Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, PRK ini dijadikan ‘ruang’ untuk memaklumkan rakyat bahawa MCA mampu berdiri teguh atas kaki sendiri dan akan bergerak bersama rakyat.

“Saya berharap pengundi MCA akan memberi peluang kepada MCA untuk menjadi wakil ‘suara’ mereka di DUN Selangor serta bertindak sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan negeri sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan yang parti itu akan menggunakan logo MCA dalam PRK DUN Balakong yang akan diadakan pada 8 September ini.

Tiong Lai berkata, keputusan itu diambil selepas dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang bermesyuarat semalam.

Menurut Sin Woon, peluang ini akan diguna sebaik mungkin untuk memperkuatkan perpaduan dalam kalangan ahli parti serta masyarakat Cina.

- Utusan Online-