Kenyataan media Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, 22 Mei 2023

Pengerusi Barisan Nasional (BN), YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan agar berpegang kepada prinsip dan berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Perlu diingatkan bahawa sebagai Pengerusi BN, beliau haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan PH terutamanya DAP.

Kerjasama antara BN dan PH perlulah ada timbal balas dan menguntungkan kedua-dua pihak.

Ditegaskan juga bahawa apa jua pendirian dan pandangan oleh Parti MCA mestilah dikeluarkan oleh pemimpin MCA, khususnya  Presiden MCA sendiri, bukannya pihak lain.

-MCA online-