Inisiatif Felda 2.0 ubah wajah komuniti Felda
Bertanding di Sekinchan, ia mengarut - Tiong Lai  

DAP terdesak raih simpati umum Ayer Hitam sebagai kayu ukur

Pada Selasa    30-01-2018 11:21:00

Timbalan Presiden Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata tindakan pembangkang menjadikan Ayer Hitam sebagai kayu ukur hanya berbuat demikian untuk meraih simpati pengundi.

“Kalau mereka benar-benar yakin akan merampas Putrajaya tak payah la sibuk untuk menjadikan Ayer Hitam sebagai kayu ukur, tunggu sahaj hari kemenangan mereka.

“Tapi kenapa mereka lakukan semua ini?

“Sebab mereka terdesak untuk yakinkan pengundi mereka.”

Mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa kerusi Ayer Hitam bakal menjadi kayu ukur Pakatan Harapan yang meletakkan calon PAN terkuat mereka, Ka Siong berkata bahawa “masyarakat di situ tidak menyukai pemimpin bermusim sekaligus tidak menunjukkan keikhlasan dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.”

Beliau turut menghentam tindakan pembangkang yang cuba untuk mengalih pandangan umum dari isu pembinaan terowong oleh Kerajaan Pulau Pinang.

“Pada saya mereka hanya cuba untuk mengalih pandangan orang ramai terhadap isu sebenar.

“Saya sebelum ini mengkritik kuat tentang isu terowong di Pulau Pinang, jadi ini lah taktik mereka.” 

-Barisan Nasional-

Berita Berkatian

Tiada