Deklarasi Kongres Ekonomi Cina Malaysia
1. Kongress ingin menghulurkan sokongannya dengan tulus hati yang sepenuhnya kepada initiatif Perdana Menteri yang dikemukakan di dalam Model Ekonomi Baru untuk meliberalisasikan ekonomi Malaysia yang didorongi oleh sektor swasta. Juga untuk memastikan dasar tegas yang dikemukan ini adalah mudah diselengarakan and setara untuk mengenapi keadaan ekonomi global terkini.
2. Kongres berazam untuk monyokong konsep Satu Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10, dan juga Program Transformasi Kerajaan, yang merupakan asas untuk Model Ekonomi Baru, sebagai pendorong transformasi ekonomi Malaysia untuk mencapai taraf negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
3. Selaras dengan tindakan kerajaan untuk mempamerkan imej yang baik dan transparasi, Kongres mendesak kerajaan untuk mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar satu keadaan yang adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai. Kongres juga mendesak supaya ekuiti Bumiputera 30% dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
4. Kongres juga mendesak kerajaan supaya mengamalkan dasar inklusif dengan meliberalisasikan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) agar dapat melibatkan lebih banyak Lembaga Pengarah dan tenaga pekerja berbagai kaum didalam lingkungan eko-sistem GLC, dan menawarkan tender kepada syarikat tempatan yang paling layak, tanpa mengambil kira komposisi ekuiti syarikat berkenaan.
5. Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet dari 5.3% kepada kurang daripada 3%, Kongres menyokong pemansuhan subsidi secara berperingkat dan pemansuhan konsep kawalan harga dengan disanggakan dengan satu sistem pelaksanaan untuk menjaga kepentingan golongan miskin. Kongres juga menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bersama dengan pengurangan kadar cukai pendapatan agar dapat memperluaskan pendapatan asas kerajaan.
6. Untuk mengurangkan keperluan pekerja asing dan juga mengubah Malaysia untuk menjadi sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi, Kongress menggesa kerajaan untuk mempelaksanakan polisi gaji minimum berdasarkan cadangan yang dikemukan oleh satu Majlis Gaji Minimum Nasional yang akan ditubuhkan kelak.
7. Kongres menyokong langkah kerajaan untuk menawarkan biasiswa kepada semua pelajar SPM yang mendapat markah 9A+ dan ke atas tanpa mengambil kira bangsa sebagai satu usaha mulia kerajaan untuk menarik dan mengekalkan bakat yang berkebolehan di Malaysia.
8. Kongres menyokong initiatif kerajaan untuk membangunkan modal kemanusiaan dan sekumpulan bakat yang berinnovatif dengan memperkenalkan dasar imigrasi yang dapat diterima dengan umumnya dan insentif-insentif yang lain.
9. Dalam konteks perniagaan global dan juga kemunculan negara China, India dan Timur Tengah sebagai ekonomi yang kuat, Kongres mendesak kerajaan supaya menambahkan peruntukan untuk semua sekolah jenis kebangsaan, bersama-sama dengan pemantapan pengajaran Bahasa Inggeris, agar status Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan bertaraf tinggi dapat dikekalkan, dan juga mengekalkan taraf dengan negeri China, India dan Timur Tengah.
10. Kongres menggesa kerajaan untuk meningkatkan peruntukannya untuk SME agar mereka boleh mengekalkan taraf mereka dengan pasaran luar negeri sementara membantu pasaran tempatan untuk berkembang, dan untuk mencapai matlamat kami untuk menjadi sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
11. Kongress menggesa kerajaan untuk menunjukkan komitmen politik yang lebih dan untuk menyelenggarakan sokongan yang berpatutan untuk pembangunan bidang perniagaan antara kaum Cina dan Bumiputera dengan menyungkitan kekukuhan pelbagai bangsa kami untuk menbina sebuah konsep 1 Malaysia yang kuat.
12. Kongres menggesa kerajaan untuk memantapkan sistem penghantaraan awam yang sedia ada dengan meperlaksanakan satu proses yang lebih telus dan cepat sewajar dengan keperluan rakyat.
13. Untuk memastikan permintaan untuk graduan berprestasi tinggi kekal di tahap yang tinggi, Kongres mengalukan supaya kerajaan meningkatkan dan memperbaiki sistem pendidikan di negara ini terutamanya institusi pelajaran tinggi kepada satu sistem yang berdasarkan prestasi.
-MCA online-











