Kemuka aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan
PH sendiri langgar dasar tender terbuka  

MCA agih 2,900 kasut sekolah kepada pelajar di Seremban

Pada Ahad    31-12-2017 10:48:00

Sebanyak 2,900 pasang kasut sekolah hasil daripada Kempen Derma Kasut anjuran MCA negeri, diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan di daerah ini.

Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon berkata hasil kutipan derma yang dilancarkan pada 22 hingga 28 Dis lalu berjaya memperoleh RM101,000, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Kempen ini mendapat respon positif daripada pelbagai pihak terutama masyarakat, yang memberi sokongan dan sumbangan untuk mencapai sasaran tersebut.

"Hasil perbincangan bersama syarikat kasut Bata, mereka turut bersetuju menawarkan diskaun 25 peratus bagi setiap pasang kasut sekolah yang dibeli," katanya kepada pemberita pada Majlis Pemberian Kasut Sekolah di Seremban semalam. 

Chong berkata pelajar yang terpilih kebanyakannya daripada keluarga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan zakat yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan negeri.

Beliau berkata pelajar terlibat boleh membuat pertukaran warna atau saiz di semua kedai Bata berhampiran beserta kotak untuk melakukan sebarang pertukaran tanpa dikenakan sebarang bayaran, jika terdapat sebarang perubahan.

"Dengan sokongan yang baik daripada semua pihak, saya berharap pada tahun hadapan kita dapat meneruskan inisiatif ini bagi mengurangkan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak," katanya.

-Bernama-

Berita Berkatian

Kepimpinan MCA baharu akan berusaha mengembalikan sokongan pengundi

Wee Ka Siong dipilih Presiden MCA

Keputusan Pemilihan Parti Jawatankuasa Pusat MCA 2018-2021

Wanita pertama jadi Ketua Pemuda MCA

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA 2018-2021