Syarat-syarat menjadi ahli MCA
a) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
b) Warganegara Malaysia berbangsa Cina;
c) Bersetuju untuk mematuhi semua peraturan, perundangan serta syarat-syarat yang ditetapkan untuk keahlian parti dari semasa ke semasa; mematuhi Perlembagaan Parti, prinsip serta dasar Parti; dan
d) Bukan ahli dan tidak berafiliasi atau bersekutu dengan mana-mana parti politik lain.
Bagaimana menjadi ahli MCA?
Lengkapkan borang permohonan keahlian (secara atas talian: emember.mca.org.my/ ataupun secara manual) dan hantar ke Ibu Pejabat MCA (Bahagian Keahlian) dengan dokumen-dokumen sokongan dan yuran keahlian.
a) Dokumen yang diperlukan:
1. Satu salinan MyKad (depan dan belakang atas kertas bersaiz A4)
2. Satu salinan gambar bersaiz pasport berwarna (Gambar terkini atau sepadan dengan umur ketika permohonan dibuat)
b) Yuran Keahlian
Jenis Keahlian
|
Yuran Tahunan
|
Biasa
|
RM10 untuk 5 tahun (RM2/- setahun)
|
Seumur hidup
|
RM100/- seumur hidup
|
*Permohonan yang dibuat atas talian hanya untuk Keahlian Seumur Hidup sahaja
Proses bagi Permohonan Keahlian Baharu
|
Secara manual
( Muat turun Borang Permohonan)
|
Secara Atas Talian
(Website:emember.mca.org.my)
|
1.
|
Lengkapkan borang permohonan
|
Lengkapkan borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan, dan membuat bayaran secara atas talian
|
2
|
Lampirkan dokumen-dokumen sokongan
|
Proses Pengesahan Biometrik*
|
3.
|
Pembayaran melalui 3.1 Tunai 3.2 Cek (Bayaran kepada MCA HQ) 3.3 Bayaran secara atas talian (Bayaran kepada MCA HQ, Alliance Bank : 14185-00100-33376)
** Catatan: Slip Bank-in perlu dihantar ke alamat e-mel membership@mca.org.my sebagai bukti pembayaran
|
Pengesahan dibuat oleh Bahagian Keahlian
|
4
|
Sila hantar borang permohonan ke Ibu Pejabat MCA - Bahagian Keahlian
|
Bahagian Keahlian akan mengumpul dan menyerahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk kelulusan
|
5
|
Proses Pengesahan Biometrik* |
Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu
|
6
|
Pengesahan dibuat oleh Bahagian Keahlian
|
|
7
|
Bahagian Keahlian akan mengumpul dan menyerahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk kelulusan
|
|
8
|
Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu
|
|
*Mulai 1 September 2014, sesiapa yang ingin menyertai MCA mesti melalui proses pengesahan biometrik.
Klik sini untuk pusat pengesahan biometrik yang terdekat.
Pertanyaan
Ibu Pejabat MCA - Bahagian Keahlian
Tingkat 8, Wisma MCA
163 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2716 5911-5915
Faks: 03-2203 3820
Emel: membership@mca.org.my
*Berdasarkan terma & syarat
Dikemaskini 1/9/2022