30 Januari 2018

Kenyataan Media Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

Siapa Mahu Diperbodohkan Lagi?

“Angst” adalah satu manifestasi emosi kecelaruan, keresahan dan kegeraman yang menyerang jiwa keramaian.

“Angsty” kerap timbul dalam “make-up” emosi khususnya di kalangan remaja. “Angsty” berlaku bila remaja dalam keadaan celaru , resah dan serba-salah. Dalam konflik jiwa Angsty mereka cuma tahu menyalahkan dan bertanggapan semua orang dan seluruh dunia yang bersalah.

Perasaan “angst” ini telah disalurkan oleh beberapa artiste secara positif dalam senikata lagu atau rentak musik mereka khususnya dalam tahun 90an. “Angst” atau “grunge” muzik mendapat sambutan yang paling popular sekali yang mana lagu Nirvana “Smells Like Teen Spirit” telah menjadi anthem genre ini. Malangnya penyanyi utama mereka Kurt Cobain telah membunuh diri dengan menembak kepala sendiri.

Perasaan “angst” yang menjadi trend dalam tahun 90an bukan saja mendapat sambutan dalam musik sahaja tetapi juga menyebar dan di eksploitasikan oleh ahli poltikus dalam arena politik. Pasaran Angst menjadi ledakan emosi politik apabila media sosial semakin popular dan suara -suara ketidakpuasan , kegeraman dan kemarahan dapat diluahkan secara bebas spontan tanpa kawalan dalam media baru sosial dan portal-portal. Pelbagai hujah simplistik dan amateurish disebar melalui internet dan mobil atas landasan kebenaran.

Kritikan, hujah dan polemik golongan ini dalam dunia siber semakin berani dan liar. Kritikan yang mulanya fokus pada pemasalahan harian akhirnya menjadikan Kerajaan dan pemimpin kerajaan sebagai sasaran mereka. Rata-rata kritikan menuju pada Kerajaan secara emosional dan parti pembankang khususnya DAP mengambil kesempatan emas ini untuk memprovokasi dan membakar emosi remaja yang kemudiannya merebak pada golongan dewasa dan tua. 

Dengan kewujudan peluang alam cyber yang meluas, DAP telah mendapat durian runtuh politik dan hujan emas. DAP yang selama ini tidak pernah mempunyai rekod perkhimatan rakyat yang memuaskan kecuali bekas tokoh DAP Tan Sri Lee Lam Thye sudah boleh menoreh pasaran politik angst dan ketidakpuasan serta dendam terhadap politik Mahathir dan Mahathirisme yang semakin merebak dan berkembang.

Kebetulannya apabila Anwar Ibrahim dipecat, Mahathir Mohamad yang merupakan pakar pencaturan dan penyusunan politk tempatan tidak terkira pengaruh internet dan perasaan “angst” yang semakin kuat di kalangan remaja yang semakin dewasa dan berkeyakinan diri.

          ◦         Hujah-hujah politik mereka yang selama ini tidak diendah, tiba-tiba mempunyai titik fokus atau “focus point “ dalam kes pemecatan Anwar Ibrahim yang dipukul hingga mata dan muka berlebam-lebam. Ini sedikit sebanyak telah membuktikan hujah mereka bahawa sudah sampai masa rejim Mahathir dan BN harus ditamatkan.

Generasi politik angst ini telah menggelembingkan minda, tenaga dan kuasa mereka untuk menjatuhkan rejim Mahathir. Mereka mula membanjiri kotaraya dengan protes jalanan yang paling besar dan ganas di era pemerintahan Mahathir yang berkuku besi.

          ◦ Mahathir terperanjat walaupun dengan kekejaman tangkapan di bawah ISA dan tindakan ganas polis terhadap peserta protes jalanan ini, masih tidak dapat mematahkan semangat atau menyekat kemaraan generasi reformasi ini yang menyalahkan segala-galanya pada Kerajaan Mahathir dan Barisan Nasional masa itu. Semangat mereka yang berkobar-kobar dan keberanian serta keyakinan diri atas tindakan mereka begitu tinggi sekali. Ini adalah hasil daripada pengaruh “ herd behaviour” dan sokongan yang berlimpah dalam alam cyber.

          ◦         Kebangkitan politik “angst” telah memperkasakan angkatan pembankang yang berjaya menunggang gelombang politk Angsty. Populariti tokoh pembankang semakin tinggi sehingga mereka mendapat kekebalan politik walaupun disabitkan dengan kesalahan undang-undang atau terlibat dalam skandal yang memalukan. Namum pengaruh gelombang ini menjadikan idola dan tokoh protagonis mereka bebas dari kesalahan politik dan kebal dari hukuman politik. Malahan mereka semakin kuat dan perkasa apabila kesalahan dan dosa politik mereka dapat dimaafkan dan dilepaskan oleh penyokong-penyokong mereka.

          ◦         Kini setelah dua dekad politik “angst” bermaharajalela dan berleluasa, antagonis ( Mahathir) watak utama penentang Reformasi dan Malaysian Malaysia pulak mengambil-alih peranan watak protagonis yang dipegang oleh Anwar dan Kit Siang. Adakah Mahathir sudah menerima perjuangan Malaysian Malaysia dan Reformasi hari ini?

          ◦         Atau sebaliknya, protagonis Reformasi ( Anwar Ibrahim) dan Malaysian Malaysia (Lim Kit Siang) sudah terima dan menganut Mahathirisme?

Namun pada hari ini, penulis berpendapat gelombang “Angst” yang ditunggang Anwar dan Kit Siang serta generasi “Angsty” yang mereka perkudakan sudah bijak , sedar dan cemuh dengan mainan politikus yang jelas tidak mempunyai maruah dan prinsip akhir -akhir ini. Tambahan pula  remaja reformasi ini kini sudah dewasa. Mereka tidak akan dipermainkan atau diperdayakan lagi. Mahathir sudah terlambat kerana gelombang angst ini sudah di tahap akhiran. Bayi-bayi reformasi yang sudah menjadi remaja dan pemuda-pemudi hari ini tidak lagi mahu mengikut jejak langkah generasi lama atau bapak mereka yang jelas sudah dipermain dan diperdayakan.

Manusia mana mahu diperbodohkan?

一朝被蛇咬,十年怕井绳

( yì zhāo bèi shé yǎo, shí nián pà jǐng shéng).

Yang bermaksud sekiranya pernah digigit ular yang merupai tali, sepuluh tahun kemudian takut pada tali.

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

-MCA online-