Penubuhan Cawangan Baru

Proses bagi Penubuhan Cawangan Baru

  • Mesti ada 5 pencadang untuk menubuh cawangan baru - semua mestilah ahli-ahli Bahagian tersebut
  • Sebuah Cawangan yang sah mesti mengandungi sekurang-kurangnya 50 ahli, termasuk 10 ahli seumur hidup. Sekurang-kurangnya 50% ahli-ahli baru mestlah penduduk atau pengundi tempatan
  • Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian, Negeri ataupun di Ibu Pejabat MCA
  • Segala pertanyaan boleh dibuat terus ke Ibu Pejabat jika tidak menerima jawapan selepas 3 bulan
  • Selepas dilulus, Cawangan baru tersebut mestilah merekrut 50 ahli baru dalam tempoh 6 bulan, termasuk 10 ahli seumur hidup sebagai keperluan minimum. Cawangan tersebut harus memastikan bahawa sekurang-kurangnya 50% daripada ahlinya adalah penduduk ataupun pengundi tempatan supaya Cawangan tersebut boleh didaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Jika tidak, Jawatankuasa Pusat MCA boleh membuat keputusan untuk memansuhkan Cawangan tersebut
  • Semasa merekrut ahli-ahli baru, semua Cawangan baru mesti mematuhi syarat bahawa sekurang-kurangnya 50% daripada ahli-ahli barunya mestilah penduduk atau pengundi tempatan. Syarat ini juga diguna pakai untuk semua Cawangan yang sedia ada.

(Prosedur-prosedur tersebut telah diterima pakai oleh mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA pada 25 Ogos 2006)