13 Januari 2018

Kenyataan Media Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

DAP Memperkudakan Personaliti dan Parti

DAP adalah satu parti yang mengamalkan budaya politik  kuku-besi dan kroni mengikut telunjuk dan nekad Supremonya Lim Kit Siang. Tidak dapat dinafikan bahawasanya siapa yang mengikut hasrat Lim Kit Siang akan berkat kekal selama-lamanya mengikut kehendak ketua politik mereka.

Selanjutnya mana-mana individu yang berhasrat bertanding di kerusi DUN atau Parlimen perlulah memuaskan selera politik atau bersekongkol dengan bergu kepimpinan anak beranak ini.

Baru-baru ini Dr.Kua Kia Soong bekas Ahli Parliamen PJ Utara yang dibawa masuk oleh Lim Kit Siang secara helikopter pada mulanya telah menceritakan bagaimana beliau telah disabotaj dalam parti oleh kerana beliau tidak sependapat dengan Lim Kit Siang dan anaknya dalam isu-isu mengenai reformasi parti, amalan demokrasi dalam pemilihan calon di pilihanraya umum, pemilihan tema pilihanraya umum 1995 serta pilihan samada terus kerjasama dengan PAS dan Semangat 46 dalam Gagasan Rakyat.

(http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/01/12/former-dap-man-explains-his-1995-ge-disqualification/ )

Dr. Kua adalah seorang tokoh akademik yang berpengaruh dalam masyarakat Cina yang mana DAP telah menarik masuk ke DAP dan ditawarkan bertanding di kerusi parlimen PJ Utara sebelum ini untuk menyakinkan masyarakat Cina bahawa kononnya DAP lebih memperjuangkan kepentingan Cina dari MCA dengan menawan masuk aktivis-aktivis Cina NGO ke dalam parti.

Itulah mainan politik DAP selama ini untuk menonjolkan kecinaan mereka supaya dapat memuaskan nafsu politik DNA DAP yang sebenarnya dengan bertopengkan parti “ multiracial” kononnya.

Taktik ini juga sering diguna pakai oleh DAP dalam menarik tokoh-tokoh Melayu untuk menghiaskan jendela (window dressing) DAP sebagai parti multiracial dengan syarat tokoh-tokoh yang diterima masuk perlulah menjadi kroni atau mengikut telunjuk bergu anak- beranak Lim ini.

Selain dari bekas Presiden Cuepacs Ahmad Nor , bekas President MTUC Zainal Rampak etc dan yang paling ketara dan jelas baru-baru ini ialah bekas Naib Presiden DAP yang juga bekas pemimpin Transparency International Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim . Transparency International adalah sebuah NGO antarabangsa yang menentang rasuah dan Tunku Aziz telah diburu  masuk menjadi Senator DAP dan Naib Presiden DAP secara “high profile” publisiti untuk menunjukkan kononnya DAP adala parti yang bebas dari rasuah dan mempunyai pemimpin Melayu yang bersih dan berwibawa.

Malangnya apabila Tunku Aziz menyuarakan bankangan beliau terhadap cadangan perhimpunan Bersih 3.0 yang bertentangan dengan kehendak pucuk pimpinan DAP , beliau terus digantikan oleh Lim Guan Eng sebagai senator dengan Prof Dr Ariffin Omar satu lagi tokoh akademik Melayu dan bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) .

Seorang demi seorang personaliti akan ditonjolkan dan dikuburkan mengikut kesesuaian masa dan kehendak politik semasa kedua pemimpin DAP ini.

Ramai di kalangan pemimpin-pemimpin DAP sejak dari zaman bapak Lim ke anaknya telah dilambung tinggi dan kemudiannya di cantas, buang atau ditendang bila tidak lagi bersesuaian matlamat mereka.

Antaranya ialah Lee Lam Thye , Chan Teck Chan , Wee Choo Keong , etc dan kebelakangannya veterannya dan bekas Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Seng Giaw , MP Kota Melaka Sim Tong Him ( yang pernah mengalahkan Lim Guan Eng dalam pemilihan parti Negeri) , Adun Duyong Goh Leng San , aktivis alam sekitar Teh Yee Cheu Adun Tanjung Bunggah yang membantah pembangunan mesra pemaju musuh alam sekitar di Pulau Pinang, bekas Adun Teratai Jenice Lee dan sebagainya.

Keakrapan DAP memperalatkan personaliti dan tokoh aktivis tidak berakhir begitu sahaja. Mereka seringkali memburu kepala untuk menjadi ikon atau menonjolkan parti sebagai chauvinist, aktivis , remaja etc mengikut kehendak dan selera politik semasa. Antara percubaan mereka yang gagal ialah menonjolkan calon Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya dan Zairil  Khir Johari dengan niat untuk menarik khususnya remaja Melayu ke sayap DAP.

Kalau dahulunya DAP menerima reject Umno seperti Aspan Alias, ahli parlimen Raub Ariff Sabri ( aka Sakmongkol AK47) , etc , hari ini DAP mendapat hujan emas kerana mendapat untung bekas Menteri , bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Perdana Menteri untuk bersekongkol bersama mereka .

Masalahnya tokoh-tokoh raksaksa ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad , Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir etc tidak boleh di tawan masuk ke dalam parti DAP sebagai kroni kecuali bergu Bapak dan Anak Lim mengundur diri dan menyerahkan  pada tokoh-tokoh bekas Umno ini untuk menerajui DAP.

Oleh sebab inilah DAP menggunakan cara mereka memperalatkan PAS , Amanah , PKR etc dengan berkerjasama dengan parti. Maka parti baru berlandaskan PRIBUMI untuk menarik undi Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah dan Sarawak telah ditubuhkan untuk Mahathir dan Muhyiddin.

DAP tidak hanya berhenti dengan menggunakan dan memperalatkan personaliti sahaja. Hari ini DAP sudah cukup raksaksa untuk memperkudakan Tun Dr Mahathir dan Ibrahim Ali sekalipun?

Oleh itu maka Mahathir diperalatkan oleh DAP untuk mengisikan kehilangan undi Melayu mereka dari PAS dipilihanraya umum lepas. Ini dilaksanakan dengan menjaja jawatan Perdana Menteri padanya dengan harapan mengaut keuntungan undi Melayu yang telah lari bersama PAS.

Dengan adanya Pribumi , Amanah serpihan PAS telah boleh diganti dan diketepi kerana selama ini DAP risau Amanah tidak berupaya untuk mengisi kehilangan undi Melayu PAS. Inilah hakikat strategi DAP. Kesian Amanah , ada parti pribumi, terus dianaktiri ! Inilah realiti politik DAP.

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Pemerhati Politik
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA

-MCA online-