RESOLUSI-RESOLUSI PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA MCA YANG KE-48

RESOLUSI-RESOLUSI

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA MCA YANG KE-48

( 20 Oktober 2012 )

HAL EHWAL PARTI

Resolusi (1):

Memberikan kerjasama penuh kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Timbalan Presiden MCA, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai dalam memimpin MCA melaksana serta merealisasikan transformasi politik serta perubahan di samping memupuk lebih ramai belia yang berbakat supaya terlibat dalam peringkat membuat keputusan.

Resolusi (2):

Menyeru parti untuk mengesyor lebih ramai Pemuda MCA untuk menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dalam pilihanraya yang akan datang serta menyeru semua ahli-ahli parti bersatu-padu membantu memastikan MCA meraih keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya yang akan datang.

POLITIK

Resolusi (3):

Mempertahankan sepenuhnya sistem pentadbiran sekular negara kita yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk pentadbiran ektremis agama dan hukum hudud.

Resolusi (4):

Mengkritik sekeras-kerasnya parti DAP yang masih bersikap sambil lewa sahaja terhadap kesungguhan parti PAS dalam melaksanakan Hukum Hudud. Di samping itu, DAP turut memperjudikan hak kaum Cina dengan menyeru komuniti Cina untuk menyokong PAS demi kepentingan politiknya.

Resolusi (5):

Menyeru rakyat untuk menolak sebarang bentuk ektremis, budaya benci dan dendam serta menghukum sekeras-kerasnya golongan berniat politik yang sengaja mengakibatkan huru-hara, merosakkan keamanan negara dan menjejaskan pembangunan ekonomi negara menerusi aktiviti demostrasi jalanan.

Resolusi (6):

Menyeru semua rakyat menyokong Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak dalam pilihanraya yang akan datang bagi memastikan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi negara yang telah mulai menampakkan hasilnya dapat diteruskan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat serta dalam membina sebuah Malaysia yang stabil, harmoni, adil dan berdaya saing.

EKONOMI

Resolusi (7):

Kerajaan patut mengamalkan polisi yang lebih longgar, terus memperuntukkan lebih banyak pinjaman yang berfaedah rendah dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana, peniaga kecil serta penjaja bagi membantu mereka memperkembangkan perniagaan di samping menjana aktiviti ekonomi rakyat.

Resolusi (8):

Menyeru kerajaan untuk segera melaksanakan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)  di dalam Bajet 2013 serta menyediakan bantuan kewangan bagi membantu belia untuk membeli rumah pertamanya. Selain itu, kerajaan patut mempertimbangkan pengurangan cukai kenderaan kepada belia untuk membeli kereta pertama mereka seandainya ekonomi negara mengizinkan.

PENDIDIKAN

Resolusi (9):

Menyokong penuh penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan dan setiap peringkat Pemuda MCA akan membantu mencapai sasaran kutipan derma sebanyak RM 1 juta bagi pembinaan sekolah tersebut. Di samping itu, Pemuda MCA juga menyeru komuniti Cina untuk memandang secara positif penubuhan sekolah baru ini serta memberikan kerjasama penuhnya agar semangat pendidikan Cina dapat disemarakkan sehingga ke Semenanjung Pantai Timur.

Resolusi (10):

Menghargai inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiapkan kertas kerja pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan menyeru kerajaan merealisasikan cadangan menerima kemasukan pelajar SPMC ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan menggunakan kelayakan UEC.

Resolusi (11):

Menyeru kerajaan mengambil kira pandangan masyarakat Cina terhadap Laporan Awal Pelan Pendidikan Malaysia dan memasukkan pandangan tersebut ke dalam Pelan Tindakan Pendidikan (Education Roadmap). Di samping itu Pemuda MCA juga menyeru Kementerian Pendidikan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam tempoh 13 tahun harus memastikan bahawa pendidikan pelbagai aliran mendapat jaminan dan ruang perkembangannya. Selain itu, pembinaan SJKC harus berpandukan kepada keperluan serta mutu SJKC patut ditingkatkan secara menyeluruh.

Resolusi (12):

Menyokong penuh penaiktarafan Kolej Tunku Abdul Rahman kepada sebuah kolej universiti. Menyeru kerajaan untuk terus memberi ‘matching grant’ dengan nisbah 1:1 kepada Kolej Tunku Abdul Rahman bagi meringankan beban kewangan rakyat dalam mengendalikan institusi pengajian.

Resolusi (13):

Menyeru kerajaan untuk memperkasakan pendidikan vokasional dan memupuk lebih ramai pelatih vokasional profesional yang berbakat serta menubuhkan sebuah universiti vokasional untuk meningkatkan daya saing bakat vokasional bagi memperbaharui sistem pendidikan vokasional negara.

SOSIAL

Resolusi (14):

Menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah serta menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerak Am dan Pasukan Polis Bantuan supaya terlibat dalam rondaan bit dan aktiviti-aktiviti membanteras jenayah secara menyeluruh.

HAL EHWAL KERAJAAN

Resolusi (15):

Mengkritik sekeras-kerasnya sesetengah kementerian yang tidak bijak dari segi pengurusan sehingga berlakunya pembaziran wang rakyat seperti terkandung di dalam Laporan Audit Negara. Pihak kerajaan yang berkenaan patut mengkaji semula serta melakukan pembaharuan berdasarkan kepada Laporan Audit Negara tersebut.

Resolusi (16):

Mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Pakatan Rakyat yang mempolitikkan semua hal ehwal kerajaan pasca pilihanraya ke-12 yang telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat.

 

Comments are closed.