PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2007 – YB IR HIANG A LI 

On December 24, 2007, in Parliament/State Assembly sittings
 

Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi telah melancarkan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada 29 oktober 2007 di Kota Bahru dan 30 Oktober 2007 di Kuantan, ini adalah satu berita yang baik kepada negeri-negeri di pantai timur  iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Mersing Johor. Sebelum itu YAB Perdnana Menteri telah pun melancarkan dua lagi wilayah pembangunan ekonomi iaitu wilayah selatan, dan utara. Hari ini di dewan yang mulia ini kami membahas dua ruu, iaitu, yang pertama ialah ruu pihak perkuasa pelaksana koriddor utara dan yang kedua ialah ruu majlis pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2007.  Mengapa nama bagi utara ialah pihak berkuasa dan di pantai timur nama diberi ialah majlis pembangunan ekonomi, apakah bezanya? Apakah bezanya?

Di sini inginlah saya menyentuhkan beberapa perkara berkenaan dengan ruu seperti berikut:

1.                  Saya khuatiar peranan berkesan yang akan dimainkan oleh majlis pembangunan wilayah ekonomi pantai timur dalam perlaksanaan pembangunan ini, kerana didapati dalam fasal 7 [e] kebanyakan fungsi yang penting majlis ini hanya untuk memberi perkhidmatan nasihat sahaja dan tidak mempunyai penguatkuasaan untuk memainkan pernanan lebih berkesan. Adakah majlis boleh memainkan peranannya berkesan dalam perlaksanaan pembangunan ini?

2.                  Pembangunan Ekonomi Pantai Timur ini akan terlibat 3 negeri dan daerah Mersing, Johor, dan terbabit pembagunan dalam sektor petrol gas, pembuatan (manufacturing), pelancungan, pertanian, pendidikan dan kesihatan. Dalam fasal 6 [e] objektif pembangunan ini adalah untuk merancang, menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan wilayah ini dengan cara yang seksama dan mapan. Akan tetapi apa yang saya pelik, ialah pembangunan wilayah yang tersebut telah tidak memasuki kawasan negeri pahang tengah, iaitu di daerah temerloh, bentong, raub, jerantut, bera, maran dan sebagai. Ini telah tidak selaras dengan objektif ini, saya nampak ini adalah satu kelemahan yang perlu kami memperbetulkan. Saya percaya kawasan saya sebutkan tadi mempunyai potensi pembangunan seperti pelacongan, pembuatan dan lain.  Saya berharap pihak majlis yang akan ditubuhkan kelak dapat memberi perhatian dan tindakn untuk memasukkan pembangunan kawasan  daerah-daerah saya sebutkan tadi di pahang tengah ke dalam pelan pembangunan induk ini.

3.                  Senjak ketiga korridor pembangunan dilancarkan, projek pembangunan yang megah ini memerlukan pelaburan besar dalam perojek ini, untuk menggalakkan pelabur, dalam ruu ini fasal 6 [e] (i) insentif yang menarik akan diadakan, akan tetapi sehingga sekarang, pihak kerajaan masih tidak mempunyai satu cara insentif yang jelas dan menarik untuk manggalakkan pelabur-pelabur mahupun dari luar negara atau dalam negara. Saya percaya mengadakan cara insentif yang jelas dan menarik barulah pelabur akan datang.

4.                  Saya ingin menyentuh berkenaan dengan alam sekitar di dalam wilayah ekonomi pantai timur, saya ucap tahniah kepada pihak kerajaan kerana dalam ruu fasal 7[i] telah mengadakan peruntukan bagi perlindungan, pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar kawasan terlibat, ini memang sangat baik dan perlulah dipuji. Inginlah saya ingatkan pihak majlis haruslah memberi keutamaan atas perkara ini supaya memastikan alam sekitar dijagakan di samping pembangunan mapan. Pihak majlis perlu menentukan semua pembangunan tidak akan menjejaskan alam sekitar kita.

5.                  Dalam ruu ini, fasal 7[b] (v) pembangunan dan peningkatan infrastruktur dan sistem pengangkutan memang adalah aspek yang sangat penting,  saya berharap pihak majlis supaya bukan sahaja dapat membangunkan infrastruktur dan sistem pengangkutan tetapi juga dapat menyelenggarakan infrastruktur dan sistem pengangkutan yang dibangunkan supaya ianya selalu berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Ini akan memberi satu tarikan yang kepada pelaburan.

Dengan perkataan sedemikian, saya menyokong ruu majlis pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2007.

-YB Ir. Hiang A Li-

 

Comments are closed.