27 Ogos 2019

Kenyataan Media Naib Presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng

Mengaa projek terowong masih ditangguh - Ketua Menteri wajar membuat laporan SPRM

Laporan kajian kebolehlaksanaan untuk projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang dimulakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng nampaknya telah tersekat, dan statusnya dikategorikan sebagai “belum selesai” (pending). Sehubungan itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow digesa merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Projek tersebut diselubungi kontroversi dari dulu lagi apabila kontraktor Consortium Zenith dibenarkan memulakan kerja-kerja pembinaan 10 tahun selepas diberi projek tersebut pada tahun 2013. Mengapakah pihak pemaju diberi kelonggaran berikut? Ini tidak munasabah. Sehingga hari ini, pihak pemaju masih gagal mengemukakan laporan kebolehlaksanaan, dan ini membangkitkan soalan mengenai kelayakan syarikat pemaju.

Pada tahun 2017 dan 2018, MCA juga pernah menggesa penjelasan kerajaan negeri mengapa projek mega tersebut dianugerahkan kepada sebuah syarikat fesyen pakaian. Sekarang, pengumuman Ketua Menteri Chow Kon Yeow bahawa laporan kajian kebolehlaksanaan hanya pada tahap 90% penelitian membuktikan bahawa pertanyaan MCA ada asasnya.  

Lebih mengecewakan lagi ialah walaupun laporan berkenaan masih belum siap, tetapi kerajaan Pulau Pinang telah memberi tanah bernilai sebanyak RM280 juta kepada peihak pemaju sebagai bayaran. Malah, pihak pemaju juga telah memulakan pembinaan projek apartmen mewah berskala-besar di atas tanah tersebut.

Ia jelas dilihat bahawa Chow Kon Yeow telah gagal menangani keraguan ini, dan beliau juga tidak berani menyalahkan Ketua Menteri yang sebelumnya. Bagaimanakah beliau akan menjelaskan kontroversi ini kepada penduduk Pulau Pinang?

Dengan ini, MCA menggesa Chow Kon Yeow membuat laporan SPRM ke atas kelewatan projek terowong dasar laut, dan meminta siasatan menyeluruh dijalankan untuk menjelaskan mana-mana keraguan yang wujud dalam projek ini.

-MCA online-