Tun Dr Ling Liong Sik

Pada Rabu    29-06-2016 16:18:00

Tun Dr Ling Liong Sik
Presiden MCA Keenam
September 1986 - Mei 2003

Tun Dr Ling Liong Sik adalah seorang pemimpin yang terkenal dengan wawasan politik dan keyakinannya, dan bersikap kesederhanaan dan pragmatik. Keupayaan beliau dalam menyelesaikan masalah juga telah membantu MCA menangani beberapa krisis.

Beliau mengambil alih tampuk kepimpinan pada 1986, sejurus selepas krisis kepimpinan yang melanda MCA selama 20 bulan. Pada masa itu, moral dan kewangan MCA amat rendah. Situasi menjadi lebih teruk apabila Bank Negara membekukan 24 koperasi penerima deposit yang dimulakan oleh masyarakat Cina, dengan itu mengugat deposit oleh ahli-ahlinya yang berjumlah berbilion Ringgit. Di bawah kepimpinan beliau, MCA telah berjuang untuk memastikan bahawa 500,000 pemberi deposit menerima bayaran balik berdasarkan jumlah deposit yang dibuat.

Pada akhir 1989, berlaku satu krisis lagi dimana pihak bank telah mengambil tindakan ke atas MCA mengenai pinjaman berjumlah RM36 juta. Krisis ini bertambah teruk kerana kemelesetan ekonomi pada 1985. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini beliau telah mengutip dana dengan melancarkan kempen pemgambilan keahlian seumur hidup di seluruh negara. Langkah ini, bersama-sama dengan penstrukturan semula aset-aset Parti telah membolehkan MCA menyelesaikan masalah kewangannya.    

Selepas menyelesaikan krisis-krisis tersebut, beliau telah menumpukan usahanya untuk menyediakan MCA untuk menyertai usaha kerajaan dalam membangunkan negara.

Pada 1989, INSAP telah ditubuhkan untuk membantu kepimpinan Liong Sik, dan telah ditugaskan merangka pelan tindakan untuk perpaduan negara. Empat teras utama yang dikenalpasti adalah:

1)      Meredakan perbezaan di antara kaum-kaum lain, terutamanya di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, dengan memastikan bahawa semua kaum bebas mengamalkan budaya, tradisi dan kepercayaannya tersendiri agar membina sebuah masyarakat berharmoni

2)      Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan berdemokratik yang menjamin peluang sama rate kepada semua kaum dalam bidang politik, ekonomi, budaya dan pendidikan agar tiada sesiapa yang ketinggalan

3)      Mewujudkan masyarakat penyayang untuk memastikan bahawa golongan kurang upaya akan menerima bantuan

4)      Mewujudkan masyarakat yang progresif, makmur dan berteknologi tinggi yang kompetitif

Pada Disember 1988, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara yang teridir dari 150 ahli-ahli dari pelbagai masyarakat. Majlis tersebut telah menggubal Dasar Pembangunan Nasional (NDP) yang akan meliputi tempoh dari tahun 1991 hingga 2000 bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru. NDP telah menggariskan asas-asas untuk pembangunan ekonomi pesat bagi Malaysia di 1990an. NDP kemudian digantikan dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010).

Satu lagi sumbangan besar beliau adalah pelancaran Projek Pendidikan Langkawi dan perkembangan pesat Kolej Tunku Abdul Rahman. Bagi Projek Langkawi, MCA telah menggerakkan semua sumbuer-sumbernya untuk meningkatkan tahap pendidikan di antara masyarakat Cina terutamanya di luar Bandar. Di bawah program ini, pusat sumber dan kelas tambahan telah ditubuhkan untuk membantu para pelajar. Mahasiswa-mahasiswi juga digerakkan untuk membantu pelajar-pelajar di luar bandar.

Kolej Tunku Abdul Rahman pula ditubuhkan pada 24 Februari 1969 di Kuala Lumpur untuk membantu pelajar-pelajar Cina yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar atau di dalam negara. Pada 1991, RM20 juta telah diperuntukkan kepada KTAR oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Keenam. Di bawah kepimpinan Liong Sik, sebanyak RM30 juta telah dikumpul dalam siri kempen mengutip derma oleh MCA. Kerajaan telah padankan kutipan ini atas konsep ringgit ke ringgit, lalu menjadikan jumlah dana RM60juta. Dibawah program pembangunannya, KTAR telah membuka kampus di Johor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

MCA juga telah memainkan peranan penting dalam meminda Akta Pendidikan 1961 untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah rendah Cina akan terus berkembang. Kepimpinan beliau juga telah menyumbang kepada liberalisasi pengajian tinggi, lalu membolehkan penubuhan New Era College dan Southern College oleh masyarakat Cina.

Kejayaan paling besar semasa beliau menjadi Presiden MCA adalah keputusan Pilihan Raya Umum 1995 dimana MCA telah memenangi 30 daripada 35 kerusi Parlimen dan 70 dari 77 kerusi DUN yang ditanding. Kejayaan ini juga mencerminkan hubungan rapat antara MCA dengan UMNO.

Keputusan Pilihan Raya Umum pada 1995 membuktikan lagi bahawa MCA masih mempunyai sokongan dan keyakinan masyarakat Cina, di mana MCA telah memenangi 28 dari 35 kerusi Parlimen dan 68 dari 77 kerusi DUN yang ditandingi.

Garis Masa Kehidupan Tun Ling Liong Sik   


1943       

Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak


1966


Beliau habis penggajian sebagai seorang doctor perubatan dari Universiti Singapura, dan bekerja di Pulau Pinang di mana beliau menyertai MCA


1974


Dipilih sebagai ahli Parlimen Mata Kuching.  Beliau berjaya mempertahankan kerusinya pada PRU 1978 dan 1982


1986


Dipilih sebagai ahli Parlimen Labis. Beliau berjaya mempertahankan kerusinya pada PRU 1990, 1995 dan 1999


1986


Dilantik sebagai Menteri Pengangkutan. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan