MCA menyerahkan sebuah memorandun pendidikan kepada kerajaan bahawa bahasa pengantar di sekolah rendah Cina di dilanjutkan kepada sekolah menengah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar pelbagai kaum memperbaiki bahasa ibunda mereka. Memorandum tersebut juga mencadangkan pemansuhan beberap fasal dalam Akta Pendidikan 1961 untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah Cina mengekalkan ciri-cirinya, serta pemyambungan semula Peperiksaan Sekolah Menengah Cina. Akan tetapi, cadangan-cadangan tersebut tidak diterima oleh badan-badan pendidikan Cina dan mereka telah menghantar memorandum yang berasingan kepada kerajaan. Walaupun MCA telah bertemu dengan badan-badan tersebut untuk menyelesaikan perbezaan pendapat, tetapi ia tidak terjadi.

Mesyuarat Agung pada tahun itu telah meluluskan “5 Projek Utama”. Keputusan tersebut digambarkan sebagai titik perubahan dalam sejarah Parti.

Pada bulan Oktober, Setiausaha KSM, Choo Cheng Wah, telah mengumumkan bahawa Multi-Purpose Holdings telah diluluskan dan didaftar. Namanya kemudian ditukarkan kepada Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) dan tujuan utamanya adalah untuk membantu masyarakat Cina menjalankan perniagaan dengan cara moden.

 
1976

Pada bulan Ogos, MCA menganjurkan sebuah persidangan di Ipoh mengenai penduduk-penduduk setinggan dan para petani dan telah menggesa kerajaan untuk membuka tanah bagi membolehkan mereka yang tidak mempunyai tanah untuk memohon untuk tanah tersebut.

Pada 3 November, Setiausaha Eksekutif Ibu Pejabat MCA Tan Kean Sin telah ditahan oleh kerajaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau merupakan pegawai kanan Parti pertama yang ditahan sejak penubuhannya. Beliau telah ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti-aktiviti subversif semasa zaman persekolahnnya, dan bukan kerana kerjanya dalam MCA.

Kerja-kerja pembinaan bagi bangunan Ibu Pejabat MCA bermula pada bulan Disember. Aktiviti-aktivit mengumpul dana telah dilaksanakan di seluruh negara untuk pembinaan bangunan tersebut.

 
1977

Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia, salah sebuah projek Parti, telah didaftarkan dan majlis pelancarannya telah diadakan di Pulau Pinang pada 5 Mac. Datuk Wee Khoon Hock, seorang tokoh terkemuka dalam bidang kebudayaan Cina, tlah dipilih sebagai Presiden MCCS.

Pada bulan Mei, Multi-Purpose Holdings Berhad telah menawarkan sahamnya untuk langganan awam. Dalam majlis tersebut, Lee San Choon telah menekankan bahawa ia adalah antara projek utama untuk membantu masyarakat Cina untuk bergiat dalam bidang perusahaan dan industri untuk memodenkan cara perniagaan mereka. Tan Sri Lee Loy Seng, seorang perusahawan yang berjaya, telah dipilih sebagai Pengerusi MPBH dan Tan Koon Swan sebagai Pengarag Urusan (Operasi) dan Choo Cheng Wah sebagai Pengarah Urusan (Pentadbiran). Sambutan pihak awam terhadap saham MPBH agak menggalakkan. Pada penutupan tarikh permohonan, terdapat lebihan langganan dimana 43 juta saham telah dilanggan dengan harga RM1 setiap satu, manakala sasaran awal hanya 30 juta saham sahaja.

Pada bulan Ogos, Datuk Lee San Choon telah dipilih semula sebagai Presiden MCA, manakala Timbalan Presiden Tan Sri Lee Siok Yew tidak bertanding semula. Jawatan tersebut telah direbut oleh Tan Sri Chong Hon Ngen dan Datuk Michael Chen dimana Datuk Michael Chen telah menang.

 
1978

Isu Universiti Merdeka telah dibangkitkan semula dan mendapat publisiti luas dalam media bahasa Cina. Pencadang-pencadang University Merdeka telah melancarkan kempen untuk mendapat sokongan persatuan-persatuan Cina supaya cadangan tersebut akan diberi mendapat Perkenaan Diraja. Pada 12 April Datuk Lee San Choon telah menjelaskan bahawa Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 telah menetapkan bahawa bahasa Cina tidak boleh duginakan sebaga bahasa pengantar dalam universiti-universiti tempatan. Oleh itu, Universiti Merdeka tidak menetapi penetapan Akta tersebut, lalu ia tidak boleh didaftarkan.

Pada 5 Julai, Datuk Lee San Choon melahirkan rasa tidah puas hati mengenai pengurangan pemgambilan pelajar-pelajar Cina dalam 5 universiti tempatan. Belia mencadangkan bahawa nisbah pengambilan pelajar bukan Melayu dan pelajar Melayu patut ditetapkan pada 50:50.

Pada pilihan raya umum kelima yang diadakan pada 8 Julai, MCA telah memenangi 17 daripada 28 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Perhimpunan Agung yang diadakan pada bulan November telah menyaksikan kelulusan sebuah resolusi untuk tidak menyokong penubuhan Universiti Merdeka.

Pada bulan Disember, Datuk Lee San Choon meletak jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM), dan Datuk Oon Seng Lee telah dipilih menggantikan beliau.

 
1979

Kepimpinan MCA telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana pemgambilan pelajar-pelajar Cina di 5 universiti tempatan hanya meningkat sebanyk 2%. Dalam Parlimen, Tan Koon Swan telah mengkritik Menteri Pendidikan kerana melanggar janjinya. Pada 28 Jun, Datuk Lee San Choon telah mengetuai satu rombongan yang terdiri dari pemimpim-pemimpin kanan MCA untuk bertemu dengan kepimpinan UMNO di bawah Perdana Menteri Datuk Hussein Onn dimana ia dipersetujui bahawa pengambilan pelajar pada masa depan akan ditetapkan pada 55% untuk kaum Bumuputera dan 45% untuk bukan Bumupitera.

Dalam pemilihan Parti pada 8 September, Datuk Lee San Choon telah menewaskan Datuk Michael Chen yang telah mencabarnya untuk jawatan Presiden. Pada masa sama, dua ahli MCA telah membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pemilihan parti atas alasan tidak sah, tetapi petisyen tersebut telah ditolak.

Pada Disember, sebuah persidangan kebudayaan Cina telah dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia di Pulau Pinang.

 
1981

Datuk Lee San Choon telah mencadang bahawa 6 jawatan-jawatan tertinggi Parti akan dikecualikan daripada pemilihan parti tahun ini, dan ia disokong oleh ahli-ahli. Enam jawatan tersebut adalah Presiden (Lee San Choon), Timbalan Presiden (Datuk Richard Ho), dan 4 Naib Presiden (Datuk Chan Siang Sun, Datuk Mak Hon Kam, Tan Sri Chong Hon Ngien dan Datuk Neo Yee Pan).

Bangunan Ibu Pejabat MCA yang baru telah dirasmikan oleh Presiden, dan sebuah pesta kebudayaan Cina telah diadakan selama seminggu sempena dengan majlis perasmian tersebut.

MCA melancarkan “5 Projek Utama” yang kedua, iaitu:

  • Koperasi Jaya Diri (KOJADI)
  • State Holdings Corporations
  • Institut Latihan Kader
  • Dana Pendidikan MCA
  • Pusat Kebudayaan MCA

1982 - 1992
1982

Datuk Lee San Choon dicabar Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban melawan Pengerusi DAP Dr Chen Man Hin, dan beliau telah menang. Selain itu, MCA juga berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam pilihan raya umum dan memenangi 24 kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN.

Tidak lama selepas pilihan raya umum berakhir, Timbalan Presiden Datuk Richard Ho telah meletak jawatan. Jawatankuasa Pusat kemudiannya melantik Datuk Neo Yee Pan sebagai pemangku Timbalan Presiden dan Tan Koon Swan sebagai Naib Presiden.

 
1983

Pada 25 Mac, Datuk Lee San Choon telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan. Walaupun beliau digesa untuk mengubah pendiriannya, beliau tetap dengan keputusannya. Jawatankuasa Pusat kemudiannya melantik Datuk Neo Yee Pan sebagai pemangku Presiden dan Datuk Mak Hon Kam sebagai pemangku Timbalan Presiden.

Datuk Neo Yee Pan mengumumkan “Pelan 8-Poin & 8 Jawatankuasa” bagi menggantikan “10 Projek Utama” yang dimulakan Datuk Lee San Choon.

 
1984/1985

Isu ahli-ahli hantu dibangkitkan oleh akar umbi Parti, yang mendakwa bahawa terdapat sebuah sindiket dalam Parti yang menggunakan butir-butir peribadi palsu untuk mencipta ahli-ahli baru. Mereka menggesa kepimpinan Parti untuk mengambil tindakan segera, tetapi Datuk Neo Yee Pan enggan mengambil tindakan. Pada 17 Mac, sebuah mesyuarat Jawatankuasa Pusat diadakan untuk membincangkan isu tersebut. Penyokong-penyokong Tan Koon Swan telah meminta penubuhan satu panel khas untuk mengkaji dakwaan tersebut, tetapi ia ditolak Presiden. Tan Koon Swan kemudian mengemukakan petisyen untuk memanggil sebuah Mesyuarat Luar Biasa yang ditandatangani 13 ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.

Dua hari kemudian pada 19 Mac, Neo Yee Pan telah memecat Tan Koon Swan sebagai Ketua MCA Wilayah Persekutuan dan Datuk Lee Kim Sai sebagai Ketua MCA Selangor.

Pada hari sama, Pengerusi Lembaga Disiplin MCA Datuk Mak Hon Kam memecat 14 pemimpin dan ahli-ahli daripada MCA, termasuk Tan Koon Swan (Naib Presiden), Datuk Lee Kim Sai (Naib Presiden/ Ketua Pemuda), Lee Liong Sik (ahli Jawatankuasa Pusat), Datuk Kee Yong Wee (ahli Jawatankuasa Pusat), Wong Choon Wing (Setiausaha Organisasi Wilayah Persekutuan) dan Wong Mook Leong (ahli Jawatankuasa Pusat). Keptusuan tersebut telah mengejutkan Parti dan masyarakat Cina.

Dalam tempoh 48 jam, sebanyak 1,499 ahli-ahli perwakilan telah menghatanr petisyen menggesa untuk sebuah Mesyuarat Luar Biasa (EGM) diadakan bagi membatalkan pemecatan tersebut dan untuk melantik sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan ahli-ahli hantu.

Akan tetapi, kepimpinan MCA di bawah Datuk Neo Yee Pan enggan mengadakan EGM, dan ini memaksa penyokong-penyokong Tan Koon Swan untuk membangkitkan isu tersebut di mahkamah.

Krisis ini telah berakhir pada 24 November 1985 apabila sebuah mesyuarat perwakilan diadakan untuk memilih kepimpinan parti yang baru. Walaubagaimanapun, imej parti telah dijejaskan.

Barisan kepimpinan baru Parti diterajui oleh Tan Koon Swan sebagai Presiden dan Datuk Dr Ling Liong Sik sebagai Timbalan Presiden, manakala 4 Naib Presiden adalah Datuk Chan Suang Sun, Chan Kit Chee, Datuk Tan Peng Khoon dan Datuk Lee Kim Sai. Ketua Pemuda baru adalah Datuk Kee Yong Wee manakala Ketua Wanita pula Teng Gaik Kwan. Datuk Lee Kim Sai juga dilantik sebagai Setiausaha Agung.

 
1986

Demi mengembalikan semangat demokrasi dalam Parti, barisan kepimpinan baru telah mengadakan sebuah EGM pada 2 Mac untuk meminda Perlembagaan Parti untuk mengehadkan kuasa Presiden, serta menentukan prosedur untuk mengadakan mesyuarat perwakilan dan EGM bagi mengelakkan krisis Parti daripada berlaku lagi.

Sementara kepimpinan parti sedang menaikkan semangat Parti, Tan Koon Swan telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana hal-ehwal peribadi. Walaupun Jawatankuasa Pusat telah meggesa beliau untuk mengubah pendiriannya, akhirnya mereka terpaksa akur kepada keputusannya.

Pada 3 September, Datuk Dr Ling Liong Sik selaku Timbalan Presiden telah dilantik sebagai Presiden baru selaras dengan pindaan peruntukan dalam Perlembagaan Parti, manakala Datuk Lee Kim Sai dilantik sebagai Timbalan Presiden, dan Datuk Kok Wee Keat sebagai Naib Presiden. Jawatan Setiausaha Agung dipegang oleh Ng Cheng Keat dan Setiausaha Organisasi oleh Wong Choon Wing. Timbalan Setiausaha Agung baru pula dipegang oleh Woon See Chin.

Sebuah Pasukan Petugas Khas ditubuh bagi memantau pelaksaan Dasar Ekonomik Baru (NEP) dengan tujuan mengkaji kemajuan dasar tersebut demi membolehkan MCA membuat cadangan yang membina untuk kebaikan negara. Sementara itu, sebuah rangka untuk perpaduan Malaysia yang menggariskan pendirian Parti mengenai strategi pembangunan negara juga digubal.

 
1987/1988

Barisan kepimpinan baru menghadapi banyak cabaran, termasuk “skandal” koperasi, hutang Parti yang banyak, serta isu-isu dimana mengenai terma “pendatang” dan jawatan penting dalam sekolah-sekolah Cina.

Skandal koperasi meletus apabila ia deketahui bahawa 24 koperasi Cina tidak dapat memenuhi permintaan bayaran balik yang dibuat oleh lebih kurang 500,000 pendeposit. Sebagai Parti yang mewakili masyarakat Cina, MCA tekad berjuang untuk menjamin kepentingan pendeposit-pendeposit tersebut. Presiden Datuk Dr Ling Liong Sik telah menekankan bahawa bayaran balik patut dibuat secara penuh. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, tetapi MCA tetap dengan pendiriannya dan akhirnya semua pendeposit telah menerima bayaran balik secara penuh selepas perancangan teliti sepertimana yang dicadangkan oleh Parti dan dipersetujui oleh Kabinet.

Pada 1980an, Parti telah menanggung hutang banyak dengan sebuah bank. Ini disebabkan kekurangan dana untuk pembinaan bangunan Ibu Pejabat MCA di Jalam Ampang. Bangunan tersebut dipaksa pada 1982 untuk mendapatkan pinjaman sebaykan RM25 juta untuk membayar kontraktor dan kerja-kerja pengubahsuaian. Oleh kerana krisis dalaman parti dan kemelesetan ekonomi yang telah berlaku pada tahun-tahun berikutnya, jumlah penyewa di bangunan Ibu Pejabat MCA telah menurun dan ini menyebabkan kekurangan wang untuk membayar pinjaman bank. Jumlah hutang telah meningkat ke RM37 juta pada 1987, dan akhirnya Parti terpaksa menyerahkan bangunan tersebut kepada bank. Sebuah gerakan dilancarkan untuk menyelamatkan Ibu Pejabat Parti dan sebanyak RM19 juta telah dikutip dari ahli-ahli Parti. Pinjaman bank akhirnya diselesaikan apabila sebanyak 49% ekuiti bangunan diual kepada Multi-Purpose Group dengan harga RM20.7 juta.

Isu “pendatang” telah dibangkitkan apabila beberapa perwakilan di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO telah menyifatkan masyarakat Cina sebagai “pendatang” dan mempersoalkan ketaatan mereka terhadap negara. Selangor MCA telah bertindak dengan meluluskan resolusi yang menyatakan bahawa semua kaum di Malaysia merupakan “pendatang” kerana nenek moyang kami telah berhijrah ke sini dari tempat lain. Pendirian MCA telah menimbulkan kemarahan Pemuda UMNO. Isu tersebut akhirnya diselesaikan apabila Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba menisytiharkan bahawa semua kaum adalah rakyat Malaysia dan tiada seseorang pun yang patut digelar sebagai “pendatang”.

Isu jawatan utama dalam sekolah-sekolah Cina telah bermula apabila beberapa ketua pendidikan negeri telah menghantar guru-guru bukan Cina kepada sekolah-sekolah Cina. Tindakan ini telah mewujudkan kebimbangan antara masyarakat Cina bahawa ia akan mengubah ciri-ciri sekolah Cina. Pemimpin-pemimpin MCA telah cuba menyelesaikan masalah ini dalam Kabinet, tetapi gagal. Kemudian, MCA serta ketua-ketua masyarakat Cina telah mengadakan mesyuarat bantahan dalam Tokong Thean Hou. Langkah ini menerima tindak balas kuat dari masyarakat Melayu yang juga menganjurkan satu perhimpunan. Pihak kerajaan kemudian telah bertindak menahan beberapa ahli-ahli politik dan ketua-ketua masyarakat di bawah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA). Antara pemimpin-pemimpin MCA yang ditahan termasuk Chan Kit Chee, Datuk Yap Pian Hon, Tan Chai Ho dan Tang See Hang.

Selepas situasi tersebut menjadi stabil, MCA membangkitkan isu tersebut dalam Kabinet sekali lagi, dimana ia dipersetujui bahawa sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada 5 orang akan berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Wakil-wakil MCA dalam jawatankuasa kecil ini telah mencadangkan bahawa hanya guru-guru yang fasih bercakap Bahasa Cina dan pernah bekerja di sekolah-sekolah Cina akan dipertimbangkan untuk jawatan-jawatan utama dalam sekolah-sekolah Cina. Cadangan ini diterima dan isu ini diselesaikan tanpa publisiti yang banyak. Mereka yang telah ditangkap kemudian dibebaskan.

Pada 3 April, bekas Presiden Tan Koon Swan telah meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Gopeng dan sebuah pilihan aya kecil diadakan pada 28 Mei. MCA telah mencalonkan Dr Ting Chew Peh. Walaupun DAP cuba mencemarkan nama beliau, serta membangkitkan isu koperasi, para pengundi telah menolak DAP dan Dr Ting telah memenangi dengan majoriti 4,523 undi.

Pada bulan September, MCA telah menubuhkan Jabatan Pengaduan dan Perkihdmatan Awam yang diketuai oleh Michael Chong dengan tujuan membantu orang-orang menyelesaikan masalah mereka.

Pada 1 Oktober, Datuk Dr Ling Liong Sik telah mengambil cuti selama 6 minggu untuk memikirkan cara-cara menyelesaikan masalah-masalah yang tertimbul. Usaha beliau akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara pada bulan Disember untuk menggubal rancangan ekonomi yang baru bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru yang akan lupus pada tahun 1990.

 
1989

Pilihanraya kecil Ampang Jaya yang diadakan pada awal tahun merupakan ujian penting bagi Parti serta pembagunan politik negara. Dengan gabungan usaha MCA serta komponen-komponen BN yang lain, calon MCA Ong Tee Keat telah memenangi calon Semangat 46, Datuk Harun Idris.

Pada 21 Mac, Naib Presiden merangkap Menteri Kesihatan Tan Sri Chan Siang Sun telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Mendiang merupakan ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat sejak kemerdekaan negara, dan beliau tidak pernah kalah sebagai ahli Parlimen Bentong sejak 1959. Sebagai penghormatan kepada perkhidmatannya, beliau telah diberikan penghormatan pengebumian negeri.

Pada 13 Mei, pilihan raya kecil untuk kerusi Bentong diadakan dan MCA telah mencalonkan ahli exco Pahang pada masa itu, Datuk Lim Ah Lek. PRK Bentong merupakan pertandingan 3 penjuru, dan MCA telah memenangi dengan majoriti 8,506. Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Buruh dan meletak jawatan sebagai ahli DUN yang kemudian telah dimenangi oleh calon MCA, Kan Tong Leong, dalam pilihan raya kecil yang berikutnya.

 
1990

Dalam Pilihanraya Umum kelapan, Barisan Nasional telah menghadapi cabaran dari pembangkang yang telah bekerjasama dengan tujuan menggulingkan kerajaan. Akan tetapi, para pengundi telah menolak pembangkang, dan MCA berjaya menambah kerusi Parlimennya ke 18 kerusi. Kemenangan yang paling penting adalah di kerusi Seremban, dimana Pengerusi DAP Dr Chen Man Hin telah dikalahkan oleh calon MCA. Ini merupakan kali kedua seorang pemimpin kanan DAP telah kalah kepada MCA.

Selepas pilihan raya umum, Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam telah berkembang menjadi Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awan dan diketuai oleh Datuk Tan Chai Ho. Michael Chong dan Mok Soon Cheong telah diberi tanggungjawab “Unit Pengaduan Awam” dan “Hal-Ehwal Kerajaan” masing-masing. Pada peringkat negeri, setiap MCA Negeri menubuhkan Unit Pengaduan Awannya tersendiri. Brio tersebut telah membantu menyelesaikan pelbagai masalah, seperti masalah pentadbiran dalam jabatan-jabatan kerajaan, gejala sosial, hal-ehwal wanita dan lain-lain lagi. Sumbangan Biro tersebut telah diiktiraf oleh rakyat dan Michael Chong telah menjadi personaliti yang terkenal dalam dan di luar Malaysia.

Pengerusi Biro Kebudayaan MCA Datuk Loke Yuen Yow telah mencadangkan bahawa sebuah bandar kebudayaan Cina dibina untuk memelihara dan membangunkan budaya Cina, dan ia disokong oleh masyarakat Cina, tapi tidak di kalangan masyarakat lain. Agar mengelak kontroversi, MCA telah mengambil keputusan untuk menunda projek tersebut. Walaubagaimanapun, banyak aktiviti-aktiviti budaya telah dianjurkan oleh Biro. MCA juga menganjurkan Hari Ibu dan Hari Bapa untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang.

 
1991

Parti telah mengembangkan skop aktivitinya ke Sabah, dan telah menubuhkan beberapa cawangan. Pada 12 Mac,Presiden telah melancarkan kempen mengumpul dana untuk KTAR, dimana sebanyak RM30juta berjaya dikutip. Bersama-sama dengan pembiayaan kerajaan atas dasar “satu ringgit untuk satu ringgit”, jumlah yang diterima KTAR adalah RM60juta untuk mengembangkan kampus utamanya serta membina cawangan di Pulau Pinang dan Johor. Perkembangan tersebut membolehkan KTAR mengambil 16,000 pelajar di kampus utama, manakala cawangan-cawagannya mampu menampung 2,000 pelajar masing-masing.


1993 - 2003
1993

Pada 22 Februari, Presiden telah melancarkan “Projek Langkawi” dengan tujuan menggalakkan ibubapa mengambil pendekatan yang betul terhadap pendidikan kanak-kanak mereka. Sebanyak enam jawatankuasa kecil telah ditubuh untuk melaksanakan projek ini.

Pada pemilihan parti tahun ini, Datuk Dr Ling Liong Sik dan Datuk Lee Kim Sai dikekalkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden masing-masing. Naib Presiden pula Datuk Lim Ah Lek, Datuk Chua Jui Meng, Datuk Yap Pian Hon dan Datuk Wong See Wah, manakala Datuk Chan Kong Choy dan Teng Gaik Kwan dipilih sebagai Ketua Pemuda dan Wanita masing-masing.

Pada 28 September, MCA telah menubuhkan Loperasi Usaha Mawah Bhd (Komawah) untuk mengambil alih 500,000 saham Koperasi Jayadiri yang dimiliki Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM). Langkah ini bertujuan memastikan bahawa kepentingan Kojadi akan selalu bersama dengan kepentingan Parti.

Isu Bukit Cina telah timbul semula apabila kerajaan negeri Melaka meminta bayaran cukai pintu sebanyak RM2juta dari Tokong Cheng Hoon. Atas usaha-usaha MCA, terutamanya dari Datuk Lim Ah Lek, isu tersebut diselesaikan apabila kerajaan negeri mengecualikan cukai pintu. Sepanjang tempoh tersebut, DAP telah cuba mempolitikkan isu tersebut dan mencemar nama MCA.

Kerajaan negeri Kelantan yang dibawah pentadbiran PAS sejak tahun 1990 telah melaksanakan beberapa dasar-dasar Islam dan Dewan Undangan Negeri Kelantan juga meluluskan hukum hudud. MCA telah membantah langkah ini dan mengganggapnya sebagai ancaman kepada kepentingan negara yang berbilang kaum. MCA juga telah menggesa DAP meminta maaf kerana mempengaruhi pengundi-pengundi Cina untuk menyokong PAS pada tahun 1990 yang membolehkan PAS menjadi kerajaan negeri Kelantan.

 
1994

Pada 15 Januari, Jawatankuasa Pusat telah menerima pakai cadangan Presiden untuk meluaskan skop kelayakan untuk menjadi ahli Parti dengan membolehkan orang-orang yang berkaum Cina menyertai MCA tanpa mengira agama dan sifat namanya. Keputusan tersebut membuktikan Parti menjadi lebih liberal dan kebolehan untuk berubah dengan masa. Langkah ini juga merupakan langkah susulan kepada dasar terbuka pintu Parti.

Pada 15 Mac, Presiden telah mengumumkan bahawa Parti akan memulakan kempen mengutip dana untuk membantu 60 sekolah persendirian Cina. Sebuah jawatankuasa khas yang diketuai Datuk Lim Ah Lek telah ditubuh untuk mengerakkan kesemua 600,000 ahli-ahli Parti untuk mengambil bahagian. Kempen tersebut menerima sokongan kuat dari masyarakat Cina dan badan-badan pendidikan Cina, dimana sebanyak RM6juta Berjaya dikutip.

Tahun ini juga digelarkan “Tahun Kebudayaan” oleh Parti dan pelbagai acara kebudayaan telah dianjurkan oleh MCA peringkat negeri dan bahagian dengan tujuan mempromosikan kebudayaan negara yang kaya.

 
1995

Pada Pilihanraya Umum kesembilan, MCA telah memenangi 30 kerusi Parlimen dan 70 kerusi DUN. Jumlan ini kemudian meningkat apabila Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan calon DAP di Bukit Bintang sebagai tidak sah, dan mengumumkan calon MCA, Dr Lee Chong Beng sebagai pemenang. Jumlah kerusi MCA telah meningkat ke 102 apabila Chau Tet Onn dari Sabah menyertai MCA. Keputusan cemerlang ini membuktikan bahawa masyarakat Cina telah menyedari bahawa mereka mampu menyuarakan pandangan mereka dalam kerajaan, dan pendekatan pembangkang tidak dapap membantu menyelesaikan masalah mereka.

 
1996

MCA telah menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pendidikan Cina dengan penggubalan Akta Pendidikan 1995. Melalui proses perundingan antara MCA dengan badan-badan pendidikan Cina, MCA telah berjaya memansuhkan Seksyen 21 (2) serta peruntukan-peruntukan lain yang sensitif dalam Akta lama. MCA juga berjaya mengekalkan Lembaga Pengarah sekolah-sekolah rendah Cina dengan pemansuhan Seksyen 26 (A) selepas berrunding dengan Kabinet.

Dalam pemilihan Parti pada bulan Julai, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berjaya kekal sebagai Presiden, manakala Datuk Lim Ah Lek telah menjadi Timbalan Presiden yang baru apabila penyandangnya Datuk Lee Kim Sai tidak mempertahankan jawatannya. Naib Presiden yang dipilih adalah Datuk Chua Jui Meng, Dr Fong Chan Onn, Datuk Yap Pian Hon dan Ong Ka Ting. Ketua Pemuda dan Wanita pula kekal sebagai Datuk Chang Kong Choy dan Datuk Teng Gaik Kwan masing-masing.

Pada bulan November, dua ahli DUN DAP di Negeri Sembilan, Lee Yuen Fong dan Khoo Seng Hock, telah mengambil keputusan untuk menyertai MCA, lalu meningkatkan bilangan kerusi MCA kepada 104.

MCA juga mengambil langkah pertamanya ke alam siber dengan pelancaran laman web MCA. Dengan ini, semua maklumat, berita serta pandangan Parti boleh diakses oleh seluruh negara dan dunia.

 
1997

Parti telah mencapai beberapa objektif penting untuk memupuk budaya penyayang di barisan kepimpinannya. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Parti di semua peringkat telah meninggalkan kesan yang kuat dan juga menyumbang kepada kebajikan kumpulan-kumpulan sasaran dalam bidang pendidikan, seperti sekolah-sekolah Cina, kampus-kampus KTAR, Projek Langkawi dan lain-lain lagi.

Dengan tema “Menyentuh Minda dan Hati”, MCA berjaya melaksanakan beberapa aktiviti yang bertujuan membina hubungan rapat dengan pertubuhan-pertubuhan Cina dan para pengundi.

Parti juga telah meningkatkan peranan Wanita MCA di peringkat kepimpinan. Presiden juga telah mencadangkan sasaran 30% perwakilan wanita di peringkat majlis tempatan dalam tempoh 15 tahun. Perak MCAmenjadi negeri pertama melantik seorang wakil wanita sebagai penolong setiausaha dalam Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA.

 
1998

Tema politik Parti pada tahun ini, “Together We Shall Overcome”, mencerminkan keazaman semua peringkat kempimpinan Parti untuk mengatasi kegawatan ekonomi Asia yang telah melanda negara kita sejak Julai 1997. Pelan Tindakan MCA telah beri penekanan kepada aktiviti-aktivit untuk akar umbi dari segi kempen dan projek untuk membantu pelan pemulihan ekonomi Barisan Nasional. Beberapa tokoh utama bidang perniagaan dan korporat telah menyuarakan sokongan mereka terhadap aktiviti-aktiviti tersebut untuk memulihkan keyakinan terhadap kerajaan. Sesi-sesi dialog dan forum juga diadakan untuk memastikan bahawa semua rakyat mengetahui gambaran benar keadaan ekonomi supaya mendapat sokongan dan kerjasama mereka.

Pada 24 Februari, Presiden melancarkan laman web “Sayangi Malaysia, Beli Barangan Buatan Malaysia” yang dikendalikan oleh Pemuda MCA dan CY Multimedia Lab IT, bersama-sama dengan lebih daripada 60 syarikat. Beberapa ribu barangan buatan Malaysia telah disenaraikan dan diberi publisiti dalam media-media utama untuk tempoh 6 bulan. Satu siri kempen di seluruh negara juga diadakan dengan sokongan antara 5,000 hingga 10,000 wanita untuk membeli barang buatan tempatan. Sebuah pergerakan yang sama juga dilancarkan dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Mei.

Pada 21 Mac, Parti telah melancarkan satu persidangan mengenai inovasi dan reformasi dalam masyarakat Cina yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. MCA juga telah menganjurkan satu kempen “Changing of Mindsets” bersama-sama dengan Huazhong dan ACCCIM untuk memupuk nilai-nilai positif seperti ketepatan masa, disiplin, beretika, dan penyayang, dan ia telah menerima sambutan baik dari mayarakat Cina.

MCA telah menyambut ulang tahun ke-49 pada 8 Mac di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang. Beberapa program juga dianjurkan untuk memanfaatkan golongan yang memerlukannya, warga emas dan yang kurang bernasib baik. Salah satu acara tersebut telah menyaksikan penyampaian cek bernilai RM50,000 kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (NASCOM). Langkah Parti ini bertujuan membantu NASCOM menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi golongan tua.

 
1999

Parti telah menganjurkan sati siri acara di seluruh negara di bawah tema “Sehati, Sejiwa” dan memberi pelaung kepada semua rakyat Malaysia untuk meluahkan rasa sayang terhadap negara. Langkah ini tepat pada masanya untuk menggembleng sokongan terhadap dasar-dasar ekonomi kerajaan yang drastik untuk mengatasi kemelesetan ekonomi yang dihadapi negara. Barisan kempimpinan Parti telah menyuarakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dengan cepat.

Dengan ini, tema sambutan ulangtahun ke-50 MCA, “Untuk Rakyat, Untuk Negara”, mencerminkan aspirasi Parti. Sambutan tersebut diadakan selama 3 hari dari 25 hingga 27 Februari. Antara acara-acara yang diadakan termasuk pelancaran penerbitan khas MCA untuk memperingati sumbangan Parti kepada pembangunan negara dalam tempoh 50 tahun yang lalu, serta sebuah majlis makan malam yang dihadiri oleh Perdana Menteri di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 25 Februari. Majlis tersebut menyaksikan peristiwa bersejarah di mana buat kali pertama dalam sejarah Parti, sebanyak 13,000 orang tetamu telah hadir, yang terdiri daripada ketua-ketua komponen BN, Jemaah Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar serta pemimpin-pemimpin dari persatuan-persatuan Cina, dan ahli-ahli veteran MCA.

Sambutan tersebut juga menyaksikan pameran sejarah dan pencapaian Parti. Lebih daripada 2,800 pemimpin MCA, ahli-ahli dan veteran telah menghadiri majlis perasmian di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, Presiden MCA telah memberi penghormatan kepada pengasas-pengasas Parti dan bekas-bekas Perdana Menteri.

Dalam pemilihan Parti pada bulan Julai, Presiden Dato' Seri Dr Ling Liong Sik, Timbalan Presiden Dato' Lim Ah Lek dan kesemua 25 ahli-ahli Jawatankuasa Pusat telah menang tanpa bertanding. Naib-naib Presiden yang menang pula adalah Datuk Dr Fong Chan Onn, Dato' Chua Jui Meng, Dato' Seri Ong Ka Ting dan Dato' Chan Kong Choy, manakala Ketua Pemuda dan Wanita yang menand adalah Datuk Ong Tee Keat dan Dato' Ng Yen Yen masing-masing.

Lebih daripada 2,400 ahli perwakilan MCA telah menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-46 ang diadakan pada 17 Julai, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam ucapannya, Presiden mengatakan bahawa keputusan pemilihan Parti mencerminkan keinginan akar umbi untuk perpaduan kestabilan. Dalam pemilihan Parti, sebanyak 96% jawatan-jawatan di peringkat Cawangan, 75% jawatan-jawatan di peringkat Bahagian dan 80% jawatan-jawatan di Pemuda dan Wanita peringkat Negeri, telah dimenangi tanpa bertanding.

Pada tahun sama, Parti telah menyambungkan usahanya untuk membangunkan kemudahan infrastruktur KTAR dan kampus-kampus cawangannya. Pada 28 Jun, cawangan KTAR di Pulau Pinang telah dibuka secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, manakala pada bulan Julai, Menteri Pendidikan Dato' Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pembukaan kampus KTAR di Johor.

Projek “Sekolah Pintar” MCA telah dilancarkan oleh Presiden MCA pada bulan Ogos, dimana sebanyak 114 buah sekolah akan dimasukkan dalam sistem sekolah pintar MCA-SJKC pada bulan Jun tahun depan.

Pada tahun sama, MCA telah menubuhkan Dana Bantuan JE-MCA untuk memberi bantuan kewangan kepada petani-petani yang terjejas oleh penyakit JE. Kutipan dana ini erakhir pada bulan Mei.

Mengenai projek-projek pendidikan, MCA telah menyambung usahanya untuk membantu Kojadi dan KTAR, serta berjaya mendapat status tetap untuk kesemua sekolah-sekolah persendirian Cina di seluruh negara. MCA juga memulakan projek “Sekolah Pintar” tersendiri yang memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah rendah Cina. Sayap Pemuda dan Wanita juga memainkan peranan dalam membantu MCA dalam semua projek untuk masyarakat.

Pada pilihanraya umum, MCA telah memenangi 28 kerusi Parlimen daripada 35 yang ditandingi, dan 68 kerusi DUN daripada 77 yang ditandingi.

 
2000

Sejak pelancaran kempen MCA untuk memerangi dadah dan perjudian haram, Parti telah dipuji atas usahanya untuk membendung gejala sosial oleh negara-negara Komanwel dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang telah menggambarkan usaha MCA sebagai “perintis di kalangan parti-parti politik” yang berjaya menyatukan semua rakyat untuk memerangi dadah. Kebanyakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta badan-badan kebajikan telah menyokong kempen MCA yang selari dengan usaha kerajaan untuk mengetatkan kawalan terhadap dadah dan perjudian haram

Pada bulan Oktober, MCA telah mengumumkan bahawa jumlah bantuan kewangan yang telah diberi kepada para petani yang terjejas oleh penyakit JE adalah RM15.8 juta. Sebanyak 4,426 mangsa telah menerima manfaat daripada dana tersebut. Maklumat tersebut telah diserah kepada pihak media dan DAP, dan ini membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawaban MCA dalam pengendalian wang rakyat.

Pada 29 Oktober, Jawatankuasa Pusat telah menerima laporan dari Yayasan Chang Ming Thien yang disediakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Majlis Presiden pada 9 Oktober yang diketuai oleh Bendahari MCA Tan Sri Dato’ William Chek Lin Kwai, Pengerusi KSM Dato’ Lau Yin Pin, dan Pengerusi Biro Perundangan MCA Leong Tang Chong. Laporan tersebut melaporkan pengendalian dana berjunlah RM19 juta sejak penubuhan CMTF dari 27 November 1980 hingga 30 September 2000. Laporan tersebut juga diserah pihak media untuk pengetahuan pihak awam.

Sementara itu, Projek Langkawi telah dikembangkan untuk merangkumi penubuhan pusat sumber masyarakat. Mengikut cara penubuhan “kelab siber”, projek tersebut akan ditubuhkan di 20 kawasan MCA. Projek tersebut juga mengandungi pelan rangka panjang untuk memanfaatkan golongan belia dan ibu bapa di kawasan luar bandar terutamanya dalam bidang IT demi membina sebuah masyarakat yang celik computer serta ekonomi berasaskan pengetahuan (K-economy).

Pemuda MCA di bawah kepimpinan Datuk Ong Tee Keat juga telah merangkakan program-program untuk memberi latihan asas IT dan meningkatkan kadar celik computer di antara golongan belia. Sayap Pemuda juga telah membantu MCA menyelesaikan beberapa isu penting yang dihadapi masyarakat Cina. Sementara itu, Wanita MCA di bawah kepimpinan Dato' Ng Yen Yen telah mendidik kaum wanita mengenai peranan MCA dan Wanita MCA untuk mengubah pandangan wanita terhadap bidang politik supaya wanita boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan dasar-dasar oleh kerajaan.

 
2001

Pada 24 Jun, sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) telah diadakan berkaitan dengan cadangan membeli Nanyang Press Holdings, dan mesyuarat tersebut meluluskan Lembaga Pengarah Huaren Holdings untuk melaksanakan pembelian tersebut.

Pada bulan Julai, pihak kerajaan telah memberi kelulusan kepada MCA untuk menubuhkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). MCA telah menjeput beberapa cendekiawan untuk menyertai “Jawatankuasa Penasihat Akademik Antarabangsa UTAR” seperti Profesor Dr Wong Gung-Wu untuk memberi nasihat dan bimbingan.

 
2002

Pada 16 Jun, pengambilan pertama pelajar UTAR yang berjumlah 500 telah memulakan kursus mereka di kampus sementara UTAR di Petaling Jaya.

Pada 13 Ogos, Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah menghadiri majlis pembukaan UTAR, lalu membuktikan jaminan kerajaan terhadap UTAR.

Cadangan menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains membangkitkan masalah, dan akhirnya pada 8 Mei, Jemaah Kabinet telah membuat keputusan bahawa Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar bagi pengajaran subjek Matematik dan Sains akan dilaksanakan pada tahun 2003 di sekolah-sekolah menengah.

Jawatankuasa Pusat Parti telah memgambil keputusan membantah penggunaan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik di sekolah-sekolah rendah Cina bagi mencerminkan hasrat masyarakat Cina.

Semasa Pilihanraya Negeri, PAS telah memutarkan isu tersebut dan mendakwa bahawa kerajaan dan UMNO ingin menggantikan status Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris. Ini telah mewujudkan tindak balas kuat dari masyarakat Melayu, dan Pemuda UMNO dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah mempolitikkan isu tersebut sehingga menjadi lebih teruk.

Parti Keadilan juga telah menggunakan isu tersebut untuk menghasut masyarakat Cina dan Melayu.

Oleh kerana tindak balas masyarakat yang kurang baik terhadap cadangan menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains, MCA telah mengikut hasrat masyarakat Cina bahawa Bahasai Cina dikekalkan sebagai bahasa pengantar untuk subjek Matematik dan Sains di semua sekolah-sekolah Cina. MCA telah menghubungi parti politik lain untuk mengkaji dan membincang pelaksanaan Program 2-4-3, iaitu 2 kelas Bahasa Inggeris setiap minggu bagi tahun pertama, kemudian ditingkatkan kepada 4 kelas setiap minggu untuk mengajar Matematik dan 3 kelas setiap minggu untuk mengajar Sains.

Majlis Tertinggi BN telah membincangkan formula tersebut, dan memutuskan bahawa sekolah-sekolah rendah Cina boleh menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik. Formula tersebut juga dikemukakan ke Kabinet pada 6 November. Formula tersebut telah berjaya menguatkan kemahiran oelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris.

Pada 21 November, DAP telah membentangkan usul di DUN Pulau Pinang menggesa penggantungan projek Lingkaran Luar Pulau Pinang sehingga pembinaan Lebuhraya Jelutong disiapkan. Wakil rakyat MCA Tan Cheng Liang dan Lim Boo Chang telah mengecualikan diri daripada mengundi, dan ini telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan BN.

Walaupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, persatuan-persatuan penduduk dan badan-badan Cina telah menyokong keputusan wakil rakyat MCA, mereka telah melanggar prinsip BN dan telah dikritik oleh UMNO dan Pemuda UMNO.

Walaupun menghadapi tekanan teruk, MCA mempertahankan pendirian Parti bahawa MCA berhak membuat keputusan mengecualikan diri. Pada 3 Disember, Presiden dan Jawatankuasa Pusat telah mengarahkan Lembaga Disiplin untuk menyiasat isu tersebut, dan pada 16 Disember, Jawatankuasa Pusat telah menerima keputusan Lembaga Disiplin untuk menggantung keahlian mereka.

Pada 10 Januari 2003, Majlis Presiden telah menarik balik penggantungan dan meggembalikan keahlian mereka, dan pada 13 September 2003, MCA telah mencadangkan dalam Majlis Tertinggi BN untuk meggembalikan semula status mereka.

Keputusan mengecualikan diri membuktikan bahawa MCA berpegang teguh kepada prinsipnya dan sering mempertahankan autonomi Parti sebagai sebuah parti politik dalam Barisan Nasional.

 
2003

Pada 12 Januari, Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad telah menjalankan upacara perletakan batu asas di kampus tetap UTAR di Kampar, Perak. Setakat bulan Mei, sebanyak RM 1juta telah dikutip untuk dana pembinaan kampus UTAR.

Pada 23 Mei, Presiden Dato' Seri Dr Ling Liong Sik dan Timbalan Presiden Dato' Lim Ah Lek telah menyerahkan surat perletakan jawatan mereka. Jawatankuasa Pusat telah mengambil keputusan menerima perletakan jawatan mereka dan telah melantik Dato' Seri Ong Ka Ting dan Dato' Seri Chan Kong Choy sebagai Presiden dan Timbalan Presiden masing-masing.

Sebagai penghargaan atas sumbangan Dato' Seri Dr Ling Liong Sik kepada Parti dan negara, beliau telah dianugerahkan gelaran Presiden Kehormat Seumur Hidup.

Beliau telah menerajui MCA selama 17 tahun, dan pada 26 Julai, beribu-ribu perwakilan telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan di Dewan San Choon untuk memberi penghormatan kepada beliau.

Jawatankuasa Pusat Wanita MCA dan Lembaga Sekolah KTAR untuk menganugerahkan Dato' Seri Dr Ling Liong Sik sebagai “Bapa Pembangunan Wanita MCA” dan “Bapa Pembangunan KTAR”.

Pada 18 September, Jemaah Menteri China juga telah menganjurkan sambutan untuk persaraan Dato' Seri Dr Ling Liong Sik. Walaupun beliau telah bersara dari Parti dan jawatan negara, sumbangannya akan kekal dalam sejarah sebagai model untuk dibelajari generasi-generasi muda.

 
Ong Ka Ting - Pimpinan Baru

Sementara Parti siap melaksanakan proses peralihan kepimpinannya, dua persatuan yang mewakili masyarakat Cina; Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), juga melaksanakan pertukaran kepimpinan. Pada 31 Oktober, Perdana Menteri Mahathir Mohammad juga telah bersara, dan Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Perubahan-perubahan baru ini membuktikan bahawa negara mengamalkan sistem demokrasi dan kematangan politik.

 
Sokongan untuk kepimpinan baru Parti

Penyatuan Parti di bawah kepimpinan Presiden Dato' Seri Ong Ka Ting dan Timbalan Presiden Dato’ Seri Chan Kong Choy melihatkan pemulihan perpaduan Parti, dan peningkatan hubungan baik dengan masyarakat Cina untuk membantu menyelesaikan masalah, serta pemyumbangan kepada negara.

 
Mengekalkan integriti Parti

Pada 13 Jun, Presiden Dato' Seri Ong Ka Ting mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat yang pertama.

Disamping melantik Dato' Seri Dr Ling Liong Sik sebagai Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, beliau juga telah melantik Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua-ketua Negeri dan Ketua-ketua Biro.

Pada 24 Jun, Dato’ Seri Chan Kong Choy telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan selepas rombakan Kabinet.

Selain itu, Ketua Wanita MCA Dato’ Dr Ng Yen Yen juga dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Dato’ Fu Ah Kiow dan Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai juga dilantik sebagai Timbalan Menteri.

 
Perkspektif Baharu

Pada 10 Ogos, Presiden dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Tahunan Ke-50, telah menunjukkan wawasan dan hala tuju MCA di bawah kepimpinannya.

Beliau telah mengatakan bahawa Parti mesti terus memupuk konsep berpandangan global supaya dapat berurusan dengan masyarakat antarabangsa serta mengikuti perkembangan di seluruh dunia dari segi politik dan ekonomi.

Beliau juga berjanji mengamalkan sikap toleransi, terbuka kepada kritikan, dan menguatkan perpaduan Parti. Beliau juga menyarankan pembangunan pendidikan Cina dan komited untuk memastikan bahawa UTAR akan menjadi sebuah universiti yang menawarkan kursus bertaraf tinggi.

Mengehadkan tempoh maksimum jawatan Parti

Dalam Perhimpunan Agung Tahunan, kesemua MCA, Pemuda MCA dan Wanita MCA telah meluluskan cadangan untuk mengehadkan tempoh maksimum memegang jawatan Presiden, Ketua Pemuda, dan Ketua Wanita kepada 3 penggal, atau 9 tahun.

 
Mengamalkan pelan tindakan membuktikan kepimpinan dan keazaman

Presiden juga mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk memastikan pembangunan sekolah rendah pendidikan Cina, termasuk pembinaan, penempatan semula dan pembangunan SJKC. Ia juga bertanggungjawab mengendalikan kelulusan tambahan yang diterima sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Strategi beliau untuk mengadakan perundingan dalaman telah berjaya memperolehi dana kerajaan sebanyak RM4 juta untuk melaksanakan beberapa projek.

 
MCA dan persatuan-persatuan Cina mencapai pemahaman

Pada 5 November, MCA telah mengadakan dialog dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) serta beberapa persatuan-persatuan Cina yang lain. Dialog tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan 3 jawatankuasa untuk melaksanakan hal-hal berkaitan dengan kebajikan, publisiti dan pembangunan pendidikan Cina. Dialog tersebut juga menyatakan sokongan penuh terhadap Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri serta merakamkan terima kasih kepada Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad atas sumbangannya kepada negara.

Pada 20 Disember, MCA telah menganjurkan sebuah perhimpunan di Stadium Negara yang dihadiri 20,000 orang bersama-sama dengan Huazong, ACCCIM, Persatuan 7 Puak-puak Utama Malaysia, dan lebih daripada 10 persatuan-persatuan Cina untuk mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

MCA dan Gerakan juga telah menubuhkan jawatankuasa bersama untuk membincangkan penggabungan dua parti.

Pada 18 Disember, MCA Kedah dan Gerakan telah menganjurkan sebuah majlis makan malam sebagai pendahulu kepada penggabungan MCA-Gerakan untuk menyatukan kuasa politik masyarakat Cina.

Walaupun penggabungan tersebut hanya merupakan sebiah konsep, ia tidak boleh dicapai dalam masa terdekat. Walaupun begitu, kebanyakan masyarakat Cina, serta Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Barisan Nasional telah bersetuju bahawa penggabungan adalah sesuatu yang bagus.


2004 - 2014
2004

Memandangkan bahawa kebanyakan ahli-ahli Parti telah berumur tua, Jawatankuasa Pusat telah mengambil keputusan mengambil lebih ahli-ahli yang muda. Pada 11 Januari, Presiden telah melancarkan kempen pengambilan ahli-ahli menarik belia-belia Cina, terutamanya mereka yang berpendidikan tinggi. Kempen tersevbut berjaya menarik lebih daripada 2,500 ahli-ahli profesional yang berumur antara 18-30 tahun.

Pada 1 Februari, MCA bersama-sama dengan Huazong, ACCCIM, Persatuan 7 Puak-puak Utama Malaysia, dan beberapa persatuan-persatuan Cina telah menganjurkan sebuah majlis makan di Pusat Pameran The Mines untuk mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad atas sumbangan beliau.

Semasa kepimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad, Malaysia telah melancarkan Dasar Pandang Timur, dan membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju di bawah projek Wawasan 2020 dan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia), serta mengatasi banyak cabaran.

Pada 3 Februari, Jawatankuasa Pusat telah mengadakan sebuah majlis makan Tahun Baru Cina untuk veteran-veteran Parti. Antara ahli-ahli veteran yang hadir adalah Tan Sri Lee San Choon, Tan Koon Swan, Dato' Kam Woon Wah, Tan Sri Chong Hon Nyan, Tan Sri Lee Kim Sai, Datin Paduka Rosemary Chong, Dato' Loh Fook Yen dan Dato' Neo Yee Pan.

Dalam ucapannya, Presiden mengatakan bahawa pencapaian MCA disebabkan oleh sumbangan-sumbangan ahli veteran.

 
Pilihan Raya Umum Ke-11

Parlimen dibubarkan pada 4 Mac, dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan 13 Mac sebagai hari penamaan calon dan 21 Mac sebagai hari mengundi.

Ibu Pejabat MCA telah keras berusaha untuk keras untuk menghadapi PRU Ke-11. Sejak 3 Mei 2003, Biro Latihan Kader telah menganjurkan 12 bengkel latihan dengan sesi khas yang menekankan pelan strategic bagi kempen pilihanraya. Latihan sokongan dan penyelerasan juga diadakan untuk ahli-ahli kader di semua negeri.

Ketua Pengarah Pentadbiran Ibu Pejabat MCA, Dato’ Wong See Wah, telah melancarkan bilik gerakan pusat yang sentiasa berhubungan dengan bilik gerakan peringkat Negeri dan Bahagian. Bilik gerakan tersebut bertanggungjawab mengumpul maklumat, memantau dan membekalkan bahan-bahan publisiti dan sokongan logistik. Sidang akhbar juga diadakan secara rutin untuk mengelakkan pihak pembangkang boleh memutarbelitkan fakta.

Proses persempadanan semula telah meningkatkan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk MCA bertanding daripada 35 kepada 40 kerusi Parlimen, dan kerusi DUN dari 77 kepada 99.

Setelah kempen sengit, BN telah memenangi PRU Ke-11 dengan mencapai majoriti kerusi 4/5, dan berjaya memenangi 90% daripada 219 kerusi Parlimen yang ditandingi, iaitu 197 kerusi Parlimen dan 452 kerusi DUN daripada 504.

MCA pula memenangi 31 daripada 40 kerusi Parlimen dan 76 daripada 90 kerusi DUN yang ditanding. Ini lebih baik daripada keputusan PRU Ke-10 di mana MCA telah memenangi 28 kerusi Parlimen dan 68 kerusi DUN.

MCA telah bertemu dengan DAP di banyak kawasan yang mempunyai majoriti masyarakat Cina. DAP sebagai parti pembangkang mempunyai hubungan dengan PAS. Oleh itu, DAP secara langsung atau tidak langsung sedang membantu PAS mendapat sokongan dan menubuhkan sebuah negara Islam yang akan melaksanakan undang0undang syariah. Ini yang menyebabkan masyarakat Cina menolak PAS di dua PRU pada 1999 dan 2004. Walaupun begitu, DAP masih memainkan sentimen masyarakat Cina di Parlimen dengan mengkritik dasr-dasar kerajaan. Oleh itu, MCA ada menghadapi beberapa cabaran.

Akan tetapi, MCA masih berjaya memenangi 31 daripada 40 kerusi Parlimen, dan 76 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi, walaupun undi MCA terjatuh sedikit di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. Peratus kejayaan 82.31% ini meneruskan pencapaian tinggi yang dimenangi pada PRU Ke-10.

 
Kabinet Baharu - MCA mendapat 16 jawatan

Selepas pencapaian BN yang cemerlang, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Kabinet baru pada 27 Julai 2004. MCA telah diberi 4 jawatan Menteri, 8 Timbalan Menteri, 4 Setiausaha Parlimen. Ini merupakan jumlah jawatan tertinggi dalam sejarah Parti.

Barisan Kabinet MCA sepertimana yang dicadangkan oleh Presiden telah diterima oleh Perdana Menteri, dan terdiri daripada pemimpin-pemimpin MCA yang berpengalaman, serta muka-muka baru dari Pemuda dan Wanita.

 
Pelantikan Baru di Ibu Pejabat MCA

Pada 13 April, Jawatankuasa Pusat MCA telah melantik 2 Naib Presiden baharu; Tan Sri Dr. Chua Soi Lek dan Dato’ Fu Ah Kiow. Mereka menggantikan Dato’ Seri Ong Ka Ting dan Dato’ Seri Chan Kong Choy yang telah menjadi Presiden dan TImbalan Presiden masing-masing.

Jawatankuasa Pusat juga telah meluluskan sebuah rombakan kecil di Ibu Pejabat dan peringkat Pentadbiran. Ketua MCA Terengganu Dato' Lau ’in Pin telah dilantik sebagai Bendahari Agung bagi menggantikan Tan Sri Willian Chek Lin Kwai yang telah bersara. Perlantikan-perlantikan lain adalah: Dato’ Hon Choon Kim (Timbalan Setiausaha Agung), Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai (Timbalan Bendahari Agung), Sdr Yew Teong Look (Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan).

Tiga perlantikan yang baru ke Jawatankuasa Pusat adalah Ahli Parlimen Lumut Dato’ Kong Cho Ha, Timbalan Ketua Pemuda MCA Sdr Hoo Seong Chang, dan ADUN Malim Nawar Dato’ Lee Chee Leong.

Di bawah kepimpinan Presiden, Jawatankuasa Pusat telah bekerjasama melaksanakan agenda-agenda politik yang berikut:

Penyusunan Semula Lembaga Disiplin

Jawatankuasa Pusat telah memberi kuasa kepada Majlis Presiden untuk merombak Lembaga Disiplin Parti. Timbalan Presiden Dato’ Seri Chan Kong Choy telah dilantik untuk mengetuai Lembaga tersebut. Ahli-ahli panel Lembaga yang lain adalah Naib Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek dan Datuk Wira Dr Fong Chan Onn, Ketua Pemuda Datuk Ong Tee Kear dan Ketua Wanita Dato’ Dr Ng Yen Yen. Jawatankuasa Pusat telah merakamkan penghargaan mereka terhadap sumbangan ahli-ahli Lembaga Disiplin yang lepas.

Penerbitan “Tatakelakuan Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri MCA”

Sebuah senarai tatakelakuan untuk ahli-ahli Parti semasa pemilihan parti dan pilihan raya umum telah dibuat.

Pada 11 Mei, Jawatankuasa Pusat telah mengumumkan bahawa semua wakil rakyat MCA dikehendaki mematuhi tatakelakuan tersebut. Kesemua 107 wakil rakyat MCA telah dinasihati untuk menjagakan diri dan tidak menjatuhkan imej Parti. Mereka dikehendaki mengamalkan sikap amanah, berdisiplin dan menegakkan maruah Parti. Selain itu, mereka juga dikehendaki menghantar laporan suku tahunan kepada MCA dan BN mengenai aktiviti, perkhidmatan dan tindakan yang dilakukan dalam kawasan masing-masing.

Penstrukturan Semula Institut Kajian Dasar dan Analisis Strategik (INSAP)

MCA telah menubuhkan INSAP pada pertengahan tahun 80an sebagai badan pemikir untuk menjalankan penyelidikan, analisis dan memberi nasihat mengenai keadaan politik semasa, isu ekonomik dan sisial yang akan dikemukakan kepada kepimpinan Parti untuk rujukan dan pelaksanaan. Pada 2004, INSAP telah dibangunkan semula.

Pemindaan Perlembagaan Parti

Pada 21 November, sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) telah diadakan untuk memperbaiki sistem pemilihan Parti, memastikan bahawa perwakilan Parti diwakili dengan secukupnya, dan menangani masalah ketidakseimbangan antara Bahagian-bahagian yang mempunyai keahlian besar dengan yang mempunyai keahlian yang kecil.

Mesyuarat tersebut dihadiri 1,700 perwakilan, dan lebih daripada 99% telah menyokong pemindaan-pemindaan tersebut. Setiausaha Agung Tan Sri Ting Chew Peh telah mencadangkan beberapa pemindaan kepada Perkara 12.4.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pelajar-pelajar Cina

Pada 16 Julai, Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting mengumumkan bahawa 362 pelajar Cina yang mencapai keputusan baik dalam SPM akan diberi biasiswa JPA. Ini merupakan hasil usaha MCA dalam Kabinet yang telah menggesa kerajaan untuk bersikap terbuka dan adil, dan memberi biasiswa berdasarkan meritokrasi.

Yayasan Chang Ming Thien beroperasi sepenuhnya

Pada 25 Julai, Lembaga Pemegang Amanah mengumumkan bahawa Yayasan Chang Ming Thien telah mula beroperasi. Sebanyak RM3juta telah diperuntukkan sebagai pinjaman tanpa faedah kepada para pelajar yang memerlukannya, tanpa mengira kaum, supaya mereka boleh melanjutkan pendidikan mereka di Malaysia ataupun di luar negara.

Pemindaan kepada “Tatakelakuan untuk ahli-ahli MCA”

Pada 15 Februari, Lembaga Disiplin telah membuat beberapa pemindaan kepada “Tatakelakuan ahli-ahli MCA” untuk menangani kelemahan yang sedia ada. Majlis Presiden telah membincang, dan menerima cadangan-cadangan pemindaan dan membuat keputusan untuk melaksanakannya.

Tatakelakuan tersebut mengandungi 14 peruntukan yang menerangkan dengan jelas tingkah laku dan sikap yang harus dimiliki setiap ahli MCA.

Memupuk pembelajaran sepanjang hayat

Pada 31 Julai, MCA telah mengadakan sesi perbincangan dengan badan-badan pendidikan Cina mengenai pembelajaran sepanjang hayat. Mesyuarat tersebut bersetuju menubuhkan sebuah sekretariat dan 5 jawatankuasa kecil untuk mejalankan kerja-kerja persedian sebelum pelancaran kempen tersebut. Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting juga telah bertemu dengan para sarjana pendidikan, pertubuhan-pertubuhan Cina dan golongan belia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Pada 8 Oktober, Jawatankuasa Pusat telah melancarkan Kempen Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan penekanan terhadap pembangunan peribadi. Pemimpin-pemimpin masyarakat Cina telah bersama-sama dengan MCA dalam mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

Program-program pembelajaran sepanjang hayat menawarkan pelbagai aktiviti, sama ada pengajian biasa, kursus pendek ataupun hobi baru yang mampu mengubahkan pengalaman hidup kepada pengetahuan dan kemahiran.

Pusat Sumber Informasi, Komunikasi dan Teknologi MCA

Pada 8 Oktober, Jawatankuasa Pusat telah mengumumkan penubuhan Biro Teknologi Baru dan Inovasi di bawah kepimpinan Dato’ Kong Cho Ha. Ia bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan teknologi informasi dalam kehidupan harian mereka serta menawarkan sebuah pusat ICT sehenti untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam bidang ICT.

Pada Januari 2005, Pusat Sumber Informasi, Komunikasi dan Teknologi (MIRC) telah ditubuhkan di Wisma MCA untuk membantu SME menjadi lebih kompetitif melalui penggunaan ICT. MIRC juga menyediakan informasi penyelidikan dan pembangunan, pengurusan produk dan pengetahuan pemasaran. Ia dilancarkan dengan rasminya pada 7 April 2005.

 
2005
Pelan Induk Kampung-kampung Baru

Dari tahun 2000 hingga 2005, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukkan RM326 juta untuk pembangunan kampung-kampung baru.

Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting, selaku Menteri tersebut, telah mendapat persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memperuntukkan sebuah dana khas bagi merunding dengan pakar-pakar megnenai menaik taraf infrastruktur, penggunaan tanah dengan sepenuhnya, pembangunan pertanian kampung-kampung baru.

Pelan Induk Kampung-kampung Baru mencadang mengenalpastikan keunikan setiap kampung-kampung baru untuk dibangunkan, tetapi pada masa sama memelihara kawasan warisan dan tarikan pelancong.

Pelan tersebut juga mencadangkan pinjaman perumahan, pembangunan infrastruktur dan dasar-dasar kerajaan lain yang boleh membantu kampung-kampung baru.

 
Penubuhan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM)

Pada 4 Januari, Majlis Presiden telah mengumumkan penubuhan CRSM selepas kemusnahan yang disebabkan bencana tsunami pada 26 Disember 2004. Tujuannya adalah untuk mengggerakkan sukarelawan untuk memberi bantuan perkhidmatan pada masa kecemasan dan di kawasan bencana. Setiausaha Parlimen Sdri Chew Mei Fun telah dilantik untuk mengetuai jawatankuasa tersebut. CRSM telah mula beroperasi pada 23 April.

 
Pemilihan Parti

Pada 27 Februari, Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti telah mengadakan taklimat khas untuk menjelaskan undang-undang pemilihan Parti dan tatalekaluan ahli-ahli kepada semua Pngerusi MCA, Pemuda dan Wanita di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan. Ini dapat memastikan pemilihan parti dijalankan secara telus, dan adil mengikut prinsip demokrasi.

Pada 20 Ogos, jumlah kedatangan di Mesyuarat Agung Tahunan telah mencecah 99.49%. Ini membuktikan mandat yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Pusat. Dato’ Seri Ong Ka Ting dan Dato’ Seri Chan Kong Choy telah dipilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden masing-masing, manakala Tan Sri Liow Tiong Lai dan Dato’ Dr Ng Yen Yen telah menjadi Ketua Pemuda dan Wanita masing-masing.

Dalam ucapannya, Ka Ting mengatakan bahawa amalan ‘bersih’ dan ‘tekun’ adalah penting untuk mewujudkan budaya politik sihat dalam MCA. Ini selari dengan ucapan beliau semasa sambutan ulang tahun MCA ke-56 mengenai konsep kejujuran dan keadilan, bersih dan menolak rasuah semasa menjalankan tugas, serta teguh dan boleh dipercayai.

 
Garis Panduan Am untuk Jawatan Kerajaan

Pada 4 Oktober, Majlis Presiden telah meluluskan garis panduan am untuk ahli-ahli MCA yang memegang jawatan kerajaan, yang termasuk had tempoh penggal pemegang jawatan di semua peringkat.

JawatanHad Tempoh Penggal
Menteri2 Pilihanraya Umum, atau 10 tahun
Exco Negeri2 Pilihanraya Negeri
Senator1 penggal
Ahli Majlis Daerah10 tahun
Ahli Majlis Bandar8 tahun

Had tempoh penggal ini membolehkan proses pembaharuan kepimpinan Parti berjalan secara lancar, dan pada masa sama membenarkan ahli-ahli MCA menyumbangkan usaha dan kreativiti mereka selama 8 hingga 10 tahun sebelum memberi laluan kepada ahli-ahli lain yang berupaya. Hanya melalui cara ini MCA boleh berkhidmat dengan tahap penuh.

Pemimpin-pemimpin MCA yang telah dicadangkan oleh Parti untuk memegang jawatan kerajaan adalah wakil Parti dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan Malaysia. Merekalah yang akan membimbing MCA untuk bergerak ke hadapan. Oleh itu, pemimpin-pemimpin MCA dikehendaki menjadi teladan budaya politik sihat melalui tingkah laku sendiri, Mereka harus menolak amalan rasuah dan menghormati undang-undang, memiliki sikap jujur dan bertanggungjawab, dan mempunyai hubungan rapat dengan rakyat, dan mampu mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai dasar-dasar kerajaan. Mereka juga harus mengutamakan rakyat dan tidak sombong.

 
2006
Pembangunan & Pelaksanaan Platform 9-Poin MCA

Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting telah membawa MCA ke era baru. Demi melaksanakan pentadbiran bersih dan tekun, beliau telah menggubal Platform 9-Poin yang membentangkan asas hala tuju politik Parti. Ia merupakan hasil dari rundingan kolektif yang mendalam, dan mengambil kira pendapat dan cadangan yang diberi oleh wakil-wakil masyarakat.

Platform 9-Poin MCA adalah:

  • Budaya politik yang sihat
  • Kempen pembelajaran sepanjang hayat
  • Penjanaan semula pendidikan
  • Pendidikan Bahasa Cina
  • Ekonomi yang berdaya saing
  • Pembangunan dan promosi kebudayaan
  • Pembangunan kampung-kampung baru
  • Masyarakat penyayang
  • Rakyat Malaysia
 

Pada 6 Januari, Jawatankuasa Pusat telah menerima pakai Platform 9-Poin MCA yang menentukan hala tuju jangka masa panjang Parti.

9PPP meliputi sebuah spectrum yang luas. Bagi memastikan pelaksanaan 9PPP yang efektif, 2 buah jawatankuasa penyelerasan telah ditubuhkan, yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden untuk memastikan pelaksanaan yang progresif.

Pada 18 Julai, Jawatankuasa Pusat telah mengumumkan peruntukan dana untuk semua Bahagian dan Cawangan MCA untuk menggalakkan 9PPP dan meningkatkan pengaruh MCA.

 
Pengajaran Matematik dan Sains di SJKC (Formula 6-2, 3-2)

Bagi memastikan kepentingan pendidikan Cina terjamin, MCA telah berusaha menyelesaikan masalah pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di SJKC dari Darjah 4 hingga Darjah 6. Perundingan dalam saluran BN telah diadakan bersama-sama dengan Menteri Pendidikan Dato’ Seri Hishamuddin Hussein. Hasil daripada rundingan tersebut, formula 6-2, 3-2 telah diguna pakai dimana Matematik diajar dalam Bahasa Cina untuk 6 waktu dan Bahasa Inggeris untuk 2 waktu. Bagi pelajaran Sains, 3 waktu menggunakan Bahasa Cina dan 2 waktu untuk Bahasa Inggeris.

Pendirian MCA adalah ia lebih pelajar-pelajar sekolah rendah lebih senang menggunakan mahasa ibunda untuk membelajari Sains dan Matematik, manakala pelajar-pelajar sekolah mengenah boleh membelajari Sains dan Matematik dalan Bahasa Inggeris sahaja untuk menjadikan negara dan masyarakat lebih kompetitif.

 
Penubuhan Sekolah Politik MCA

Pada 22 Januari, Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting telah merasmikan pembukaan Sekolah Politik MCA.

MCA tidak boleh memberi tumpuan terhadap pengambilan ahli-ahli secara besar-besaran, tetapi juga harus memastikan kualiti dan kemampuan ahli-ahlinya dan bakal pemimpinnya. Oleh itu, penubuhan Sekolah Politik bertujuan memupuk minda politik dan budaya sihat, dan meningkatkan kemampuan dan keberkesanan ahli-ahli dan para pemimpin di semua peringkat.

Sekolah Politik juga mengadakan kursus-kursus yang dibuka kepada pihak awam untuk membolehkan mereka mengetahui pendirian Parti.

 
Majlis Peringatan Tun Tan Cheng Lock

Pada 9 Jun, Jawatankuasa Pusat telah memutuskan bahawa 13 Disember setiap tahun akan diperingati sebagai Hari Tun Tan Cheng Lock sebagai tanda penghormatan kepada sumbangan mendiang sebagai salah seorang pengasas negara.

Pada 15 Disember, sebuah rombongan pemimpin-pemimpin MCA bersama-sama dengan wakil-wakil persatuan-persatuan Cina, dan diketuai oleh Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting, telah mengadakan upacara peringatan tersebut di rumah mendiang di Kampung Musai, Melaka. Dalam ucapannya, Ka Ting telah menggambarkan mendiang Tun Tan Cheng Lock sebagai “Bapa Politik Masyarakat Cina” kerana tanpa usaha mendiang, masyarakat Cina akan kehilangan peluang menjadi warganegara Malaysia.

Mendiang akan selalu diingati oleh MCA atas sumbangannya untuk memastikan hak-hak sivil bagi masyarakat Cina, serta usaha-usahanya untuk memupuk keharmonian dan perpaduan.

 
E-MCA

Ibu Pejabat MCA telah menyahut seruan Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting semasa Sambutan Ulangtahun MCA Ke-57 untuk menjadikan MCA celik computer dalam 3 tahun, dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk melaksanakan hasrat E-MCA. Dengan bantuan MIRC, Ibu Pejabat telah berjaya mencapai sasarannya untuk melaksanakan pentadbiran berkomputer sepenuhnya dalam 1 tahun. Ibu Pejabat juga telah menaiktaraf laman web Parti dengan memaparkan wajah baharu. Ia diharapkan bahawa semua MCA Negeri dan Bahagian akan mengikut menggunakan program E-MCA yang sama kerana sistem perhubungan elektronik akan membolehkan hubungan lebih baik antara satu sama lain.

 
Sistem Kawalan Perbelanjaan Ibu Pejabat MCA

Bagi memastikan keberkesanan peruntukan dana untuk Bahagian-bahagian MCA, Ibu Pejabat telah melancarkan sistem kawalan perbelanjaan dan jawatankuasa pengurusan yang dipengerusi oleh Setiausaha Agung. Ahli-ahli jawatankuasa termasuk Bendahari Agung, Setiausaha Organisasi Kebangsaan, dan Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat sebagai setiausaha.

Kelab-kelab Belia

Pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-53, Resolusi 2.1 telah diluluskan yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai MCA untuk bekerjasama mengukuhkan kuasa politik mayarakat Cina. Resolusi tersebut bertujuan mengalakkan penyertaan belia Cina dalam MCA serta menyediakan sebuah platform untuk menyuarakan pendapat.

Pemuda MCA juga telah menubuhkan sebuah Kategori Bawah 35 tahun untuk membolehkan lebih sokongan dan kreativiti dalam Parti dengan tujuan menarik lebih ramai lagi belia untuk menyertai MCA.

 
2007

Kabinet telah mengikut cadangan MCA bahawa kenaikan pangkat kakitangan university-universiti awam (IPTA) dibuat berdasarkan merit. Ini membolehkan 4 orang bukan Bumiputera dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

 
2008
Pilihan Raya Umum Ke-12

Pada 13 Februari, Parlimen telah dibubarkan, dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan 24 Februari sebagai hari penamaan calon dan 8 Mac sebagai hari mengundi.

MCA telah diperuntukkan 40 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN untuk bertanding.

Para pemimpin Parti telah berharap bahawa mereka dapat memenangi sokongan rakyat melalui perkhidmatan yang diberi dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, budaya dan lain-lain lagi seperti pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina, pengembangan dan penempatan semula sekolah-sekolah tersebut, pembangunan kampung-kampung baru dan pertanian, dan bantuan memperolehi pajakan tanah untuk para petani Cina di Perak, serta menjaga kepentingan masyarakat Cina. Walaupun pemimpin-pemimpin Parti telah menyebarkan sumbangan mereka di surat khabar dan tv, dan melalui kempen dan lawatan, tetapi usaha-usaha tersebut gagal mengatasi rasa tidak puas hati masyarakat Cina terhadap BN.

Ini disebabkan pakatan pembangkang yang telah mengamalkan propaganda populis. Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan teknologi seperti SMS, telefon bimbit dan internet untuk menuduh BN memainkan “politik perkauman” dengan tujuan menghasut sentimen rakyat terhadap BN.Ini semua telah membawa kepada “tsunami politik 308”.

Pada keseluruhannya, PRU Ke-12 adalah pilihan raya yang paling teruk bagi BN. MCA hanta memenangi 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN; kurang daripada 50% kerusi yang dimenangi pada PRU ke-11. Kongress India Malaysia (MIC) pula hanya memenangi 3 kerusi Parlimen daripada 9 yang ditandingi. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) telah merekodkan prestasi yang lebih teruk dengan hanya 2 kerusi Parlimen daripada 7 yang ditandingi.

BN hanya mampu memenangi PRU dengan 78 kerusi Parlimen UMNO serta kerusi-kerusi yang dimenangi parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak, tetapi telah kehilangan majoriti 2/3 dalam Parlimen.

Bagi kerusi-kerusi DUN, BN telah gagal memenangi semula Kelantan yang disandang PAS sejak 1986, dan juga telah kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada Pakatan Rakyat.

 
Presiden Dato’ Sri Ong Ka Ting menanggung tanggungjawab

Dalam tempoh 3 hari selepas keputusan PRU 12 diumumkan, Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting telah mengeluarkan kenyataan awam bahawa beliau tidak akan menyertai Kabinet dan akan menanggung tanggungjawab atas kekalahan MCA. Keputusan ini dibuat berdasarkan prinsip kebertanggungjawaban dan mencerminkan bahawa jawatan Presiden bukan hanya untuk kuasa dan pangkat.

Dato’ Seri Ong Ka Ting mjuga mengatakan bahawa beliau akan terus melaksanakan tanggungawab yang diamanahkannya sebagai Presiden MCA dan menerajui Parti pada masa kritikal ini. Beliau menekankan bahawa beliau akan membuat kajian mendalam keputusan PRU dan membuat penyelerasan yang sesuai supaya MCA mampu menghadapai keadaan politik baru supaya boleh teruskan peranannya dalam bidang politik.

 
Jemaah Kabinet baru

Pada 18 Mac, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan Jemaah Kabinet baru. MCA telah diberi 4 Menteri dan 6 Timbalan Menteri, lalu menjaminkan bahawa Parti memiliki perwakilan yang secukupnya untuk menyuarakan hasrat dan menjaga kepentingan rakyat Malaysia di Kabinet dan kerajaan. Wakil-wakil MCA yang dilantik adalah:

 
Menteri
Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanDato’ Seri Ong Ka Chuan
Kementerian PengangkutanDatuk Ong Tee Keat
Kementerian KesihatanTan Sri Liow Tiong Lai
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatDato’ Dr Ng Yen Yen
 
Timbalan Menteri
Kementerian KewanganDato’ Kong Cho Ha
Kementerian Dalam NegeriDato’ Chor Chee Heung
Kementerian PendidikanDr Ir Wee Ka Siong
Kementerian Pendidikan TinggiDr Hou Kok Chung
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan KebudayaanSdr Teng Boon Soon
Kementerian Belia dan SukanSdr Wee Jeck Seng
 

Kejayaan MCA dalam mengekalkan 4 Menteri dan 6 Timbalan Menteri dalam kementerian yang penting dan strategik walaupun mengalami kekalahan teruk dalam PRU adalah hasil usaha Presiden MCA untuk memastikan bahawa MCA diwakili dalam Kabinet melalui amalan perkongsian kuasa BN, dan melalui perundingan dengan Perdana Menteri.

 
“Mentadbir bersama rakyat, Berkongsi antara kaum”

Dengan akhirnya PRU 12, Jawatankuasa Pusat telah bermesyuarat untuk membincangkan hala tuju masa depan Parti.

Pada 26 April, Jawatankuasa Pusat telah memutuskan untuk mengguna pakai tema “Mentadbir bersama rakyat, Berkongsi antara kaum” untuk hala tuju Parti, dan juga mencadangkan 4 Nilai Utama sebagai agenda perubahan baru Parti; iaitu:

  • Prinsip demokrasi
  • Hak rakyat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
  • Mengutamakan rakyat
  • Kehendak rakyat

MCA akan terus mematuhi prinsip yang diperjuangkan oleh pengasas-pengasas Parti, iaitu “Parti berteraskan satu kaum, hala tuju yang menjurus kepada kepelbagaian kaum”. Ini memastikan bahawa kepentingan masyarakat Cina sentiasa dijaga, dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan, demokrasi dan hak-hak asasi kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

 
Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatannya

Pada 28 Jun, Presiden Parti telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Parti. Beliau menekankan bahawa MCA telah menjadi stabil semula 3 bulan selepas PRU dan kini menuju ke arah transformasi. Oleh itu, beliau akan memberi akar umbi Parti masa untuk memilih Presiden baru.

 
Bebas daripada hutang

Pada 24 Julai, Presiden Dato’ Sri Ong Ka Ting mengumumkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat bahawa MCA telah melunaskan semua hutangya dengan bank pada 18 April. Presiden juga mengumumkan bahawa Parti kini sedia membeli balik 20.33% ekuitinya dalam Wisma MCA Sdn Bhd yang terpaksa dijual pada tahun 80an kerana kegawatan ekonomi masa itu.

Pada 15 Ogos, Presiden dan Bendahari Agung Tan Sri Lau Yin Pin telah menandatangani kontrak jual-beli dengan wakil-wakil Koperasi Jayadiri (Kojadi) yang berjumlah RM27.6 juta. Dengan itu, matlamat Parti untuk memiliki 100% ekuiti dalam Wisma MCA Sdn Bhd telah dicapai.

 
Pemilihan Parti

Jawatankuasa Pusat telah mengumumkan 13 Oktober sebagai hari penamaan calon, dan 18-19 Oktober sebagai hari mengundi dan Mesyuarat Agung Tahunan. Presiden Dato’ Sri Ong Ka Ting dan Timbalan Presiden Dato’ Seri Chan Kong Choy telah mengumumkan hasrat mereka untuk tidak bertanding.

Pada 18 Oktober, Datuk Ong Tee Keat dan Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah dipilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden baru. Dari 25 ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, lebih daripada 50% merupakan muka baru.

Berikut adalah senarai barisan kepimpinan Jawatanakuasa Pusat:

 
Presiden

Datuk Ong Tee Keat

 
Timbalan Presiden

Tan Sri Dr. Chua Soi Lek

Naib-Presiden
Dato’ Seri Kong Cho Ha
Tan Sri Liow Tiong Lai
Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen
Sdr Tan Kok Hong
 
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat
Sdr Lee Wei Kiat
Senator Dato’ Wong Foon Meng
Datuk Seri Tan Chai Ho
Sdri Tan Cheng Liang
Sdr Dr Hou Kok Chung
Dato’ Lee Chee Leong
Sdr Gan Ping Sieu
Dato’ Yu Chok Tow
Sdr Wong Nai Chee
Dato’ Lee Sing Chooi
Datuk Wee Jeck Seng
Datuk Gan Tian Loo
Dato’ Dr Yeow Chai Thiam
Dato’ Chong Itt Chew
Dato’ Hoh Khai Mun
Dato’ Ti Lian Ker
Dato’ Liew Yuen Keong
Dato’ Wong Mook Leong
Dato’ Paul Kong Sing Chu
Datuk Edward Khoo Keok Hai
Datuk Tee Siew Kiong
Sdr Loh Seng Kok
Senator Dato’ Wong Siong Hwee
Sdr Dr Por Choo Chor
Dato’ Loke Yuen Yow
 
Barisan kepimpinan baru MCA

Selepas “tsunami politik 308”, MCA telah memilih barisan kepimpinan baru. Jawatankuasa Pusat yang baru telah dinasihati bahawa “reformasi” bukan hanya satu slogan, tetapi merupakan hasrat rakyat. Walaubagaimanapun, reformasi bukanlah sesuatu yang boleh dicapai serta-merta, dan MCA memerlukan sokongan ahli-ahlinya. Dengan itu, MCA harus melaksanakan strategi-strategi baru untuk memenangi semula negeri-negeri yang telah dirampas pembangkang.

 
2009
Rombongan ke China

Pada 18 Januari, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat telah menyahut jemputan kerajaan China untuk melawat dengan mengetuai satu rombongan yang terdiri daripada 68 ahli-ahli politik dan perniagaan ke Beijing. Semasa lawatan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukaran pandangan dan pengalaman mengenai perniagaan dan politik.

Rombongan tersebut telah bertemu dengan Ketua Jawatankuasa Tetap Politburo Parti Komunis China Tuan Jia Qinglin, En Wang Jiarui, Timbalan Menteri Liu Hongcai, Menteri Pengangkutan Li Shenglin, dan pemimpin-pemimpin lain dari Kementerian Jalan Kereta Api, Pentadbiran Penerbangan Awam China, COFCO, Kementerian Perdagangan China, dan Jabatan Pentadbiran Pelancongan China.

Antara hasil-hasil yang dicapai adalah:

  • Universiti-universiti terkemuka di China telah dijemput membuka kampus cawangan di Malaysia
  • Yayasan Al-Bukhary berjanji memberi biasiswa penuh kepada 50 pelajar-pelajar China yang miskin untuk belajar di Malaysia
  • China bersetuju memulakan semula eksport beras ke Malaysia. Kewdua-dua pihak j membincang pembangunan produk pertanian dan minyak sawit
  • Membangunkan pasaran makanan halal dalam China
  • Laluan terus baru AirAsia ke Tianji, Xi’an dan Chengdu
  • Liberalisai sektor penerbangan
  • Syarikat-syarikat China dijemput melabur dalam pemgembangan dan pembangunan pelabuhan Tanjung Pelepas dan lapangan terbang Senai di Johor
  • Mencadangkan Bank of China Malaysia untuk menawarkan pinjaman mikro-kredit faedah rendah kepada perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia
  • Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengenai perubatan dan alatan
 
Menerima kunjungan Timbalan Speaker Taiwan

Pada 3 Januari, Setiausaha Agung merangkap Timbalan Presiden Dewan Negara Dato’ Wong Foon Meng, bersama-sama dengan ahli-ahli Parlimen dan Senator MCA, telah menerima lawatan rombongan dari Taiwan yang diketuai Timbalan Speaker Parlimen Taiwan, Encik Tsing Yon-Chun.

 
Menerima kunjungan Pengerusi Kuomintang

Pada 28 Februari, Presiden MCA dan Jawatankuasa Pusat telah menerima kunjungan rombongan yang diketuai Pengerusi Kuomintang, En Wu Poh-hsiung. Kedua-dua pihak telah saling bertukaran pandangan selama satu jam.

 
Menerima kunjungan rombongan dari China

Pada 25 Mac, Presiden MCA dan Jawatankuasa Pusat telah menerima kunjungan daripada Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China di Ibu Pejabat MCA.

 
Tiga Teras Utama Transformasi MCA

Memandangkan tsunami politik pada tahun 2008, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat telah mencadangkan Tiga Teras Utama Transformasi semasa sambutan ulang tahun MCA ke-60 dan telah menggesa ahli-ahli Parti untuk membantu mempromosikan tiga teras tersebut:

 
A) Menangani Cabaran Ekonomi

Meningkatkan kualiti pengangkutan awam. Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat merangkap Menteri Pengangkutan telah berusaha membaiki dan mentransformasikan sistem pengangkutan awam, antaranya:

  1. Meningkatkan kualiti pengangkutan awam melalui penggunaan teknologi maklumat (IT) dan GPS untuk memantau bas, pelaksanaan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) dengan penggunaan Kamera Televisyen Litar Tertutup (CCTV), serta pelaksanaan pusat perkhidmatan pelanggan dan pengurusan panggilan.
  2. Mempermudahkan prosedur bayaran saman
  3. Menubuhan pasukan khas untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan pertindihan dan kekeliruan dalam bidang kuasa
  4. Menambahkan bilangan pegawai penguatkuasa untuk memastikan undang-undang dipatuhi, serta memberi latihan kepada pemandu-pemandu pengangkutan awam
 
Program HOPE (Higher Opportunities for Private Education)

Melalui Program HOPE, MCA telah membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka melalui pemberian subsidi kepada pelajar-pelajar yang layak, dan seramai 1,200 pelajar telah dibantu melanjutkan pelajaran mereka ke university-universiti awam tempatan.

 
Jaringan Sumber Teknikal dan Latihan Internship (TRAIN)

MCA, di bawah kepimpinan Dato’ Sri Ong Tee Keat, telah menyokong dengan sepenuhyna penubuhan sebuah rangkaian jaringan untuk membekalkan latihan vokasional untuk semua pelajar untuk mempelajari kemahiran hidup. Sebanyak 1,500 pelajar telah manfaat daripada projek ini, dan sebanyak 10,000 kupon pendidikan yang bernilai RM50 juta telah diberi kepada pelajar-pelajar yang berminat.

 
Pencapaian Baru untuk UTAR

Kursus sarjana muda sastera Bahasa Cina yang ditawarkan UTAR telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, lalu membolehkan mahasiswa-mahasiswi kursus tersebut bekerja di sektor pekhidmatan awam.

 
B) Proaktif dalam Politik Arus Perdana dan Penggubalan Dasar-dasar
Siasatan ke dalam isu Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)

Kementerian Pengangkutan telah melantik firma audit Privewaterhouse Coopers (PwC) untuk menyiasat penyalahgunaan dan wang rakyat dalam PKFZ. Hasil siasatan tersebut telah mendedahkan unsur-unsur penipuan, dan laporan telah dibuat kepada polis dan SPRM.

 
Mengharamkan Surat Sokongan

Pada bulan Januari, Dato’ Sri Ong Tee Keat merangkap Menteri Pengangkutan telah melarang semua jabatan-jabatan kerajaan daripada memberi surat sokongan kepada mana-mana pihak yang membida untuk kontrak kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 juga digubal untuk menggalakkan pihak awam melaporkan penyalahgunaan wang rakyat.

 
Pemansuhan Dasar-dasar Bermonopoli

Pada 14 Oktober 2008, Kementerian Pengangkutan telah menghapuskan programe e-kesihatan untuk pemandu kenderaan awam kerana telah menerima maklum balas bahawa ia terlalu mahal dan akan membebankan 700,000 pemandu teksi, disamping mewujudkan sistem monopoli. Selain itu, kontrak PUSPAKOM dengan kerajaan untuk tempoh 15 tahun telah dikaji semula dan dipendekkan kepada 5 tahun untuk mengelakkan monopoli. Kontrak tersebut akan diberi berdasarkan tender buka selepas ia tamat.

 
Liberalisasi Ekonomi

Pada 22 April, Kabinet telah mengumumkan pemansuhan 30% ekuiti untuk Bumiputera di 27 sub-sektor perkhidmatan dengan tujuan meliberalisaskan ekonomi. Proses tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Langkah ini membantu ekonomi negara menjadi lebih bebas dan adil. Kebanyakan 27 sub-sektor yang terlibat adalah di bawah wakil-wakil MCA dalam Kabinet, termasuk perindustrian kecil dan sederhana Cina.

 
Pembiayaan terus untuk Lembaga Pengarah SJKC, dan pembinaan 20 SJKC baru

MCA telah mencadangkan bahawa peruntukan dana untuk SJKC diberi secara terus kepada Lembaga Pengarah SJKC tersebut. Selain itu, kerajaan telah memperuntukkan RM95 juta untuk pembinaan 20 SJKC yang baru.

 
C) Mengeratkan Hubungan Antara Kaum
Program 1Malaysia

Seawal 2009, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak telah memperkenalkan program 1Malaysia. Konsep ini sebati dengan konsep keharmonian kaum sepertimana yang ditekankan oleh pengasas MCA, Tun Tan Cheng Lock, yang pernah mengatakan bahawa tujuan penubuhan MCA adalah untuk bekerja sama dengan masyarakat Melayu dan kaum-kaum lain untuk menjadi “Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Kerajaan”.

 
MCA membantu Gereja Metro Tabernacle

Apabila Gereja Metro Tabernacle dibakar pada 8 Januari, MCA telah mengutuk perbuatan tersebut dan tegas mempertahankan kebebasan beragama sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Dato’ Sri Ong Tee Keat juga telah menawarkan Dewan San Choon untuk penggunaan ahli-ahli gereja tesebut secara percuma.

 
Mesyuarat Agung Luar Biasa

Pada 26 Ogos, Majlis Presiden telah menerima cadangan Lembaga Disiplin MCA untuk memecat Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Le kerana melanggar Kod Tatakelakuan untuk ahli-ahli MCA.

Pada 27 Ogos, penyokong-penyokong Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah mengemukakan petisyen untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat.

Pada 11 September, Setiausaha Agung telah menerima tuntutan bertulis daripada 921 ahli perwakilan (satu pertiga) untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk memutuskan resolusi-resolusi tersebut:

  1. Bahawa para perwakilan tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat
  2. Bahawa keputusan Majlis Presiden pada 26 Oktober 2009 (menerima syor-syor Lembaga Disiplin Parti) dan keputusan susulan oleh Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk menggusir atau menggantung keahlian Tan Sri Dr. Chua Soi Lek adalah terbatal,
  3. Bahawa ekoran daripada Resolusi 2, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek secara betulnya dikembalikan semula sebagai Timbalan Presiden MCA
  4. Bahawa jika menjelang EGM ini telah dipanggil, sebarang perlantikan yang dibuat Jawatankuasa Pusat selaras dengan Perlembagaan Parti untuk mana-mana pegawai Parti yang disebutkan dalam Artikel 20, termasuk juga Timbalan Presiden MCA, maka perlantikan berkenaan adalah ditarik balik,
  5. Bahawa jika menjelang EGM ini dipanggil, sebarang tindakan disiplin ke atas mana-mana atau semua pihak yang membuat tuntutan EGM oleh mana-mana anggota MCA atau Lembaga Disiplin, Jawatankuasa Pusat atau Majlis Presiden ataupun sebarang hukuman sudah pun dijatuhkan terhadap satu atau lebih pihakmembuat tuntutan itu, maka Perhimpunan Agung di sini menyelesaikan:
    1. bahawa sebarang dan semua tindakan disiplin ditolak
    2. bahawa sebarang hukuman yang dijatuhkan dibatalkan, DAN
    3. bahawa sebarang aduan atau tindakan disiplin dipertimbang dan dianggap telah ditolak

Selepas perundingan antara kedua-dua pihak, Setiausaha Agung telah membuat keputusan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 10 Oktober di Dewan San Choon, Wisma MCA. Pada hari EGM tersebut, Speaker Dato’ Yik Phooi Hong mengumumkan bahawa kedua-dua pihak telah mengemukakan permohonan bertulis bagi menjelaskan pengundian untuk Resolusi 4 dan 5 tidak akan dilakukan kerana tiada pelantikan ataupun tindakan disiplin dikenakan.

 
Keputusan EGM

1) Bahawa para perwakilan tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat

Setuju : 1155 undi
Bantah: 1141 undi
Rosak  : 8 undi
Jumlah: 2304 undi

2) Bahawa keputusan Majlis Presiden pada 26 Oktober 2009 (menerima syor-syor Lembaga Disiplin Parti) dan keputusan susulan oleh Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk menggusir atau menggantung keahlian Tan Sri Dr. Chua Soi Lek adalah terbatal

Setuju : 1204 undi
Bantah: 1095 undi
Rosak  : 5 undi
Jumlah: 2304 undi

3) Bahawa ekoran daripada Resolusi 2, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek secara betulnya dikembalikan semula sebagai Timbalan Presiden MCA

Setuju : 1110 undi
Bantah: 1184 undi
Rosak  : 10 undi
Jumlah: 2304 undi

Memandangkan timbulnya kontroversi daripada keputusan EGM, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 15 Oktober telah mengarahkan Setiausaha Agung untuk mengadakan satu lagi EGM selaras dengan Artikel 30.1 dalam Perlembagaan Parti untuk mengundi atas resolusi-resolusi berikut:

  • Bahawa Jawatankuasa Pusat sekarang dibubarkan dan pemilihan parti baharu diadakan, atau,
  • Menyokong Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat

Jawatankuasa Pusat juga telah melantik Tan Sri Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Presiden selaras dengan Artikel 174 dan Artikel 23 Perlembagaan Parti.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat ke-8 yang diadakan pada 3 November, Presiden mengumumkan bahawa dia telah menerima sepucuk surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menyatakan bahawa keputusan EGM pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi Artikel 35 Perlembagaan Parti yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dua pertiga undi perwakilan diperlukan untuk menolak seseorang pemimpin yang dipilih.

Ini mengesahkan bahawa jawatan Timbalan Presiden tidak pernah dikosongkan, dan mengesahkan bahawa Tan Sri Dr. Chua Soi Lek masih memegang jawatan Timbalan Presiden. Jawatankuasa Pusat turut menerima pakai pandangan ROS.

Presiden juga menekankan bahawa semua lantikan ke Jawatankuasa Pusat yang dibuat olehnya pada tahun lepas hanya untuk tempoh satu tahun sahaja dan semua perlantikan tertakluk untuk dikaji semula. Sehubungan itu, beliau telah melantik Dato’ Donald Lim Siang Chai, Dato’ Tan Chin Meng dan Sd Chua Tee Yong untuk menggantikan Dato’ Wira Chor Chee Heung, Sdr Yoo Wei How, Sdr Gan Hong Su dan Dato’ Chai Kim Sen yang pelantikan mereka telah dirombak. Beliau juga mengumumkan bahawa jawatan Setiausaha Organisasi Nasionao yang sebelum ini dipegang oleh Sdr Yoo Wei How akan diisi pada masa depan.

Presiden juga telah melantik Sdr Lim Hong Sang untuk menggantikan Datuk Leong Tang Chong sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin MCA dan Senator Heng Seai Kie sebagai Pengerusi Biro Komunikasi dan Maklumat MCA bagi menggantikan Sdr Lee Wei Kiat. Beliau juga membentangkan sebuah pelan perpaduan MCA di mesyuarat Jawatankuasa Pusat yang telah diluluskan oleh 27 ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.

 
Pelan Perpaduan MCA

Pada 22 Oktober, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat, bersama-sama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat telah mengadakan siding media di Ibu Pejabat MCA untuk mengumumkan pelan perpaduang tersebut.

Di bawah Pelan ini, Timbalan Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek akan dikembalikan kepada Jawatankuasa Pusat. Beliau berkata bahawa pelan perpaduan juga disokong oleh Perdana Menteri, dan bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung menkaji kesasihan keputusan EGM 1128.

Dato’ Sri Ong Tee Keat menkankan bahawa kini masa untuk semua pihak mengetepikan perbezaan pendapat dan bekerjasama untuk masa depan Parti, lalu membolehkan barisan kepimpinan Parti menumpukan usahanya untuk menguatkan Parti dan memenangi semula keyakinan masyarakat Cina terhadap MCA.

 
Dialog dengan Pemimpin Akar Umbi Parti

Pada 15 November, MCA telah mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin akar umbi Parti di Dewan San Choon yang dihadiri 625 orang, atau lebih daripada 80% ketua-ketua Bahagian.

Timbalan Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah mempengerusikan dialog mengenai 5 agenda utama tersebut:

  • Peruntukan dana untuk aktiviti-aktiviti Bahagian, memandangkan Parti mempunyai sumber yang mencukupi
  • Sama ada resolusi EGM 1128 adalah selaras dengan Perlembagaan Parti
  • Cadangan pemilihan secara langsung untuk jawatan Presiden dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, dan modal yang yang akan digunakan jika ia diluluskan
  • Cara-cara melaksanakan Pelan Perpaduan dan menstabilkan Parti
  • Persediaan untuk pilihan raya umum yang akan datang

Dalam sesi dialog tersebut, para pemimpin parti dan akar umbi telah bertukar pendapat, menganalisis dan memberi ulasan mengenai beberapa isu.

 
1128 EGM

Sebuah pasukan khas untuk mengembalikan integriti Parti telah ditubuhkan dan diketuai oleh Naib Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai dan terdiri daripada 13 ahli-ahli yang dihormati semua. Tujuannya adalah untuk mempertahankan integriti Parti dengan mengadakan pemilihan parti baru untuk menyelesaikan masalah yang timbul dari EGM yang diadakan pada 10 Oktober.

Pasukan khas tersebut telah meminta sebuah EGM diadakan selaras dengan Artikel 30.2 Perlembagaan Parti yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya persetujuan 13 ahli Jawatankuasa Pusat (satu pertiga) diperlukan. Walaubagaimanapun, pada 18 November Jawatankuasa Pusat telah menolak permohonan tersebut dengan undi 23-10.

 
2010
Tabung Biasiswa Penggajian Bahasa Cina UTAR - Datuk Sim Mow Yu

Pada 3 Januari, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat mengumumkan penubuhan Tabung Biasiswa Penggajian Bahasa Cina UTAR - Datuk Sim Mow Yu sebagai penghormatan kepada Datuk Sim Mow Yu atas sumbangan beliau kepada pendidikan Cina dan masyarakat.

Presiden mengatakan bahawa kursus Ijazah Sarjana Muda Penggajian Cina yang ditawarkan UTAR telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, lalu pelajar-pelajar tersebut kini boleh bekerja dalam sektor awam. Beliau menambahkan bahawa MCA juga telah menderma RM1juta untuk memulakan Tabung Biasiswa tersebut.

Dato’ Sri Ong Tee Keat juga mengumumkan bahawa salah sebuah dewan serbaguna dalam Ibu Pejabat MCA akan dinamakan Dewan Sim Mow Yu sebaga tanda penghargaan kepada sumbangannya dan supaya Parti boleh meneruskan usahanya.

Anak perempuan mendiang, Sim Kay Hong, juga telah hadir di upcara tersebut.

 
328 Pemilihan Parti Baharu

Pada 4 Mac, Timbalan President Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah menyerahkan surat perletakan jawatannya bersama-sama dengan 7 ahli Jawatankuasa Pusat. Bersama-sama dengan 13 ahli Jawatankuasa Pusat yang telah meletak jawatan lebih awal lagi, ini bermakna sebanyak 21 ahli-ahli Jawatankuasa pusat (dua pertiga) telah meletak jawatan, sekali gus membuka jalan bagi pemilihan parti baharu.

Sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 41 Perlembagaan Parti, pemilihan parti baharu mesti diadakan dalam tempoh 1 bulan jika sekurang-kurangnya dua pertiga ahli-ahli Jawatankuasa Pusat meletak jawatan. Pada 5 Mac, ahli-ahli Jawatankuasa Pusat yang tertinggal telah melantik Setiausaha Agung Dato’ Wong Foon Meng sebagai penyelaras pemilihan parti, dan beliau telah mengumumkan 28 Mac sebagai tarikh membuang undi.

Pada 28 Mac, sebanyak 101 wakil telah menyerahkan nama calon-calon mereka. Kadar kehadiran telah mencecah 97.52%, atau 2,318 ahli perwakilan.

Proses pengundian dijalankan secara telus di bawah pemantauan para perwakilan dan calon-calon, dan melalui siaran langsung dengan televisyen yang diletakkan di luar dewan.

Keputusan pemilihan parti adalah seperti berikut:

 
Presiden

Tan Sri Dr. Chua Soi Lek

 
Timbalan Presiden

Tan Sri Liow Tiong Lai

 
Naib Presiden

Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen
Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Senator Gan Ping Sieu

 
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat

Dato’ Lee Chee Leong
Dato’ Dr Hou Kok Chung
Senator Heng Seai Kie
Datuk Wee Jeck Seng
Sdr. Toh Chin Yaw
Datuk Gan Tian Loo
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Sdr. Lee Wei Kiat
Sdr. Loh Seng Kok
Dato’ Hoh Khai Mun
Dato’ Liew Yuen Keong
Sdri. Tan Cheng Liang
Dato’ Koh Nai Kwong
Sdr Dr Por Choo Chor
Sdr. Tan Ken Ten
Datuk Paul Kong Sing Chu
Dato’ Chong Itt Chew
Sdr. Yoo Wei How
Sdri Tan Ah Eng
Sdr Wong Koon Mun
Dato’ Ti Lian Ker
Dato’ Teh Kim Poo
Sdr Chuah Poh Khiang

 
Rombakan Kabinet

Pada 4 Jun, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak telah menjalankan rombakan Kabinet, dan MCA telah diberi 2 portfolio penting; iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Secara keseluruhan, MCA berjaya mendapat 4 Menteri dan 7 Timbalan Menteri.

Menteri KesihatanTan Sri Liow Tiong Lai
Menteri PengangkutanDato’ Seri Kong Cho Ha
Menteri PelanconganDato’ Sri Dr Ng Yen Yen
Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanDato’ Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri KewanganSenator Dato’ Donald Lim Siang Chai
Timbalan Menteri Belia dan SukanSenator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri PendidikanDatuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pengajian TinggiDr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri Dalam NegeriDato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyrakatSenator Heng Seai Kie
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniSdr. Chua Tee Yong
 
Pelan Tindakan 8-Poin untuk Menghadapi Pilihan Raya Umum

Pada 20 Jun, sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah meringkaskan Pelan Tindakan 8-Poin seperti berikut:

  1. Pendaftaran pengundi. Ibu Pejabat telah mendedahkan bahawa sebanyak 15% ahli-ahli Parti tidak didaftar sebagai pengundi. Denga ini, Ibu Pejabat akan memberi senarai keahlian Parti dan senarai pengundi, manakala Bahagian ditugaskan mencari dan membantu ahli-ahli tersebut mendaftarkan diri.
  2. Berinteraksi dengan pengundi muda. Kampung-kampung baru menghadapi penuaan penduduk di mana sekurang-kurangnya 30% pengundi-pengundi kampung baru adalah belia yang bekerja di luar kampung. Para belia tersebut mungkin tidak akan memahami keadaan dalam kawasan pengundian sendiri, dan mudah dihasut dan mengundi berdasarkan emosi. Oleh itu, Ibue Pejabat akan meminta ahli-ahli mendapat nama dan nombor telefon para pemuda tersebut supaya MCA boleh berinteraksi dengan mereka.
  3. Memperkukuhkan aspek peperangan eletronik. Semua Bahagian MCA diarahkan untuk memberi penekanan terhadap publisiti, terutamanya dalam internet. Semua Bahagian harus melatih lebih ramai pakar peperangan media baharu, dan menjalankan propaganda dengan blog, Facebook dan Twitter.
  4. Penyebaran propaganda pemimpin MCA melalui internet. Semua Negeri MCA dikehendaki menubuhkan laman web sendiri untuk mengyangkal dakwaan pembangkang, mendedahkan penyelewengan Pakatan Rakyat, dan mempromosikan agenda BN.
  5. Memperkukuhkan publisiti dalam media-media arus perdana. Ahli-ahli MCA di semua peringkat harus mengetahui kepentingan publisiti di media arus perdana. Publisiti MCA di bidang ini kurang memuaskan dan menyebabkan ramai pengundi mempunyai imej negative terhadap MCA.
  6. Meneri penekanan terhadap isu-isu demokrasi dan keadilan. Ahli-ahli MCA harus mengubah pandangan mereka. Mereka tidak boleh terlalu menekankan isu pembersihan longkang tetapi pada dasar-dasar yang adil dan demokratik seperti peluang yang sama dalam pendidikan
  7. Penyampaian pendirian Parti dengan segera. MCA harus mengambil pendirian untuk semua dasar-dasar penting. Ia haruslah mengutamakan isu, dan bukan kaum. Para pemimpin MCA harus mengadakan dialog dengan ketua negeri BN masing-masing dan menunjukkan sumbangan MCA kepada masyarakat Cina.
  8. Pengurusan aset Parti dengan baik. Sebuah syarikat pengurusan aset telah dilantik untuk memastikan bahawa aset-aset Parti dijaga dengan baik, dan mereka harus menyerahkan laporan kepada Majlis Presiden 3 kali setahun.
 
Perhimpunan Agung Tahunan

Perhimpunan Agung Tahunan Ke 57 diadakan pada 10 Oktober, dan merupakan AGM pertama yang diadakan selepas pemilihan baru 328. Ia juga merupakan acara bersejarah dimana Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Sri Najib Razak telah melancarkan upacara pembukaan untuk kali pertama.

Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah menggesa semua ahli untuk bersatu-padu, kerana jika Parti tidak ada perpaduan ia susah mendapat sokongan masyarakat awam. Beliau juga mengingati ahli-ahli MCA bahawa jika BN memenangi PRU seterusnya tanpa sokonga masyarakat Cina, MCA akan dianggap sebagai tidak berkesan dalam bidang politik.

Acara tersebut juga menyaksikan pelancara laman web baharu dan akaun Facebook rasmi Parti bersama-sama dengan Perdana Menteri. Selain itu, Presiden juga telah memperkenalkan akaun Facebook rasminya.

 
Ke Arah Pilihan Raya Kecil, Kepulangan Sokongan Masyarakat Cina

Sejurus mengambil alih tampuk kepimpinan Parti, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah menghadapi cabaran pertamanya dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada 25 April.

Berbanding dengan PRU 308 dimana sebanyak 35% masyarakat Cina telah menyokong BN, satu kajian sebelum PRK Hulu Selangor menunjukkan bahawa jumlah tersebut telah jatuh ke 14%. Selain itu, MCA baru sahaja selesaikan pertikaian dalamannya yang berlangsung selama setahun. Walaubagaimanapun, keputusan PRK menunjukkan bahawa sokongan masyarakat Cina telah meningkat ke 28% yang dianggap agak memuaskan memandangkan keadaan semasa.

Pada 4 November, pilihan raya kecil untuk kerusi DUN Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah diadakan. BN telah berjaya mengekalkan undi masyarakat Cina, dan menang dengan majoriti 1,190 dan 6,359 undi masing-masing. Kemenangan ini diikuti oleh PRK DUN Tenang, Johor pada 30 Januari 2011, serta PRK DUN Merlimau, Melaka dan PRK DUN Kerdau, Pahang yang diadakan pada 6 Mac 2011. Dalam semua PRK tersebut, MCA berjaya meningkatkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN untuk mencapai kemenangan. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa barisan kepimpinan MCA baharu telah melaksanakan strategi dan cara kepimpinan yang betul.

 
Konvensyen Barisan Nasional Ketiga”

Pada 5 Disember, Konvensyen BN ketiga diadakan di Wisma MCA untuk kali pertama. Dalam ucapannya, Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek mengatakan bahawa tidak harusnya ada hubungan “abang besar” dan “adik bongsu” dalam BN kerana semua komponen-komponen mempunyai suara sama. Beliau juga menyuarakan pendapat MCA bahawa dasar-dasar kerajaan tidak boleh diumumkan semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO atau Majlis Tertinggi UMNO kerana ia bukan Kabinet. Beliau juga menasihati pemimpim-pemimpin BN untuk elak menggunakan perkataan-perkataan sensitive seperti “pendatang”, “penumpang”, dan “ketuanan Melayu”. Walaupun beliau dikritik oleh pemimpin-pemimpun UMNO, termasuk Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein, beliau tidak berganjak daripada pendiriannya.

 
Yayasan Perubatan 1MCA

Pada 28 September, Yayasan Perubatan 1MCA telah ditubuhkan untuk membantu semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan perubatan tetapi tidak miliki insurans atau tidak mampu membayar perbelanjaan tinggi dari hospital swasta.

Pada 14 Oktober, seorang bayi berusia 4 bulan, Ang Tien Teck, yang mengalami penyakit jantung berlubang telah menjadi penerima pertama Yayasan Perubatan 1MCA, dan Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek juga mengumumkan bahawa MCA akan membayar apa-apa kekurangan dalam bil hospital apabila melawatnya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur.

 
Pelajar-pelajar UEC dibenarkan belajar di kolej perguruan

Pada 6 Disember, Presiden telah mengumumkan bahawa kerajaan telah menerima candangan MCA untuk membenarkan pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat kredit dalam BM dan 3 subjek yang lain (termasuk Bahasa Cina) boleh memohon untuk belajar di kolej perguruan. Ini merupakan kejayaan besar yang pertama untuk sekolah-sekolah persendirian Cina dalam tempoh 30 tahun lalu.

 
Laporan Pengurusan Aset Parti

Jawatankuasa khas yang bertanggungjawab mengurus aset-aset Parti telah menghantar laporan pertamanya kepada Majlis Presiden dan Jawatankuasa Pusat pada bulan Disember.

 
2011
Peningkatan Jumlah SJKC; 15 sekolah baru dibina dan 76 ditempatkan semula

Sejak kemerdekaan negara, ia tidak boleh dinafikan bahawa jumlah SJKC telah menurun sejak beberapa tahun lalu. Ini kerana taburan masyarakat Cina di kawasan Bandar telah meningkat, lalu menyebabkan penurunan pelajar-pelajar SJKC di kawasan luar Bandar. Kerajaan BN tidak pernah menutup SJKC dengan sengaja, dan semua SJKC yang ditutup adalah kerana kekurangan pelajar. Ia merupakan keperluan undang-undang bagi setiap sekolah, tidak kira SJKC, SK, SJKT atau sekolah agama, untuk menutup jika mengalami kekurangan pelajar. Akan tetapi, pihak pembangkang telah menggunakan isu ini untuk membuat tuduhan yang tidak benar.

Kerajaan BN memberi keutamaan terhadap hak-hak pelajar Cina untuk membelajari Bahasa ibunda mereka. Melalui usaha MCA, kerajaan telah mengumumkan bahawa mana-mana SJKC yang mengalami kekurangan pelajar tidak akan ditutup secara automatic. MCA pula akan membantu menempatkan semula sekolah tersebut ke kawasan yang lain.

Dari 1999 hingga 2011, kerajaan telah membina 15 sekolah baru dan menempatkan semula 76 SJKC. Dalam tempoh 2008 hingga 2011, MCA telah bekerjasama dengan Dong Zong dan PIBG untuk mendapat pertuntukan RM95 juta dari kerajaan untuk membina 7 SJKC baru dan menempatkan semula 13 SJKC. Kerajaan juga telah meluluskan cadangan untuk merizabkan tanah-tanah tertentu untuk pembinaan SJKC baru.

Semasa tempoh ketua pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan, jumlah SJKC hanya 1,281, tetapi kini jumlahnya telah meningkat ke 1,291 atas usaha-usaha MCA.

 
Penubuhan Yayasan 1MCA

Pada 27 Februari, MCA telah menubuhkan 1Malaysia Community Alliance Foundation (Yayasan 1MCA) untuk memberi perkhidmatan awam kepada masyarakat. Dalam tempoh 3 bulan, ia telah berkembang ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu. Melalui penggunaan kenderaan mudah alih perkhidmatan, MCA berjaya mencapai matlamatnya untuk berkomunikasi dengan rakyat dan meringankan beban mereka. Kenderaan-kenderaan tersebut membekalkan bantuan dan perkhidmatan dari segi pemeriksaan kesihatan percuma, nasihat guaman percuma, permohonan bantuan kebajikan, permohonan pinjaman PKS, dan permohonan kewarganegaraan.

 
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)

Pada 22 Februari, sebanyak 2,201 ahli perwakilan (03.18%) daripada jumlah 2,362 ahli perwakilan telah menuntut sebuah EGM diadakan untuk meminda Perlembagaan Parti untuk menangguhkan pemilihan parti untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum.

Pada 13 Mac, EGM tersebut telah diadakan dan dihadir 1,894 (80.19%) ahli perwakilan. Cadangan meminda Perlembagaan Parti telah menerima sokongan 1,827 (99.07%) ahli perwakilan. Dengan ini, pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada bulan Mac telah ditangguh tidak lebih daripada 6 bulan selepas adanya Pilihan Raya Umum.

 
Tidak Menerima Jawatan Kerajaan

Pada 28 April, Majlis Presiden telah mengumumkan keputusan untuk tidak menerima jawatan kerajaan, dari peringkat Kabinet dan kerajaan persekutuan sehingga kerajaan tempatan, jikalau prestasi MCA dalam PRU akan datang adalah lebih teruk daripada PRU ke-12. Keputusan tersebut akan menjejaskan seramai 11,000 pemimpin MCA, dan membuktikan bahawa MCA berpegang teguh kepada prinsip demokrasi dan menghormati kehendak masyarakat Cina. Dalam sejarah negara, tidak pernah ada parti politik yang telah membuat keputusan seperti ini.

 
Kerjasama dengan university-universiti Taiwan

Pada 3 Ogos, MCA mengumumkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia sekarang boleh mempelajari latihan vokasional di 6 universiti-universiti Taiwan di bawah “Program Kemahiran Malaysia-Taiwan”. Kursus-kursus tersebut yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Vokasional MCA adalah percuma kerana ia dibiayai oleh kerajaan Taiwan. Program tersebut dijangka akan membantu para pelajar menjimatkan RM20,000.

 
Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA

Pada bulan September, MCA telah melancarkan Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA yang berjumlah RM30juta untuk membantu pelajar-pelajar tanpa mengira kaum. Pinjaman 5 tahun pertama adalah tanpa faedah, dan program tersebut bertujuan memberi pinjaman kepada 250 pelajar setiap tahun untuk melanjutkan pelajaran mereka.

 
Pendirian Teguh Terhadap Hukum Hudud PAS

Pada bulan September, PAS telah menimbulkan kontroversi apabila PAS menghidupkan semula isu hukum hudud. MCA enggan berganjak daripada pendirian kami, dan ini membawa kepada bantahan daripada PAS. Walapun DAP telah menyuarakan bantahannya, tetapi DAP tidak mengambil apa-apa langkah konkrit. Ini membuktikan DAP tidak berani menentang PAS dan telah gagal mengawal PAS daripada melaksanakan hukum hududnya di Kedah dan Kelantan.

 
Enam Konsensus Isu SMJK

Pada bulan November, MCA telah mencapai 6 persetujuan dengan kerajaan mengenai SMJK, termasuk: penubuhan dana khas tambahan, pembinaan lebih banyak SMJK, mengadakan sekurang-kurangnya 5 waktu pelajaran Bahasa Cina seminggu, kenaikan pangkat automatik untuk pengetua ke gred DG52, tindakan susulan menyelesaikan kekurangan guru, dan langkah susulan menjadikan Bahasa Cina sebagai subjek wajib dalam SPM.

Selain itu, SMJK Chan Wan, Seremban dan SMJK Jit Sin 2, Pulau Pinang juga dibenarkan beroperasi sebagai SMJK yang mempunyai lembaga, pengetua dan pentadbiran tersendiri, lalu meningkatkan jumlah SMJK dari 78 ke 80 sejak kemerdekaan negara.

 
Anugerah Kebudayaan 1Malaysia

MCA telah mengadakan Anugerah Kebudayaan 1Malaysia dari 4 Januari hingga 28 Februari. Anugerah tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia atau persatuan-persatuan, dan anugerah dibahagikan kepada kategori Cina dan bukan Cina, dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000. Tujuannya adalah untuk menghargai sumbangan pekerja-pekerja dalam bidang kebudayaan serta menggalakkan konsep 1Malaysia.

Anugerah Kebudayaan 1Malaysia yang pertama telah diadakan pada 19 November, dan dimenangi oleh composer terkenal, Shen Ping Kwang untuk filem “Proudly We Sing Our Songs, We Love Malaysia”, dalam kategori Cina, manakala pengarah filem mendiang Yasmin Ahmad untuk filem “Muallaf” dalam kategori bukan Cina.

 
2012
Skim Mikro-Kredit untuk Belia 1MCA

Pada bulan Januari, MCA telah menubuhkan Skim Mikro-Kredit untuk Belia yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 21-40 tahun tanpa mengira bangsa. Jumlah maksimum pinjaman yang boleh dimohon adalah RM20,000 dengan kadar faedah 7% setiap tahun. Tempoh pinjaman adalah dari 3 hingga 5 tahun. Skim tersebut ditubuhkan untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang keusahawanan dan memulakan atau mengembangkan perniagaan sendiri.

Kadar faedah 7% juga amat rendah kalau dibandingkan dengan kadar faedah 11-12% yang ditawar skim pinjaman yang lain. MCA juga telah membekalkan kursus latihan kepada para pemohon skim tersebut mengenai konsep keusahawanan, pinjaman bank, perancangan cukai dan pengetahuan undang-undang. Para pemohon juga akan dilibatkan dalam rangkaian untuk berkongsi maklumat dan meningkatkan produktiviti. Skim tersebut merupakan kerjasama antara Kojadi dan KSM.

 
Program-program Kebajikan Ahli-Ahli MCA

Pada 26 April, Jawatankuasa Pusat telah mengambil keputusan membeli Skim Insurans Berkelompok 1MCA bagi ahli-ahli Parti. Premium skim insuran tersebut akan dibiayai oleh Ibu Pejabat Parti. MCA merupakan parti politik yang pertama di Malaysia yang menawarkan skim insurans kepada ahli-ahlinya. Ini kerana MCA selalu menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan ini merupakan salah satu cara menunjukkan penghargaan Parti kepada mereka.

Selain daripada skim insurans untuk ahli-ahli Parti, MCA juga telah melancarkan beberapa program kebajikan lain, seperti “Penghargaan Kepada Veteran” dimana semua ahli yang berumur 60 tahun ke atas telah menerima angpow bernilai RM100, dan “Happy Mama” dimana angpow bernilai RM200 diberi kepada semua ibu bapa baru.

 
Debat antara MCA dengan DAP

Pada 18 Februari, Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah membahas mengenai tajuk “Adakah sistem 2 parti menjadi sistem 2 kaum?”. Debat tersebut dijalankan dalam Bahasa Cina dan disiarkan secara langsung di televisyen. Antara isu yang dibangkitkan adalah percanggahan pendirian DAP dan PAS atas isu hudud.

Pada 8 Julai, Presiden dan Lim Guan Eng telah bertemu sekali lagi untuk membahaskan tajuk “DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat” yang diadakan dalam Bahasa Inggeris. Antara isu yang dibangkitkan adalah isu Talam Corporation dan kelemahan tadbir urus dalam kerajaan PKR Selangor, serta langkah-langkah transformasi yang diambil Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.

Walaubagaimanapun, Majlis Presiden telah memutuskan untuk tidak lagi mengambil berbahas dengan DAP kerana Lim Guan Eng sering mengelak daripada menjawab soalan yang dituju kepadanya, dan kerana Guan Eng selalu mengkritik MCA tanpa bukti.

 
2013
Pilihan Raya Umum Ke-13

Parlimen telah dibubarkan pada 3 April, dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan 20 April sebagai hari pencalonan dan 5 Mei sebagai hari pengundian. MCA telah bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN.

MCA dan BN telah menekankan program-program transformasi yang telah dilaksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP), serta pemansuhan undang-undang yang dianggap tidak berdemokratik, dan perkembangan ekonomi yang kuat.

MCA juga telah mengkritik kelemahan pakatan pembangkang seperti ketidaktentuan calon Perdana Menteri, dan janji-janji populis yang tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan membawa negara menjadi bankrap. MCA juga menekankan bahawa PAS tidak pernah melepaskan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Akan tetapi, pihak pembangkang telah menyebarkan fitnah melalui media baru dan media sosial bahawa proses pengundian tidak telus dan tidak berdemokratik. Ini telah membangkitkan perasaan marah terhadap BN, walaupun ia kemudiannya dibuktikan tidak benar.

Akhirnya, MCA mengalami kekalahan teruk dan hanya memenangi 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. Keseluruhannya, BN gagal memenangi majoriti dua pertiga (2/3) dalam Parlimen, serta gagal menang balik Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, tetapi berjaya tumpaskan Pakatan Rakyat di Kedah. Hampir 90% pengundi Cina telah menolak BN dalam satu fenomena yang digelar sebagai “tsunami Cina”. Ini telah menghasilkan sebuah sistem 2-kaum, dimana masyarakat Melayu dilihat sebagai pro-BN, manakala masyarakat Cina dilihat sebagai pro-pembangkang.

 
MCA Menolak Jawatan Kerajaan

Sejurus akhirnya PRU-13, Presiden mengumumkan bahawa MCA akan menunaikan janjinya untuk menolak jawatan kerajaan. Sementara itu, beliau juga mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan Parti yang akan datang.

Pada 11 Mei, Majlis Presiden mengumumkan bahawa walaupun MCA tidak akan menerima jawatan kerajaan, MCA tidak akan menutup pusat perkhidmatannya. Selain itu, Timbalan Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai dilantik untuk mengetuai jawatankuasa khas untuk mengkaji hala tuju Parti yang baru untuk masa depan.

 
Isu Pelantikan Tee Siew Kiong sebagai Exco Johor

Pada 14 Mei, ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, telah dilantik sebagai ahli exco oleh Sultan Johor. Langkah ini mencetus kontroversi kerana ia bercanggah dengan keputusan MCA untuk menolak semua jawatan kerajaan. Sultan Johor telah menjelaskan bahawa lantikan tersebut dibuat walaupun baginda mengetahui keputusan MCA kerana baginda berpendapat bahawa semua rakyat mesti diwakili dalam exco negeri.

Walaupun Datuk Tee Siew Kiong tidak boleh menolak perlantikannya, Presiden mengumumkan bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadapnya. Akhirnya, pada 14 Jun Datuk Tee Siew Kiong telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dan ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor MCA, dan Ketua Bahagian Pontian MCA. Majlis Presiden kemudian melantik Dato’ Tan Chin Meng sebagai Setiausaha Organisasi yang baru.

Pada 5 September, Jawatankuasa Pusat telah menarik balik keputusan awalnya untuk menggantung keahlian Datuk Tee Siew Kiong selama 3 tahun.

 
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM 1020)

Pada 9 September, Tan Sri Liow Tiong Lai, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dato’ Yu Chok Tow, bersama-sama dengan 11 ahli Jawatankuasa Pusat, telah mengemukakan permohonan untuk satu Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Pusat untuk meggantung keahlian Datuk Tee Siew Kiong.

Pada 10 September, Majlis Presiden telah memutuskan untuk menangguhkan permohonan tersebut berikutan beberapa isu teknikal yang melibatkan nasihat perundangan mengenai Perlembagaan Parti.

Pada 30 September, 20 ahli Jawatankuasa Pusat yang diwakili Datuk Edward Khoo Keok Hai, Dato’ Ei Kim Hock dan Datuk Tan Chin Meng telah mengemukakan permohonan untuk satu EGM untuk mengundi mengenai usul-usul tersebut:

  1. Mencela Tan Sri Liow Tiong Lai di atas sebab-sebab di bawah:
    1. Keengganan beliau untuk menerima dan menghormati keputusan kolektif Majlis Presiden dan Jawatankuasa Pusat yang disertainya, contohnya kes-kes disiplin dan sebagainya.
    2. Gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik selaku Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya Imim untuk membuat persediaan yang diperlukan, melaksanakan strategi yang efektif dan hubungan media yang baik yang membawa kepada prestasi buruk Parti dalam PRU-13
  2. Membatalkan resolusi Parti yang diluluskan pada Mesyuarat Agung MCA 2011 dan 2012 untuk membolehkan ahli Parti menerima jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan sebarang jawatan Kabinet lain
  3. Ahli Parti boleh menerima pelantikan sebagai ahli Dewan Negara atau sebarang jawatan dalam kerajaan seperti ahli Lembaga Pelawat Hospital dan syarikat milik kerajaan (GLC)
  4. Ahli Parti boleh menerima pelantikan jawatan di peringkat kerajaan negeri, Exco, Ahli Majlis Tempatan, Ketua Masyarakat atau sebarang jawatan kerajaan negeri yang dianggap bersesuaian untuk Parti.

Pada 3 Oktober, Jawatankuasa Pusat telah memutuskan bahawa EGM akan diadakan pada 10 Oktober di Dewan San Choon.

Seramai 2,199 (92.2%) para perwakilan telah hadir untuk undi. Speaker Datuk Yik Phooi Hoong kemudian mengumumkan keputusan seperti berikut:

Resolusi (1) : 965 Sokong ; 1,190 Tidak Sokong ; 34 Undi Rosak
Resolusi (2) : 1,080 Sokong ; 1,090 Tidak Sokong ; 18 Undi Rosak
Resolusi (3) : 1,666 Sokong ; 513 Tidak Sokong ; 10 Undi Rosak
Resolusi (4) : 1,709 Sokong ; 472 Tidak Sokong ; 7 Undi Rosak

 
Pemilihan Parti - Tan Sri Liow Tiong Lai Presiden Baru MCA

Pada pemilihan Parti tahun ini, sebanyak 72 calon telah bertanding menjadi ahli Jawatankuasa Pusat pada 21 Disember.

Tan Sri Liow Tiong Lai telah dipilih sebagai Presiden, dan Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Timbalan Presiden. Naib-naib Presiden yang dipilih adalah Dato’ Lee Chee Leong, Dato’ Dr Hou Kok Chung, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun. Sementara itu, Chong Sin Woon dan Datuk Heng Seai Kie telah dipilih sebagai Ketua Pemuda dan Wanita masing-masing.

 
2014
Penubuhan Jawatankuasa Transformasi MCA

Selepas kekalahan teruk MCA pada PRU-13, Majlis Presiden telah melantik Tan Sri Liow Tiong Lai untuk mengetuai Jawatankuasa Transformasi MCA pada 11 Mei 2013.

Tugas-tugas jawatankuasa tersebut adalah untuk mengkaji dan membentangkan Pelan Transformasi dalam tempoh 3 bulan. Antara langkah-langkah yang diambil jawatakuasa tersebut adalah memulakan dialog di seluruh negara untuk mengumpul pendapat akar umbi Parti, mengadakan seminar dengan pertubuhan-pertubuhan Cina dan pihak media, seta mengadakan lawatan bekerja ke Taiwan dan China.

Laporan tersebut telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pusat pada 5 September 2013, dan pada 16-18 Januari 2014, sebuah kem brainstorming telah diadakan di Genting Highlands bersama-sama dengan barisan kepimpinan baru dari MCA, Pemuda dan Wanita untuk membincangkan plean transformasi MCA.

Hasil daripada perbincangan tersebut telah dibentangkan kepada Majlis Presiden pada 21 Januari 2014 untuk perbincangan selanjutnya, di mana ianya telah menggariskan bidang tugas, jadual waktu dan KPI untuk pemimpin-pemimpin yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan transformasi.

Bagi membolehkan akar umbi Parti memahami dengan lebih mendalam Pelan Transformasi MCA, Ibu Pejabat telah menerbitkan buku “Panduan Transformasi MCA” yang merangkumi 11 hala tuju:

  1. Pembersihan daftar keahlian, pembaharuan proses pemilihan Parti
  2. Mekanisme pemilihan calon PRU
  3. Pemubuhan Bilik Gerakan PRU Tetap
  4. Mendokumentasi sejarah Parti
  5. Pembaharuan latihan kader
  6. Mekanisme latihan menghadapi PRU
  7. Kajian sikap dan pendapat umum
  8. Mendekati golongan belia dan wanita
  9. Semangat sukarelawan Parti
  10. Pembaharuan publisiti dan media dalam talian
  11. Peranan MCA dalam kerajaan dan pembaharuan BN
 
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM 223)

Pada 12 Februari, Setiausaha Agung telah menerima petisyen yang ditandatangani 1,936 para perwaklian pusat (81.3%) untuk mengadakan EGM untuk mengundi atas usul bahawa Parti harus menerima semua jawatan kerajaan pada semua peringkat.

EGM tersebut diadakan pada 23 Februari, bersama dengan sambutan ulang tahun MCA ke-65, dan sebanyak 1,982 para perwakilan (83.28%) telah hadir. Pengundian dilakukan secara mengangkat tangan, dan resolusi tersebut diluluskan dengan sokongan majoriti, di mana hanya 5 undi tidak bersetuju dan 4 undi berkecuali.

 
Pilihan Raya Kecil DUN Kajang - Sokongan Cina meningkat

Pada 28 Januari, ADUN Kajang PKR Lee Chin Cheh telah meletak jawatan untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Walaupun ada beberapa pemimpin BN yang berpendapat bahawa UMNO patut bertanding, tetapi MCA tegas mahu bertanding.

Pada 21 Februari, MCA telah membuat tinjauan untuk mendapat maklum balas mengenai calon yang paling sesuai, dan hasilnya menunjukkan bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun adalah calon terbaik. Ini merupakan salah satu langkah utama dalam pelan transformasinya.

Pada hari penamaan calon pada 11 Mac, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dapat bertanding kerana menghadapi kes mahkamah. Akhirnya, Datin Seri Wan Azizah menjadi calon PKR untuk bertanding.

Keputusan hari pengundian pada 23 Mac menunjukkan bahawa calon MCA Datin Paduka telah kalah dengan majoriti 5,379 undi. Walaupun begitu, MCA telah berjaya meningkatkan sokongan Cina dari 18% ke 25% berbanding PRU-13 dan berjaya mengurangkan majoriti PKR.

 
Tragedi MH370

Pada 8 Mac, kapal terbang Malaysia Airlines MH370 telah hilang secara mengejut. Sejurus mengetahui berita ini, Ketua Turus Pejabat Presiden MCA, Dato’ Yu Chok Tow telah bergegas ke KLIA untuk mendapatkan maklumat terkini. Pasukan CRSM turut bergerak ke KLIA untuk memberi bantuan. Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai juga telah mengiringi Perdana Menteri di KLIA untuk sidang media pertama.

Pasukan CRSM telah memberi bantuan kepada keluarga-keluarga mangsa dari segi kaunseling dan penterjemahan. Pada 10 Mac, Naib Presiden dan calon MCA di PRK DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun, telah mengambil masa dari kempennya di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang untuk memberi sokongan kepada para sukarelawan CRSM. Pada 28 Mac, Datin Paduka Chew Mei Fun telah dilantik sebagai Duta Khas untuk keluarga-keluarga mangsa dari China. Pada 31 Mac hingga 1 April, beliau telah mengiringi Timbalan Menteri Luar Negara Datuk Hamzah Zainuddin ke China.

Pada 19 Mac, MCA telah menganjurkan satu sesi “Sembahyang untuk MH370” semasa Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dimana pemimpin-pemimpin pelbagai agama telah dijemput untuk berdoa bersama-sama. Pada 6 April, MCA sekali lagi menganjurkan sesi sembahyang bersama-sama dengan Persatuan Buddha Malaysia, Fo Guang Shan Malaysia, Buddha’s Light International Association of Malaysia, Persatuan Belia Buddha MalaysiaBuddhist Maha Vihara, Majlis Buddha Vajrayana, Majlis Perundingan Buddha Malaysia di Wisma MCA yang dihadiri 4,000 orang.

 
Hukum Hudud PAS

Pada awal bulan April, PAS mengumumkan niatnya untuk membentangkan Rang Undang-undang Prersendirian di Parlimen pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Pada 17 April, MCA bersama-sama dengan parti-parti komponen BN Gerakan, SUPP dan LDP telah mengeluarkan satu kenyataan bersama yang mengisytiharkan pendirian kami untuk menentang hukum hudud PAS serta mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Pada 10 Mei, sebuah Jawatankuasa Pertahankan Perlembagaan telah ditubuhkan di bawah Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong untuk menggembleng tenaga dari semua pihak untuk menentang rancangan PAS. Sementara itu, Jawatankuasa Pusat serta biro-biro dan jawatankuasa khas semua peringkat dari MCA, Pemuda dan Wanita telah melancarkan petisyen untuk menaikkan kesederana pihak awam dan menyuarakan bantahan terhadap hukum hudud.

Akhirnya, PAS terpaksa mengalah dan menangguhkan rancangannya untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendiriannya di Parlimen.

 
Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor

Pada 17 April, ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP Karpal Singh telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas mengambil kira keadaan politik semasa, MCA telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerana ingin menumpukan usaha untuk mempertahankan Perlembagaan dan menghalang niat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dalam Malaysia.

 
Kempen Teguh Bersama

Pada 17 April, satu bengkel “Teguh Bersama” telah dianjurkan dimana ahli-ahli dari MCA, Pemuda dan Wanita telah membincangkan program-program transformasi jangka masa pendek dan panjang dalam 6 bidang; iaitu politik, ekonomi, budaya, pendidikan, belia dan wanita.

Pada 3 Mei, kempen “Teguh Bersama” telah diadakan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) yang dihadiri 4,000 ahli-ahli Parti. Kempen tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak. Dalam ucapannya, beliau telah menggambarkan masyarakat Cina sebagai inovatif, bersemangat keusahawanan dan bekerja keras untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Kempen “Teguh Bersama” meliputi 3 aspek; iaitu perpaduan Parti, perpaduan masyarakat Cina, dan perpaduan sejagat. Kepentingan perpaduan diberi penekanan dalam ucapan Presiden kerana ia mampu membantu MCA berkembang dan membawa masyarakat Cina masa depan yang cerah, di samping bekerjasama dengan kaum-kaum lain.

 
Rombakan Kabinet

Pada 25 Jun, Perdana Menteri telah mengumumkan rombakan Kabinet dimana MCA telah diberi 2 jawatan Menteri dan 3 Timbalan Menteri. Dalam ucapannya, Perdana Menteri telah menekankan kepentingan kemasukan semula MCA dalam Jemaah Menteri yang merupakan kesinambungan amalan perkongsian kuasa dalam BN.

Presiden menjelaskan bahawa kemasukan semula MCA dalam Kabinet merupakan tanggungjawab Parti kepada masyarakat Cina.

Wakil-wakil MCA dalam Kabinet adalah seperti berikut:

Menteri PengangkutanTan Sri Liow Tiong Lai
Menteri di Jabatan Perdana MenteriDatuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri KewanganDatuk Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatDatin Paduka Chew Mei Fun
 
Lawatan Rasmi MCA ke China

Dari 17 hingga 20 Julai, Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai telah mengetuai satu rombongan atas lawatan kerja ke China. Akan tetapi, malang tidak berbau apabila tragedy MH17 berlaku di Ukraine pada hari pertama lawatan tersebut. Selaku Menteri Pengangkutan, Presiden terpaksa pulang balik ke Malaysia untuk menguruskan tragedi tersebut. Rombongan kemudian diketuai oleh Setiausaha Agung Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan Naib Presiden Dato’ Dr Hou Kok Chung,

Dalam lawatan 3 hari tersebut, rombongan MCA telah mengunjungi Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (CPC), pemimpin-pemimpin sekolah politik, pusat-pusat aktiviti dan alin-lain lagi.

Hasil utama daripada lawatan tersebut adalah memorandum kerjasama (MoC) antara 2 parti yang telah ditandatangani Setiausaha Agung Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan Timbalan Menteri Jabatan Antarabangsa CPC, Chen Fengxiang, dan disaksikan oleh Naib Presiden Dato’ Dr Hou Kok Chung dan Menteri Jabatan Antarabangsa CPC, Wang Jiarui.

Kedua-dua pihak turut mencapai persefahaman mengenai perkara-perkara berikut:

  1. Mengekalkan hubungan rapat di peringkat atasan, meningkatkan pertukaran pengalaman dalam mentadbir parti dan urusan kerajaan
  2. Mengukuhkan pertukaran kakitangan di pelbagai peringkat, dan melalui perkongsian maklumat, pertukaran ideologi politik dan pengalaman dalam pembangunan parti dan peningkatan pemahamanberkenaan parti dan negara di antara satu sama lain demi menggalakkan pembangunan bersama
  3. Bekerjasama dalam melatih pegwawai parti untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan pegawai bagi kedua-dua parti
  4. Menggalakkan badan pemikir (think-tanks), mediadan pertubuhan-pertubuhan lain dari kedua-dua pihak untuk menjalankan pertukaran mesra, untuk menyatukan pendapat awam berkenaan hubungan baik di antara kedua-dua negara
 
Tragedi MH17

Pada 17 Julai, kapal terbang Malaysia Airlines MH17 yang membawa 298 penumpang dan kru dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia dan mengorbankan semua orang. Presiden Dato’ Sri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan telah bergegas pulang dari tugasnya di Beijing, China dengan serta merta.

Pada hari berikutnya, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak telah berhubungan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, untuk menyuarakan 3 tuntutan Malaysia, iaitu; bahawa semua pihak yang terlibat akan memastikan keselamatan anggota operasi pemulihan bangkai MH17; bahawa pihak-pihak tersebut tidak mencemari buktil dan jika hasil siasatan mengesahkan bahawa MH17 ditembak, bahawa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Sebaik sahaja Presiden tiba di KLIA pada 18 Julai, beliau telah menerima taklimat daripada unit-unit berkenaan dan menyeleraskan operasi pencarian. Kemudian, beliau telah menyampaikan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa dan mengadakan sidang media untuk menyampaikan maklumat terkini.

Pada waktu pagi 19 Julai, Presiden telah mengiringi Perdana Menteri untuk melawat keluarga-keluarga mangsa. Pada waktu malam hari sama, beliau telah berlepas ke Ukraine untuk mengendalikan operasi pencarian. Di sana, beliau telah bertemu dengan Duta Malaysia di Ukraine, dan bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine. Pada 21 Julai, beliau telah mempengerusikan mesyuarat Siasatan Khas dimana beliau telah berjaya memperolehi kebenaran bagi 3 pakar Malaysia untuk memasuki kawasan kemalangan.

Pada 22 Julai, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib telah mengumumkan bahawa Malaysia telah mencapai persetujuan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk menghantar semua mayat mangsa-mangsa ke Amsterdam, bahawa kotak hitam MH17 akan diserahkan kepada pasukan siasatan Malaysia, dan pasukan siasatan antarabangsa dibenar memasuki kawasan kemalangan. Ini merupakan satu kejayaan diplomatik yang besar bagi kerajaan Malaysia. Dato’ Sri Liow kemudian telah berjumpa dengan Perdana Menteri Belanda untuk menyeleraskan penerimaan dan pengendalian mayat-mayat mangsa.

Pada 24 Julai, Presiden telah mewakili Malaysia semasa upacara penerimaan mayat-mayat mangsa di Belanda. Sementara itu, 39 ahli Pasukan Pengenalpasti Mayat Mangsa (DVI) dari Malaysia yang terdiri daripada pakar ahli forensik dan profesional perubatan akan berpusat di Belanda untuk membantu mengenalpasti mayat mangsa.

Walaupun Presiden telah pulang ke Malaysia pada 24 Julai, tetapi beliau terus mengendalikan kerja-kerja susulan. Kementerian Pengangkutan di bawah kepimpinan Tan Sri Liow telah teruskan fungsinya sebagai sekretariat tragedi MH17. Selain itu, Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong telah dilantik Kabinet untuk mengendalikan mayat-mayat mangsa Malaysia yang bukan Islam.

Pada 22 Ogos, kumpulan pertama 20 jenazah mangsa telah selamat dikembalikan ke Malaysia dalam satu upacara penerimaa mayat, dan Ibu Pejabat MCA telah mengadakan majlis berkabung pada masa sama yang dihadiri seribu orang.

 
Bantuan Banjir Pantai Timur

Pada bulan Disember, sebuah banjir yang terbesar dalam 40 tahun telah melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang lalu menjejaskan berpuluh ribu penduduk yang terpaksa dipindahkan. MCA dengan segera telah mengerahkan pasukan sukarelawan CRSM untuk menghulu bantuan di samping melancarkan Dana Bantuan Banjir Pantai Timur pada 23 Disember.

Pada 29 Disember 2014, MCA telah menubuhkan Pusat Operasi Bantuan Banjir Pantai Timur di Ibu Pejabat untuk memantau dan menyelaraskan pengumpulan derma dan bekalan, logistik, dan pengagihan bahan bantuan. Sebanyak RM5 juta berjaya dikumpul untuk membantu mangsa-mangsa, iaitu bekalan bantuan bernilai RM2 juta dan wang tunai sebanyak RM3juta. Lebih daripada 1,200 sukarelawan juga telah tampil ke hadapan untuk membantu.

Selepas banjir surut, Pemuda MCA, CRSM dan persatuan-persatuan Cina telah membantu mencari sukarelawan untuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli MCA, Pemuda dan Wanita di semua peringkat.

MCA juga melancarkan program “Kembali ke Sekolah” untuk membantu para pelajar yang terjejas menyambungkan pelajaran mereka dengan selesa. CRSM telah membeli dan mengagihkan sebanyak 10,000 pakaian seragam kepada pelajar-pelajar tersebut dan memperuntukkan RM330,000 kepada 15 SJKC, 2 SMJK dan Sekolah Persendirian Cina Chung Hwa di Kelantan, serta RM100,000 kepada 6 SJKC di Pahang.

MCA juga telah membawa isu banjir tersebut ke Kabinet untuk membincangkan cara-cara membantu mangsa serta merangkakan pelan mitigasi banjir untuk jangka masa panjang. Kerajaan kemudian telah memperuntukkan RM893 juta dalam Bajet 2015 untuk projek mitigasi banjir serta RM800 juta tambahan untuk pembinaan semula infrastruktur di kawasan banjir.


2015 - 2023
2015
Hukum Hudud PAS

Pada 19 Mac, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) dengan sebulat suara.

Oleh kerana pemindaan tersebut turut disokong UMNO Kelantan, ini telah menimbulkan kontroversi. Pada 21 Mac, MCA telah mengadakan taklimat tergempar di Ibu Pejabat untuk pemimpin-pemimpin MCA di semua peringkat untuk menjelaskan pendirian MCA mengenai hudud, serta langkah-langkah yang diambil oleh MCA di BN dan Kabinet.

Pada 24 Mac, MCA telah bertemu dengan persatuan-persatuan Cina untuk membincangkan isu tersebut, di mana satu kenyataan bersama telah dikeluarkan yang menggariskan 5 usul tersebut:

  1. MCA dan persatuan-persatuan Cina sama-sma berikrar untuk mempertahankan sistem demokrasi sekular Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tunggak kepada dasar-dasar negara
  2. MCA dan persatuan-persatuan Cina bersetuju bahawa perlaksanaan enakmen hudud akhirnya akan menghakis sistem sosial yang majmuk, serta mengakibatkan ketidakadilan
  3. MCA dan persatuan-persatuan Cina bersetuju bahawa undang-undang mestilah adil dan menjaga hak semua kaum, sejajar dengan semangat “semua adalah sama di sisi undang-undang”
  4. MCA dan persatuan-persatuan Cina menyokong penuh pentadbiran kesederhanaan oleh Perdana Menteri
  5. Persatuan-persatuan Cina menyokong penuh penentangan MCA terhadap perlaksanaan hudud yang melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan
 
Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pauh

Pada 10 Februari, ketua pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah disabit atas kesalahan meliwat dan dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun. Rayuan beliau untuk pengampunan kepada Yang Di-Pertuan Agong telah ditolak, dan ini telah menyebabkan beliau kehilangan kelayakannya sebagai ahli Parlimen, dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan. MCA telah melantik Naib Presiden Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai penyelaras PRK peringkat negeri kawasan manakala Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong dilantik sebagai penyelaras PRK peringkat pusat.

Hari pengundian telah berlangsung pada 7 Mei, di mana calon PKR Dato’ Seri Wan Azizah telah mengutip 30,316 undi dan memenangi denga majoriti 8,841 undi. Walaupun begitu, BN telah berjaya menarik balik sokongan Cina, terutamanya di kawasan undi Sungai Lembu yang mempunyai majoriti Cina sebanyak 98.7%, di mana BN telah berjaya mencatatkan peningkatan undi sebanyak 13.8%

 
Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Kerusi parlimen Rompin telah diisytiharkan kosong apabila penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah maut dalam satu nahas helikopter pada 4 April. Hari pengundian telah ditetapkan pada 5 Mei, dan MCA telah melantik Ketua MCA Pahang Dato’ Hoh Khai Mun selaku penyelaras peringkat negeri, manakala Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong dilantik sebagai ketua penyelaras peringkat pusat.

Dengan bantuan MCA, calon BN memperolehi 23,796 undi dan menumpaskan calon PAS dengan majoriti 8,895 undi. Selain itu, BN juga berjaya mencatatkan kenaikan sokongan di kawasan-kawasan pengundi yang bermajoriti Cina. Pengembalian sokongan Cina terhadap BN menunjukkan bahawa masyarakat Cina telah menolak hukum hudud oleh PAS.

 
Lawatan sambil belajar ke China

Dari 8 hingga 12 Mei, ahli-ahli Jawatankuasa Pusat diketuai Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai telah menyahut jemputan Parti Komunis China (CPC) untuk mengadakan satu lawatan kerja dengan tujuan merapatkan lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua kerajaan dan meneroka peluang perdagangan, dan bekerjasama dalam bidang-bidang lain.

Rombongan MCA telah bertemu dengan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC merangkap Presiden Central Party School of the CPC, Liu Yunshan, Naib Pengerusi CPPCC merangkap Menteri Jabatan Antarabangsa CPC (IDCPC), Wang Jiarui, TImbalan Menteri IDCPC Chen Fengxiang, Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Ekonomi China, Wu Baocai, serta Timbalan Datuk Bandar Shanghai Ai Baojun.

Rombongan MCA juga telah berkunjung ke Pelabuhan Shanghai, Kawasan Perdagangan Bebas dan Xiaomi Technology. Tempat-tempat lain yang dikunjungi adalah pekan Pangge di kawasan Daxing dan kampung Lihua untuk mempelajari cara-cara membangunkan sebuah kampung yang kurang berdaya menjadi sebuah kampung maju melalui industri eko-pelancongan.

Tan Sri Liow Tiong Lai juga telah mengunjung Kementerian Sumber Air China dan 3 syarikat penerbangan, manakala Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong telah melawat ke Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, pelabuhan perikanan terbuka serta Pasar Borong Makanan Laut. Selain itu, rombongan MCA juga telah bertemu dengan para pelajar dan ahli perniagaan Malaysia yang berada di Shanghai.

Lawatan tersebut menyaksikan upacara menandatangani memorandum kerjasama di antara UTAR dan Akademi Kepimpinan China (CELAP).

 
Dialog Perniagaan China-Malaysia “One Belt One Road” (OBOR)

MCA bersama-sama dengan Pusat Kerjasama Ekonomi China di bawah IDCPC, telah menganjurkan satu sesi dialog bertajuk “OBOR: Dialog Perdagangan China-Malaysia” di Beijing, China yang bertujuan menggalakkan pembangunan ekonomi negara serta membantu ahli perniagaan masyarakat Cina menembusi pasaran China.

Lapan topic yang dibincangkan adalah:

  1. OBOR dan kerjasama China-Malaysia
  2. Pelaburan dan Perdagangan - Tunggak kerjasama ekonomi China-Malaysia
  3. Inovasi Kewangan - Stimulus untuk perkembangan kerjasama China-Malaysia
  4. Industri Kecil dan Sederhana - Daya penggerak untuk kerjasama China-Malaysia
  5. Pembangunan Infrastruktur - Sektor utama di bawah OBOR
  6. Kerjasama pelabuhan China-Malaysia
  7. ‘Internet+’ - Pemangkin pembangunan transformasi
  8. Kerjasama dan pensijilan makanan dan barangan halal China-Malaysia

Presiden telah mengetuai satu rombongan yang terdiri daripada 162 wakil kerajaan dan ahli perniagaan untuk menghadiri dialog tersebut. Acara itu turut menyaksikan penandatanganan 7 memorandum kerjasama antara syarikat-syarikat Malaysia dengan China dalam pembangunan pengangkutan kereta api, hartanah, sukan, sarang burung dan durian.

Presiden telah berkata bahawa Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan menjadi pintu masuk untuk China dan akan memperkuatkan hubungan ASEAN-China. Jawatankuasa Pusat Parti juga telah menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal China MCA yang diketuai Timbalan Bendahari Agung Datuk Chuah Poh Khiang untuk menggerakkan oembangunan OBOR. MCA juga telah merancangkan satu lagi dialog OBOR di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada tahun hadapan.

 
Rombakan Kabinet

Pada 28 Julai, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak telam mengumumkan rombakan Kabinet di mana MCA telah diberi satu lagi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II disandang oleh Setiausaha Agung Dato’ Seri Ong Ka Chuan, manakala jawatan Timbalan Menteri Pendidikan disandang oleh Ketua Pemuda Senator Chong Sin Woon. Kini, wakil MCA dalam Kabinet telah meningkat ke 3 Menteri dan 4 Timbalan Menteri.

Tambahan jawatan MCA dalam kementerian-kementerian tersebut adalah selari dengan aspirasi masyarakat Cina, dan selari dengan prestasi baik yang ditunjukkan MCA sepanjang tahun lepas.

Wakil-wakil MCA dalam Kabinet adalah seperti berikut:

Menteri PengangkutanTan Sri Liow Tiong Lai
Menteri di Jabatan Perdana MenteriDatuk Dr Wee Ka Siong
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri IIDato’ Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri KewanganDatuk Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatDatin Paduka Chew Mei Fun
Timbalan Menteri PendidikanChong Sin Woon


Presiden Pertama
Tun Tan Cheng Lock
Presiden Ke-2
Tun Dr Lim Chong Eu

Pemangku Presiden
Dr Cheah Toon Lock
Presiden Ke-3
Tun Tan Siew Sin

Presiden Ke-4
Tan Sri Lee San Choon
Pemangku Presiden
Datuk Dr Neo Yee Pan

Presiden Ke-5
Tan Sri Tan Koon Swan, JP
Presiden Ke-6
Tun Dr Ling Liong Sik

Presiden Ke-7
Tan Sri Ong Ka Ting
Presiden Ke-8
Tan Sri Ong Tee Keat

Presiden Ke-9
Tan Sri Dr. Chua Soi Lek
Presiden Ke-10
Tan Sri Liow Tiong Lai


1949-1950
Semak
1951-1952
Semak
1953
Semak

1954
Semak
1955
Semak
1956-1957
Semak

1958-1959
Semak
1959-1961
Semak
1962-1963
Semak

1963-1964
Semak
1964-1965
Semak
1966-1967
Semak

1967
Semak
1968-1969
Semak
1970-1972
Semak

1972
Semak
1973-1974
Semak
1974
Semak

1975-1976
Semak
1976
Semak
1977-1978
Semak

1979-1980
Semak
1981-1982
Semak
1982-1983
Semak

1983
Semak
1984-1986
Semak
1986 (03/09/1986)
Semak

1987
Semak
1988-1989
Semak
1989
Semak

1990-1992
Semak
1993-1995
Semak
1996-1998
Semak

1999-2002
Semak
2002-2005
Semak
2005-2008
Semak

2008-2010
Semak
2010-2013
Semak
2013-2018
Semak

2018-2023
Semak