MCA agih 2,900 kasut sekolah kepada pelajar di Seremban
Liow ingatkan DAP: Anda pun keluar dewan pada 1999  

Sin Woon calon MCA di parlimen Seremban

Pada Ahad    31-12-2017 10:51:00

MCA akan meletakkan Ketua Pemudanya Senator Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata pemilihan Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan adalah berdasarkan gerak kerja beliau selain dilihat mempunyai komitmen tinggi dalam memberi khidmat kepada penduduk Seremban ditambah keperibadian yang dinamik serta popular dalam kalangan penduduk setempat.

"Saya minta penduduk di Seremban memberi sokongan kepada MCA kerana kita perlukan perwakilan kaum Cina dalam kerajaan  bagi memberi perkhidmatan berterusan kepada masyarakat Cina,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Besar Seremban, pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri King Lim Chin Fui.Liow juga berkata MCA telah menghantar senarai pendek calonnya untuk PRU ke-14 kepada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional.

Pada masa sama, Liow berkata MCA berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa menjaga kebajikan kaum Cina sekalipun kaum itu tiada wakil dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Beliau  turut mengingatkan pengundi Cina agar tidak terpedaya dengan racun emosi yang sering  digunakan oleh pembangkang untuk memancing undi.

Mengulas pemilihannya itu, Chong berterima kasih kepada MCA dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diberi dengan komitmen tinggi.

"Saya mohon pengundi Seremban memberi peluang kepada saya untuk membawa suara Seremban masuk ke Parlimen  kerana sebelum ini tidak banyak isu-isu Seremban yang dibawa masuk ke Parlimen," katanya.

Kerusi Parlimen Seremban kini disandang oleh Anthony Loke Siew Fook daripada DAP yang menewaskan calon MCA  Datuk Dr Yeow Chai Thiam (mendiang) dan tiga calon Bebas pada PRU13.

-Bernama

Berita Berkatian

PRK Sungai Kandis: Tiada isu nak guna logo Umno

BN kembali kepada semangat asal penubuhannya

Peruntukan Ahli Parlimen: Mana janji berlaku adil, tanya MCA

Wanita MCA gesa kerajaan Pakatan Harapan tunai janji 30% menteri wanita

MCA tubuh dua jawatankuasa untuk transformasi