
Tan Sri Chua Soi Lek
Presiden MCA Kesembilan
Mac 2010 - Disember 2013
Tan Sri Dr Chua Soi Lek dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 1947. Beliau dipilih sebagai Presiden MCA Kesembilan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 28 Mac 2010.
Pelan Tindakan 8-Poin
Bagi memulih dan meningkatkan semangat ahli-ahli parti, organisasi parti serta mekanisme publisiti untuk meyediakan MCA menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, beliau telah melancarkan Plean Tindakan 8-Poin:
- Pendaftaran Pengundi
- Mendekati pengundi belia
- Meningkatkan peperangan media baharu
- Propaganda pemimpin MCA di internet
- Mengukuhkan publisiti dalam media arus perdana
- Menekankan demokrasi, kebebasan dan keadilan
- Mengambil pendirian politik
- Memanfaatkan sumber parti supaya semua Bahagian mempunyai sumber mencukupi untuk menjalankan aktiviti
Menunjukkan Kelemahan BN semasa Konvensyen BN
Pada 5 Disember 2010, Soi Lek telah menegaskan dalam Konvensyen BN bahawa semua parti-parti komponen BN mestilah sama taraf dan tidak ada satu parti yang lebih besar daripada yang lain.
Beliau menegaskan bahawa dassar-dasar penting tidak patut diumumkan semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO ataupun semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kerana kedua-dua badan tersebut tidak boleh berfungsi sebagai sebuah Kabinet.
Beliau juga menggesa semua pemimpin BN untk elak dari menggunakan istilah sensitive seperti “ketuanan Melayu”, “penumpang” dan “pendatang”. Walaupun sikap terus-terang beliau telah dikritik oleh pemimpin UMNO, beliau mengambil pendirian tegas dan tidak berganjak.
Keputusan Menolak Jawatan Kerajaan
Pada 28 April 2011, MCA telah membuat keputusan berani untuk menolak mana-mana jawatan kerajaan di semua peringkat jika sokongan MCA pada PRU ke-13 lebih teruk dari PRU ke-12.
Keputusan tersebut melibatkan lebih daripada 10,000 jawatan kerajaan, dari Menteri Kabinet hingga ke jawatan ahli majlis. Ia menunjukkan bahawa MCA menghormati proses demokrasi dengan meletakkan nasib MCA di tangan pengundi-pengundi Cina. Selain itu, ia juga mencerminkan maruah MCA mengenai perwakilan masyarakat Cina di bidang politik. Dalam sejarah Malaysia, tidak ada parti politik lain yang pernah membuat keputusan yang memberi impak sebesar ini.
Mengenalkan Program Untuk Memanfaatkan Semua
Bagi memenangi semula sokongan rakyat serta membalas sumbangan ahli-ahli Parti, Soi Lek telah memperkenalkan beberapa program seperti Yayasan Perubatan 1MCA, Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA, Skim Mikro-Kredit 1MCA untuk Belia, Anugerah Kebudayaan 1Malaysia, Yayasan 1Malaysia Community Alliance, serta bekerjasama dengan university-universiti Taiwan untuk menawarkan kursus vokasional kepada rakyat.
Selain itu, Kojadi dan Yayasan Chang Ming Thien juga menawarkan pinjaman pendidikan dan biasiswa tanpa mengira kaum.
Di bawah kepimpinan Soi Lek, MCA juga telah melancarkan Program Penghargaan kepada Veteran MCA, Projek Ibu Bahagia dan Skim Insuran Berkelompok 1MCA untuk manfaatkan ahli-ahli serta menyatukan mereka.
Debat antara MCA dan DAP
Pada 28 Februari 2012, Soi Lek telah berdebat dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenai topic “Politik Rakyat Malaysia Keturunan Cina Di Persimpangan Jalan.”
Ia merupakan kali pertama 2 pemimpin kanan parti politik yang bertentangan telah bertemu untuk berdebat. Debat pertama telah diadakan dalam Bahasa Cina dan disiarkan secara langsung. Dlam debat ini, beliau telah mengkritik DAP kerana mempertahankan usaha-usaha PAS untuk memperkenalkan kerajaan teokratik.
Dalam debat kedua yang bertajuk “BN dan PR: Dasar mana yang memanfaatkan rakyat lebih?”, ia diadakan dalam Bahasa Inggeris dan Soi Lek telah menyampaikan dasar-dasar dan hala tuju BN di samping mengkritik kelemahan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan kewangan.
Tidak Mempertahankan Jawatan Presiden
Selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, beliau telah mengumumkan pada hari berikutnya bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden MCA, dan pada 4 Disember 2013 beliau telah beri laluan kepada kepimpinan baru semasa pemilihan parti.