Banner
MENGENAI PRESIDEN

Profile Picture
Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong

Latar belakang

Sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara sejak beberapa dekad dalam senario politik Malaysia, Dr Wee pernah memegang jawatan-jawatan kanan dalam kerajaan sebelum menjadi Presiden MCA semasa pemilihan parti pada tahun 2018.

Dari tahun 2014 sehingga 2018, Dr Wee telah berkhidmat sebagai Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia bertanggungjawab terhadap pembangunan dasar-dasar Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS), program-program mikrokredit dan pembangunan kampung-kampung baharu Cina. Sebelum itu, beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 2008 sehingga 2013.

Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1968 di Jasin, Melaka, dan telah menamatkan penggajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya sehingga mencapai Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan Pengangkutan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada tahun 2017, beliau menjadi pelajar pertama yang bukan warga Singapura untuk menerima Anugerah “The Nanyang Distinguished Alumni Award” dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) susulan penerimaan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Trafik pada tahun 1996.

Dr Wee juga pernah memegang jawatan Ketua Pemuda MCA dan Timbalan Presiden MCA, dan dipilih sebagai ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor untuk 5 penggal berturut-turut sejak 2004. Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Johor, dan juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi untuk MCA Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan.

Semangat Dr Wee untuk membangunkan pendidikan dicerminkan melalui hubungan rapatnya dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dimana beliau merupakan ahli majlis kedua-dua institusi tersebut. Selain itu, beliau juga pernah mempengerusikan Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Cina Kebangsaan dan merupakan ahli majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Dr Wee juga aktif dalam beberapa persatuan kejuruteraan profesional termasuk Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (MIEM) dan Persatuan Kejuruteraan Jalan Asia dan Australasia (REAAA).


Kelayakan Akademik
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Pengangkutan (Universiti Teknologi Malaysia, 2002)
  • Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Trafik (Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, 1996)
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam (Universiti Teknologi Malaysia, 1992)

Kelayakan Profesional
  • Ahli Institut Jurutera Malaysia (MIEM)
  • Jurutera Profesional Bertauliah, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
  • Jurutera Bertauliah, Jurutera APEC (APEC Eng) (MY A 00107)
  • Jurutera Profesional Bertauliah dengan International Professional Engineer (IntPE) (MY E 00107)
  • Perunding EIA Berdaftar di Jabatan Alam Sekitar, Malaysia (I 00235)
  • Ahli Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM)
  • Ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Asia dan Australasia (REAAA)

Pelantikan kerajaan terdahulu dan persatuan bukan kerajaan
  • Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), Penggal XXVI tahun 2007 – 2008, dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan, Malaysia
  • Ahli Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Malaysia pada 2 November 2007
  • Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, Johor Bahru, Johor untuk 3 tahun (sejak 1 January 2004), dilantik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia
  • Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (NECC II/ MAPEN II) tahun 1999-2000, dilantik oleh Perdana Menteri, Malaysia

Jawatan Parti
Jawatan sekarang:-
  1. Presiden MCA
  2. Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional
  3. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Johor
Jawatan parti terdahulu:-
  1. Timbalan Presiden MCA (2013-2018)
  2. Ketua Pemuda MCA Kebangsaan (2008-2013)
  3. Ahli Majlis Tertinggi Pemuda Barisan Nasional (2008-2013)
  4. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Melaka (2008-2013)
  5. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Sabah (2015-2018)
  6. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Negeri Sembilan (2014-2015)
  7. Setiausaha Agung Pemuda MCA Kebangsaan (2005-2008)
  8. Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Kebangsaan (2005-2008)
  9. Pengerusi Bahagian MCA Johor Bahru
  10. Pengerusi Bahagian Pemuda MCA Johor Bahru
  11. Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Johor
  12. Pengerusi Majlis Perundingan Pendidikan Cina Malaysia

Pelantikan Lain
  • Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (sejak November 2018)
  • Ahli Majlis Universiti Tunku Abdul Rahman (sejak 2012)
  • Profesor Kehormat Universiti Tianjin (sejak Disember 2017)

Kerjaya Politik
  1. Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor

    Penggal semasa (2022 hingga sekarang) dipilih 19 November 2022

    Penggal keempat (2018-2022) dipilih 9 Mei 2018

    Penggal ketiga (2013-2018) dipilih 5 Mei 2013

    Penggal kedua (2008-2013) dipilih 8 Mac 2008

    Penggal pertama (2004-2008) dipilih 21 Mac 2004

  2. Menteri Pengangkutan (2020 - 2022) Dilantik 9 Mac 2020

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2014 - 2018) Dilantik 27 Jun 2014

    Timbalan Menteri Pendidikan (2008 - 2013) Dilantik 19 Mac 2008

  3. Ahli Kesatuan Antara Parlimen (IPU), Cawangan Malaysia

Anugerah dan Gelaran
  1. Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) 2015 (membawa gelaran Datuk Seri)
  2. Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) 2009 (membawa gelaran Datuk)
  3. Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (2005) (Politik, Hal Ehwal Kerajaan & Undang-Undang)
  4. Pengakap Raja (1986)
  5. Anugerah “The Nanyang Distinguished Alumni Award” (penerima pertama yang bukan warga Singapura) oleh Universiti Teknologi Nanyang

*Dikemaskini :31/10/2023