Tan Sri Tan Koon Swan

Pada Rabu    29-06-2016 12:31:00

Tan Sri Tan Koon Swan, JP
Presiden MCA Kelima
November 1985 - September 1986

Tan Sri Tan Koon Swan dilahirkan kepada keluarga yang miskin. Semasa beliau masih muda, dia telah mempamerkan sikap keusahawanannya dengan membantu ibu bapanya yang bekerja sebagai penjaja. Beliau telah belajar di sekolah mubaligh, dan bekerja sebagai seorang kerani di Lembaga Letrik Negara (LLN) sambil belajar sepaeuh masa untuk menghabiskan Sijil Pendidikan Tinggi. Beliau kemudian bekerja sebagai juruteknik makmal dengan LLN, dan seterusnya bekerja sebagai pegawai penyiasat untuk Jabatan Hasil Dalam Negeri dan seorang perunding cukai untuk Esso.

Pada 1970, beliau telah menjadi Pengurus Besar Genting Highlands Berhad, dan telah membantu menjayakan hotel tersebut. Pada 1977 beliau mula melibatkan diri dalam politik apabila dia menerima jemputan dari Tan Sri Lee San Choon, yang merupakan Presiden MCA pada masa itu, untuk mengetuai Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM) dan Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) agar boleh menerajui penyertaan masyarakat Cina dalam pembangunan ekonomi.

Pada 1978, beliau telah dipilih sebagai ahli Parlimen Raub, Pahang. Beliau menyertai Jawatankuasa Pusat pada 1979, dan telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wilayah Persekutuan. Pada PRU 1982, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Damansara yang merupakan kubu kuat DAP pada masa itu.

Pada 1984, MCA menghadapi krisis tuduhan ahli-ahli parti hantu (phantom members). Pada 17 Mac, beberapa ahli Jawatankuasa Pusat telah bermesyuarat selama 7-jam dan menuntut penubuhan pasukan khas untuk menyiasat tuduhan-tuduhan tersebut. Apabila tuntutan mereka ditolak, 15 ahli Jawatankuasa Pusat telah menuntut mengadakan sebuah Meyuarat Agung Luar Biasa untuk menerima pakai resolusi untuk memilih sebuah jawatankuasa untuk menyiasat tuduhan-tuduhan tersebut.

Pada 19 Mac, pemangku presiden Datuk Dr Neo Yee Pa telah memecat Koon Swan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wilayah Persekutuan, dan Datuk Lee Kim Sai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Selangor MCA. Pengerusi Lembaga Disiplin MCA Datuk Mak Hon Kam juga telah memecat 14 pemimpin utama Parti, termasuk Tun Dr Ling Liong Sik yang pada masa itu seorang ahli Jawatankuasa Pusat merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Koon Swan, dan Ketua Pemuda MCA merangkap Naib Pengerusi Datuk Lee Kim Sai.

Pada 21 Mac, sekumpulan ahli Jawatankuasa Pusat telah memasukkan iklan di surat khabar untuk meggesa ahli-ahli perwakilan pusat untuk menuntut satu Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 29 April. Selain menuntut pengembalian semula semua pemimpin-pemimpin Parti yang dipecat, kumpulan ini juga menuntut penubuhan satu jawatakuasa khas untuk menyiasat dakwaan kwujudan ahli-ahli hantu, dan penangguhan pilihanraya parti bagi peringkat Cawangan dan Bahagian bagi membolehkan daftar ahli-ahli parti disemak. Tuntutan mereka telah menerima sokongan kuat, dan dalam tempoh 48 jam, sebanyak 1,499 tandatangan (59% dari jumlah perwakilan pusat) telah dikumpul.

Walaupun begitu, usaha-usaha untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut telah disekat. Pada 17 Mei, kes tersebut dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh dimana ia didedahkan bahawa terdapat 21, 693 ahli-ahli hantu dalam 10 Bahagian MCA. Pengakuan tersebut mencetuskan panggilan untuk pembaharuan daripada 45 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, dengan sokongan dari 80% bahagian dan cawangan, termasuk sayap Pemuda MCA dan Wanita MCA.

Krisis tersebut berlarutan selama 20 bulan sehingga Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba mengemukakan formula untuk membolehkan pilihan raya parti yang adil dan bersih. Pada 24 November 1985, Koon Swan telah dipilih sebagai Presiden MCA yang baru. 

Beliau telah melaksanakan janjinya untuk menjadikan MCA lebih liberal dan demokratik. Pada 2 Mac 1986, satu persidangan perwakilan telah diadakan untuk meminda Perlembagaan Parti, termasuk mengekang kuasa Presiden untuk memecat ahli-ahli.

Akan tetapi, beliau telah didakwa di Singapura atas urusan perniagaan peribadinya. Walaupun beliau telah cuba meletak jawatan pada masa itu, tetapi ia ditolak oleh Jawatankuasa Pusat. Apabila Mahkamah Tinggi Singapura mengumumkan keputusannya, beliau sekali lagi cuba meletak jawatan. Walaupun Jawatankuasa Pusat telah cuba mengubah pendirian beliau, tetapi akhirnya pada 27 Ogos 1986, surat peletakan jawatan beliau telah diterima. Jawatankuasa Pusat telah merakamkan penghargaan terhadap sumbangan beliau kepada parti dan masyarakat Cina.

Walaubagaimanapun, pada 2012, bekas ketua pendakwa Singapura En Glenn Knight telah menerbitkan satu buku yang mendedahkan kemungkinan bahawa Koon Swan telah disabitkan secara salah, dan mahkamah Singapura telah membuat kesilapan dalam keputusannya untuk menhantar beliau ke penjara.

Garis Masa Kehidupan Tan Sri Tan Koon Swan

24 September 1940 Beliau dilahirkan di Kampung Baru Puchong, Selangor


1970


Dilantik sebagai Pengurus Besar Genting Highlands Bhd


1976


Menghadiri Kursus Pengurusan Kanan di Universiti Harvard, Amerika Syarikat


1977


Dilantik Pengurus Besar Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM) dan Pengarah Multi-Purpose Holdings Bhd


8 Julai 1978


Dipilih sebagai ahli Parlimen Raub


1979

       

Dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Pusat MCA, dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Wilayah Persekutuan


22 April 1982


Dipilih sebagai ahli Parlimen Damansara dengan majoriti besar sebanyak 14,522 undi


26 September 1982


Diplih sebagai Naib Presiden MCA


24 November 1985


Dipilih sebagai Presiden MCA


4 Ogos 1986


Dipilih sebagai ahli Parlimen Gopeng dengan majoriti 6,135 undi


27 Ogos 1986


Meletak jawatan sebagai Presiden MCA